Part 15

108 1 0
                                    

***Bab 15***

Aku sentiasa menyebelahi cinta tetapi mengapa cinta tidak menyebelahi aku? Mengapa aku sering bertepuk sebelah tangan? Mengapa mereka pergi tinggalkan aku bagaikan satu badai melanda aku. Bagaikan satu sumpahan bahawa aku tidak bisa bercinta sehinggalah aku kuruskan badan malah aku tidak pasti jika benar aku dapat kuruskan badan mampukah cinta datang? Aku mahu dicintai dan mencintai. Begitu rumitkah permintaan aku? 

Sudah ramai lelaki yang ku kenali dan sesetengah daripada mereka yang berkenan di hati namun ada yang berpunya dan ada yang mengasihi orang lain sedangkan mereka tidak sedar aku mampu mengasihi mereka seperti mana mereka mengasihi orang lain itu. Cukup! Cukuplah aku disakiti. Aku tidak mahu diri ini dikecewakan dek diriku sendiri yang cuai. Sering jatuh tetapi tiada penyelamat. Aku sadar diri ini bagaikan sampah yang dicampak dan dibiarkan begitu sahaja. Bagaikan kertas surat khabar yang dibuang dan bertebangan di udara tanpa dihiraukan sesiapa. Air mata yang menitis tiada yang datang menyeka. Siapalah aku. Siapalah aku jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai rupa paras yang cantik, budi pekerti yang menarik, lentok dan lenggok badan yang menawan dan senyuman yang mengasyikkan. Jika dibandingkan dengan aku si hodoh yang berbondong-bondong lemaknya, lentok badan juga tiada hanyalah gerakan lemak-lemak yang bertapa. Bukan aku tidak cuba berusaha untuk menghilangkan mereka namun usaha aku sekian kali gagal. 

Syed? Tidak mungkin Syed akan menjadi cinta sejati aku. Lelaki tinggi lampai berbadan sasa itu tidak cocok bersama gadis pendek dan gendut seperti aku ini. Pasti dia menjadi buruan wanita. Kami bersama sekadar teman biasa dan kerana dia terhutang budi sama aku. Setakat kawan sahaja. Aku sedar dia keluar dengan aku, ajak aku keluar bukan nak date tapi nak membalas budi walaupun kejadian pada malam di Oasis hari itu mengejutkan aku.

Haiqal? Haiqal tidak wujud! Haiqal itu palsu! Ya, memang dia pelamar aku tetapi itu bukanlah dirinya yang sebenarnya. Haiqal yang aku kenali tidak akan jatuh pada sang wanita seperti aku ini. Tastenya megah bagaikan Izara Aishah atau Marsha Milan mahupun Anzalna Nasir. Haiqal melamar aku kerana terlalu terdesak. Desakan itu dibuat semata-mata ingin memuaskan hati ibunya bahawa anaknya itu bukan terpesong.

Qina menulis details itu ke dalam diarynya. Sedang dia menulis tentang Haiqal, fikirannya mengelamun jauh. Dia teringat tentang pertemuannya dengan Haiqal ketika dia baru sahaja selesai membeli roti di kedai, dia terserempak dengan Haiqal yang baru sahaja keluar dari sebuah kelab malam tidak jauh dari kedai runcit itu. 

"Qina! Hey! You tak kenal I ke?" kata Haiqal.

"Haiqal? Haiqal you ke ni?" tanya Qina dengan nada ketakutan. Qina terkejut melihat gaya Haiqal seperti lelaki asing yang tidak pernah dikenalinya. Rambutnya diwarnakan biru muda, jacket kulit hitam dipadankan dengan seluar skinny jeans berwarna hitam, seutas kalung bercacah naga tergantung di tekaknya, telinganya ditindik dengan subang yang besar mengalahkan orang perempuan. 

"I la ni Qina. You yang buat I macam ni. You tak ingat? Perempuan tak sedar diri untung! You patut bersyukur I kutip perempuan gemuk badak macam you ni untuk jadikan isteri, kalau tak siapa lagi nak kutip you? Tapi tak you nak tolak! Bodoh! Kenapa kau tolak lamaran aku perempuan sial?!" bentak Haiqal dengan kuat sambil melempar satu tin Heineken yang belum dibuka. Mujurlah air arak itu tidak disimbah ke muka Qina.

"Haa....Haa...Haiqal, kenapa you buat macam ni? Kenapa you takutkan I macam ni? Haiqal sampai hati you cakap I macam tu. Salah ke kalau I nak cari orang yang I cinta and dia cintakan I juga? Salah ke? You ingat I ni desperate sangat ke? I tak suruh pun you jadi macam ni," kata Qina. Tangisan mengalir membasahi pipinya yang gebu itu.

"Hey Qina! Kau tak payah nak bermadah helah dengan akulah! Aku ikhlas bagi kau cinta aku. Peluang hidup senang, kahwin dengan anak orang kaya pulak tu! Kau tolak Qina? Ke aku tak cukup kaya sampai kau kena pergi cari jantan lain? Kau cakap dengan aku siapa jantan yang kau jumpa tu? Banyak mana duit dia melabur dekat kau sampai aku ni kau tolak mentah-mentah. Kau ingat aku ni ikan ke kalau hanyir kau buang?!" kata Haiqal.

Qina terdiam. Tangisannya tidak membenarkannya berkata-kata. Kerongkongnya terasa tersekat. Dia menjadi sukar untuk bernafas.  

Tiba-tiba Haiqal menarik kepala Qina. Tudung bawal yang dipakainya menampakkan anak-anak rambut yang tadinya tersusuk. "pantang aku bila aku bercakap aku tanya orang tu diam! Jawablah pompuan! Aku ni takde maruah dah ke?!" bentak Haiqal lagi.

"Haiqal lepaskan saya! sakitlah!" jerit Qina.

"Kau dengar sini pompuan. Aku akan pastikan hidup kau tak akan bahagia selagi kau tak jadi milik aku. Kau jadi milik aku pun aku akan pastikan yang kau rasa apa yang aku rasa masa kau khianati aku dulu! kau faham?!" bentak Haiqal sambil melempar Qina ke lantai. Qina memegang kepalanya yang sakit itu. 

Baru sahaja Haiqal ingin mendekati Qina, tiba-tiba ada seorang perempuan datang menghampiri Haiqal. Perempuan itu hanya memakai bra, seluar pendek dan kasut boot yang tinggi. Dia merangkul tangan Haiqal. Qina seperti kenal perempuan itu tetapi ingatannya masih samar-samar dek kesakitan yang meragut di kepalanya.

"sayang marilah masuk balik. Lamanya you buat phone call," kata perempuan itu.

"Onia, I ada urusan ni. You masuklah dulu," kata Haiqal.

"Tak boleh sebab I tengah 'panas' ni," kata Onia sambil membelai wajah Haiqal. Haiqal tergoda dengan belaian itu lalu mereka bercium walaupun berada di tempat umum. Qina terasa jijik melihat perkara itu lalu dia cepat-cepat beredar dari tempat itu.

"Qina!" panggil Syafiza. Lamaran Qina terhenti. Dia melihat Syafiza dengan terpinga-pinga.

"Qina kau mengelamun ke mana? Aku tengok kau macam ada masalah je?" tanya Syafiza yang tidak tahu tentang apa yang berlaku. Malah tiada siapa pun yang tahu.

"Taklah aku fikir pasal sabtu ni. Aku kena balik dengan Hassan. Aku tak tahu la apa akan jadi kalau aku tumpang dia. Selalunya aku balik dengan kau tapi kali ni nampaknya aku kena balik dengan dia la," kata Qina.

"tu la kau bukan nak bawa kereta sendiri. Kononnya nak buat lesen bila dah berlaki. Bila dah mampu beli kereta sendiri. Bukannya ayah kau tak mampu, kau je tak nak menyusahkan ayah kau. Mujurlah ayah kau memahami, kalau ayah aku dah lama dah aku kena marah," bebel Syafiza.

"Kau ni tak sah kalau tak bebel kan? Dahla aku nak tidur ni. Rasa macam takde mood nak study malam ni. Aku rasa letih sangat," kata Qina.

"Jap aku terlupa nak bagi phone kau. Dari pagi aku pegang sebab kau tertinggal dalam bilik so aku bawa nak cari kau tapi aku terlupa sampailah sekarang baru jumpa," kata Syafiza.

"hmm thank you," kata Qina dengan senyuman. Syafiza pun mencapai tuala untuk pergi mandi. Sementara itu, Qina membuka telefonnya. Terdapat 16 misscalls daripada Syed. Qina mendail voicemail.

"Qina, awak pergi mana? kenapa awak larikan diri daripada saya? Awak tak sudi jumpa saya lagi ke? Saya buat salah ke?" kata Syed dalam voicemail tersebut. 

Tiba-tiba tangisannya mengalir kerana teringatkan kejadian sewaktu dirinya dikasari Haiqal. Qina bagaikan tidak boleh mempercayai lelaki lagi. Dia takut jika dia rapat dengan Syed perkara yang sama akan berlaku. Sama ada Syed akan mengasarinya mahupun ibu Syed yang akan menyakiti hatinya seperti jelingan matanya di hospital tempoh hari. 

Qina memasang lagu Judika - Bukan Dia Tapi Aku sambil berbaring. Selalunya jika dia tidak dapat tidur atau berasa sedih dia akan memasang lagu itu untuk tidur. Ku harus pergi meninggalkan kamu. Yang telah hancurkan aku. Sakitnya, sakitnya oh sakitnya. Begitu beratkah ini hingga ku harus mengalah?

Diary QinaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon