Part 26

93 1 0
                                    

"Maaf puan, kami tidak dapat mencari di mana suami puan sekarang," kata seorang lelaki berkaca mata itu.

"maksud kau takde record kad kredit ke apa ke yang dia guna?" tanya Hanim.

"takde Puan. Kami dah cuba yang terbaik," kata lelaki itu lagi.

"dah kau boleh pergi sekarang," kata Hanim.

'mana Qofthar pergi? Hilang macam tu je? Lepas aku kena tangkap basah dengan Leman aku aku balik duduk dengan ayah. Bila aku balik pak guard lansung tak bagi aku masuk and cakap Qofthar dah takde. Orang gaji pun dah tak kerja. Aku nak buka pintu rumah pun dah ditukar kunci. Memang dia cari nahas dengan aku. Leman pulak, walaupun dah mampos tapi tetap ah long yang dia pernah kerja dulu cari aku habis kikis duit aku. Ayah pun sama, asyik berjudi memanjang. Sekarang duit aku dah habis. Jual dadah beli dadah menagih dadah tu la Leman. Susah hidup aku dibuatnya walaupun dah takde. Qofthar pula bawa lari anak-anak aku. Dah setahun aku dipisahkan dengan mereka. Sekarang aku nak buat apa?' bisik hati Hanim.

Hanim berjalan keluar dari pejabat Wafi iaitu seorang ejen penyiasat maklumat dalam kata nama lain "spy". Banyak duit yang telah dilaburkan demi mencari bekas suaminya dan anak-anaknya itu. Tujuannya untuk meminta duit. Walhal sekarang dia sedang menumpang di rumah ayahnya dan menjaga ayahnya yang semakin nazak. Pak Busu tidak lagi dapat berjalan dan lumpuh ketika terjatuh dalam parit sejak 5 bulan yang lalu. Hanim pula menganggur kerana tidak mahu bekerja sebagai kuli. Maklumlah, sudah terbiasa tidak bekerja dan goyang kaki sahaja. Duit dalam bank pula digunakan untuk membayar hutang judi ayahnya dan arwah suaminya Leman. Sikit demi sedikit duitnya habis.

"errh errrh yeee yeee," kata Pak Busu dalam keadaan terlantar yang ingin minum air kepada Hanim.

"ayah nak apa lagi? Eh Hanim rimaslah! Ayah saya tak faham apa ayah nak!!!" bentak Hanim.

"errhh yeee," kata Pak Busu lagi.

"eh orang tua ni dah nak mampos pun banyak songeh la!" kata Hanim.

"Aaaa nimmmmm! Errhhh yeee," kata Pak Busu lagi.

"saya takde duit nak beli makanlah ayah. Dalam bank pun tinggal seratus je. Ubat ayah tu bukan murah ayah tahu tak? Orang kampung semua caci Hanim lepas tu ayah pulak sakit macam ni. Hanim ni takde keje ayah. Kelayakan pun tak ada. Hanim x faham apa yang ayah nak. Susah lah macam ni ayah," kata Hanim sambil duduk di pangkin.

"Aaa nimmm... yehhh na na afff. Yeh na af," kata Pak Busu cuba untuk meminta maaf.

"tak payahlah ayah nak minta maaf dengan saya. Maaf ayah tu macam lah boleh baiki semua benda," kata Hanim bingkas bangun dari pangkin dan keluar ke pekan.

"Aaa nimmmm... Aaa nimmmmm. Aaaaaa nimmmmmm!" teriak Pak Busu namun tidak diendahkan Hanim.

Hanim berjalan-jalan di sekitar kampung sehingga sampai di pekan. Dia ingin ke bank untuk mengambil duit membeli beras. Perutnya lapar. Dia pasti ayahnya juga lapar. Sekeras hatinya ada juga belas kasihannya sebagai seorang anak. Dia juga sering memandikan dan memberi ayahnya makan walaupun mulutnya sentiasa membebel dengan kata-kata kesat.

Sedang dia melintas jalan tiba-tiba ada satu kereta dengan laju telah melanggar Hanim. Hanim terpelanting jauh.

"Mak!!!!!!!!!!!!!!!!" teriak Syed yang baru sahaja terjaga dari tidur. Dia telah bermimpi buruk tentang ibunya yang terjatuh dari bangunan yang tinggi kerana ingin mengambil buah mangga di birai atap bangunan itu. Tiba-tiba ibunya jatuh dan bayangan menjadi gelap.

Hanani yang terdengar teriakan abangnya itu masuk ke dalam bilik Syed. "Syed kenapa ni? Bawa mengucap Syed," kata Hanani.

"Syed mimpi buruk pasal mak. Syed rasa tak sedap hati. Syed rasa macam ada sesuatu yang berlaku dekat mak," kata Syed.

Diary QinaWhere stories live. Discover now