Part 71

56 1 0
                                    

"What?!" jerkah Syed.

"Syed sabarlah. Dengar dulu apa yang Syafiza nak cakap ni. Syed kena ingat Qina tu tengah depressed. You tahu tak apa perasaannya bila tak boleh pregnant? Jadi inilah satu-satunya cara yang terbaik," kata Syafiza.

"Tak cukup ke kebahagian yang I cuba untuk provide?" Tanya Syed.

"Kalau you mengungkit sekarang maksudnya you tak ikhlas Syed. Lagipun perempuan yang tak boleh mengandung sebab mandul ni lain Syed. Apa gunanya mahkota yang dia jaga selama ni kalau ended up dia tahu dia benda tu tak berguna? Kau sayangkan Qina kan?" Tanya Syafiza .

Syed terdiam. Qina aku sayangkan kau dan aku mahukan yang terbaik untuk kau tetapi kenapa sekarang kau malah berpaling tadah padaku? Mungkin kasih sayang tidak mencukupi. Harta tidak memadai. Apa lagi yang perlu aku lakukan?

"Syed, jangan putus asa dengan Qina. Walaupun dia nampak tough tapi sebenarnya dia sangat lemah. She needs someone. Syed tahu kenapa Qina minta cerai? Sebab dia tak nak Syed kecewa yang dia mandul," kata Syafiza.

"Kau rasa Qina setuju?" Tanya Syed.

"Aku pasti dia perlukannya," kata Syafiza.

.....

Perjumpaan Syed bersama dengan Syafiza membuatkan Syed serba salah tetapi dia percaya dia perlu lakukannya demi kebaikan Qina. Syed melangkah masuk ke dalam bilik. Tepat tekaannya, Qina tidak ada di situ. Syed naik ke atas. Rupa-rupanya Qina berada di tepi kolam ikan koi.

"Sayang, I need you to follow me now," kata Syed dengan lembut. 

"Why? Kenapa I kena ikut you? Bukan ke you nak tinggalkan I?" tanya Qina.

"Qina don't make this hard on me. Please!" kali ini Syed memberi arahan.

Qina bingkas bangun. Syed berjalan terlebih dahulu dan diikuti oleh Qina. Mereka turun ke ground floor dan masuk ke dalam kereta. Syed memandu kereta dengan berhati-hati. Mereka tiba di sebuah tempat. Namanya Prince Court. 

"What are we doing here?" tanya Qina.

Syed diam. Mereka meletakkan kereta di P3. Selepas itu mereka berjalan ke pintu untuk naik lift ke lobby. Tertera di situ mortuary iaitu bilik simpanan mayat. 

"Syed apa kita nak buat sini? I takut! Syed please!" kata Qina. Syed memegang tangan Qina dengan kemas. Qina merangkul lengan Syed. 

Bersebelahan dengan lift itu terletak satu bilik berkunci tetapi berpintu kaca. Bilik itu gelap. Kemudian lift berbunyi. Mereka masuk ke dalam lift untuk naik ke lobby. Dari situ mereka menggunakan lift yang lain untuk naik ke tingkat yang ingin ditujui. 

Pemulihan dan perawatan psikologi dan mental. 


"Syed apa kita nak buat di sini?" tanya Qina.

"Nurse boleh saya berjumpa dengan Dr Hasnita?" tanya Syed tanpa mengendahkan pertanyaan Qina.

"Encik Syed kan? Dr dah lama tunggu dalam biliknya. Mari ikut saya," kata nurse itu. 

Mereka berjalan mengikuti nurse itu. 

"Syed jangan buat I macam ni. Jangan siksa lagi I macam ni. Tolonglah Syed hantar I balik...," itulah kata-kata Qina sambil menangis. Syed melepaskan genggaman. Qina berlari hilang daripada pandangan Syed. Masa bagaikan terhenti begitu sahaja.

Diary QinaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant