Part 61

58 1 0
                                    

Malam tu lepas berbuka, kterang solat maghrib lepas makan. Lepas tu aku kemas-kemas dapur sebab Hanani, bibik, Syed, ayah dan Qatar ke masjid untuk solat tarawih. Syed kata Anita akan masuk bila Syed takde nanti. Tapi bila Syed dah balik Anita tak kerja untuk Qina dah. 

So sementara mereka di masjid saya mengambil kesempatan untuk menyediakan moreeh iaitu santapan selepas solat terawih. Jadi sebab aku duk ngidam nak makan colek ayam jadi aku pun gorenglah fishball celup tepung, ayam panggang dalam 3 drumstick potong kecik-kecik sebab ye la bukan ramai pun nak makan, sotong celup tepung and perut lembu rebus. Semua ni kita potong siap-siap and letak dalam mangkuk. 

Lepas tu aku siapkan sos dia. Cili besar, cili padi merah, bawang putih, bawang merah lepas tu air and blend. Dah tu masukkan madu dalam mangkuk dengan fish sauce. Lepas tu masukkan bahan yang di blend dan perah limau. Siap!

Bila dah siap buat semua tu aku pun hidang dengan air yang aku buat special. Air sirap letak jus lemon sikit and dua tablet redoxon oren. Memang sedap walaupun agak masam tapi aku suka masam so no hal beb. 

Tengok jam dah pukul 8.45 malam. Aku pun duduk dekat ruang tamu tepi piano. Nak main tak reti tengok je la. Kang rosak barang orang mahal aku tak mampu nak bayar. Dekat bawah takde tv sebab tv ada dalam bilik masing-masing. Even bibik pun ada tv and radio tau cuma radio je dia letak dekat dapur. Katanya dulu sebelum aku datang dia bosan masak sendirian. Pulak dah. Aku pun kadang-kadang macam tu cuma takdelah aku pasang radio stakat lagu dalam phone atau nyanyi lagu yang aku hentam je lirik dia. Siapa kisah? haha

Then pukul 9 lebih macam tu diorang pun sampai. Suami aku dah balik. Teruja betul aku. Kali ni rasa happy bila nampak Syed tapi kalau dia buat perangai dekat rumah ayah besok siap!

"Wah sedapnya nampak semua ni. Apa ni Qina?" tanya ayah.

"Ni colek ala Kelantan ayah. Selalu orang dekat Kelantan makan colek masa moreeh," terang aku.

"Ooo macam tu. Ha marilah kita makan," kata ayah. Aku tersenyum.

"Akak ni yang putih ni apa?" tanya Qatar.

Aku baru nak jawab bibik dah jawab. "perut sapi," kata bibik.

"Perut sapi? Sedap ke? Cubalah," kata Qatar sambil menguyah. Banyak betul dia makan tak sangka dia suka.

"Tak sangka adik suka makan perut lembu kan?" usik Hanani.

"WHAT???!!" jerit Qatar.

"Qatar... keep your tone down depan meja makan ni," kata ayah.

"Ayah diorang bagi Qatar makan perut lembu," kata Qatar.

"Dah bibik cakap tadi kau makan je. Lepas dah telan nak bising pulak. Ekeleh," sindir Syed. Aku tak pernah nampak perangai dia yang dia. Selalunya dia sopan je dengan adik-beradik dia. Takpelah walaupun agak kasar tapi niat dia tetap bergurau.

"Qatar tak nak makan dah la," kata Qatar.

"Qatar nak air? Air oren sirap je. Takde benda lain. Jangan risau," kata aku.

"Bibik pergi ambil air batu. Qatar nak minum dengan air batu," kata Qatar.

"Takpe biar akak ambek. Bibik sambunglah makan," kata aku.

"Takpe sayang biar Syed ambilkan. Sayang nak air batu juga?" tanya Syed.

Aku angguk dengan senyuman. Pelik. Syed bantu aku? Hmm dah matanglah tu. 

Lepas dah makan and settle semua kita semua naik atas. Aku dengan Syed pun masuk bilik. Syed duduk baring di katil sementara aku pakai losyen yang diberikan oleh Syafiza kepadaku. Aku sikit lagi tinggal. Ye la aku bukan pakai hari-hari. Pakai bila aku ingat je. Hehe. Benda ni pun aku sayang nak pakai sebab kenangan kan. hehe

"Sayang, esok boleh tak sayang balik kerja awal. Ayah ajak kita buka puasa kat rumah," kata aku.

"Macam biasalah kan?" kata Syed.

"Taklah. My father, Encik Hussein ya Tuan Syed," kata aku. 

"Oh tapi..," belum sempat Syed sambung dah berpaling menghadap dia. Tadi aku pandang cermin je. 

"Kalau awak tak boleh takpe. Qina pergi dengan Syafiza," kata aku.

"oh okaylah kalau macam tu sebab esok ada meeting pukul 4.30 petang. Mungkin habis pukul 6 lebih tak sure. Tapi nanti Syed pick up Qina lepas maghrib," kata Syed. Aku dah geram. Suka betul buat perangai. Takpe. Aku diam.

Aku pun naik atas katil, cium pipi Syed and tidur. Aku nak main secara mental. Tengok dia tahu tak aku punya perasaan macam mana sekarang. Tak boleh ke suami aku ni kerja macam orang normal kerja? Office hours. Pukul 5 balik. Cannot like that meh? -_-

Diary QinaWhere stories live. Discover now