Part 32

76 1 0
                                    

"Qina berjalan-jalan di atas jambatan manhattan sambil mengambil gambar bandar New York yang cukup indah. Syafiza pula sedang rancak berbual dengan Ali. 'ada apa apa ke?' bisik hati kecil Qina.

"Oi! Janganlah tinggalkan aku kot ye pon korang nak dating!" kata Qina sambil berlari mendapatkan mereka berdua.

"kakak ni ada je kan? Ali tengah tunjukkan bangunan yang boleh kita nampak dari sini. Meh sini camera Ali," kata Ali. Terlalu sayang dengan cameranya sehinggakan tidak berani memberikan kepada kakaknya untuk pegang.

"Alaa orang nak pegang pun tak boleh," kata Qina.

"Amek gambar sudahlah. Nak pegang no,no,no," kata Ali.

"Fiza kau lapar tak?" tanya Qina.

"Boleh tahanlah. Tapi ada ke kedai halal dekat sini Ali?" tanya Syafiza.

"Ada je. Kalau tak takkanlah Ali makan roti je memanjang," Ali berseloroh.

"Kau dengan kakak kau ni sama je kalau tak sakat orang memang tak sah," kata Syafiza.

Mereka ketawa sambil berjalan-jalan di atas jambatan itu melihat matahari terbenam. Sudah dua hari Qina berada di New York namun satu khabar berita tentang Syed pun dia dapat. Apabila dia call Hanani kata Syed masih lagi tidak sedarkan diri namun hatinya kuat mengatakan bahawa Syed sudah sedar.

***

"Abang nak pergi mana dengan bag-bag ni semua? Abang kan baru baik. Duduklah rehat dekat rumah," kata Hanani.

"Hanani, abang dah lama duk rehat atas katil hospital tu walaupun tak sedarkan diri. Ni cop dekat tangan ni pun dah hampir pudar. Abang rindukan dia. Mestilah abang kena kejar dia. Hanani ingat janji kita jangan bagitahu Qina yang abang dah sedar?" tanya Syed.

"Ingat. Qina ada call petang tadi tapi Hanani kata abang belum sedar lagi. Tapi abang takkanlah abang nak pergi sorang?" tanya Hanani.

"Habis kau nak skip kuliah and ikut aku? Tak payah! I can manage myself well. Lagipun abang ada hal penting nak bincang dengan dia," kata Syed.

"Abang dah cakap dekat ayah abang nak pergi?" tanya Hanani.

"dah. Ayah bagi. Kau yang risau lebih asal?" tanya Syed.

"Okaylah tapi New York tu besar bang. Macam mana abang nak tahu dia ada dekat mana?" tanya Hanani.

"sebab tu la aku ada kau. Dah Hanani nanti bila abang sampai sana abang call Hanani. Lepas tu Hanani tanya Qina ada dekat mana tengah buat apa macam mana vacation dia? Macam biasa Hanani gossip dengan kawan-kawan Hanani yang pergi overseas tu. Buat cool je tau jangan pecah temberang," kata Syed.

"Hanani janji. Besok flight abang pukul berapa?" tanya Hanani.

"pukul 10.15 pagi sampai sana pukul 1.20 petang. Hanani boleh hantar abang tak? Kalau tak boleh abang naik teksi," kata Syed.

"besok Hanani ada kelas pukul 12 jadi Hanani tak stay lah. Hanani hantar abang je boleh?" kata Hanani.

"boleh je. So besok pergi airport pukul 8 pagi tau. Dah la abang nak tidur ni dah lambat. Hanani pun tidurlah," kata Syed sambil mengucup dahi adiknya dan mengucapkan selamat malam seperti yang dia biasa lakukan sejak kecil.

"Abang Hanani dah besarlah," kata Hanani.

"dah pergi tidur," 

Diary QinaWhere stories live. Discover now