Part 16

123 1 0
                                    

***Bab 16***

Setelah selesai kuliah Qina menunggu Hassan di tempat parking kereta. Petang itu cuaca membahang. Kepanasan memang terasa. Qina bagaikan nak pengsan tambahan pula dia belum makan lagi dari pagi.

Setelah satu jam menunggu Qina cuba untuk menghubungi Hassan namun gagal. Sedangkan pada pagi itu Hassan beria-ria menyuruh Qina supaya tidak lambat tetapi akhirnya dia sendiri yang lambat.

"wei badak! Dah lama kau tunggu?" tanya Hassan yang tiba-tiba muncul.

"dah satu jam tiga puluh minit ada hati kau tanya lama aku tunggu ke tak? Apa masalah kau ni?" tanya Qina.

"Kau tanya aku pehal? Kau tu tak berhenti call aku sampai aku kena tahan dengan Sir. Tak pasal-pasal aku dapat extra activities," kata Hassan.

"banyak songeh la kau ni. Mana kereta kau?" tanya Qina.

"Jomlah," kata Hassan.

Hassan memandu kereta dengan cermat. Walaupun perangainya seperti 'mat sengal' namun apabila bab memandu dia serious kerana melibatkan nyawa. Bukan semua manusia baik sebaiknya, ada juga kekurangannya. 

Mereka tiba di Taman Tun Dr Ismail. Rumah ibu saudaranya itu terletak di Jalan Atinahapan 3. Rumah bertemakan kaca memang cantik di mata. Namun sakit sendi bila mendaki tangga yang ada. Terlalu banyak tangga yang ada di sekitar rumah itu. Tangga untuk ke kolam renang, tangga untuk ke ruang makan, main stairs iaitu untuk ke bilik-bilik, tangga ke dapur dan tangga ke tempat letak kereta *garage.

"Assalamualaikum, mummy Hassan dah balik," jerit Hassan menggemakan seluruh ruang rumah itu.

"Waalaikumussalam. Ha! cucunda nekma dah pulang. Hassan kamu sihat?" kata Nekda.

"Sihat, alhamdulillah nekma," kata Hassan.

"Qina, rindunya nekma dengan kamu! Kenapa pucat sangat muka ni? Kamu dah makan?" tanya Nekda.

"Pucat ke? Tak sempat touch up kot. Nekma ni ada ada je. Belum tapi Qina tak lapar. Nekma ajaklah Hassan makan petang. Tadi dia cakap dia lapar," kata Qina.

"Hassan, nekma ada bikin cucur kesukaan kamu di dapur. Pergilah makan. Nekma nak berbicara perihal perempuan dengan sepupu kamu ini," kata Nekda.

"baiklah nekma," kata Hassan. Walaupun dalam hati dia berasa cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh Nekda kepada Qina namun dia sedar Qina cucu perempuan pastinya mendapat layanan lebih. Sama juga seperti dirinya mendapat layanan lebih daripada ayahnya.

Di dapur, Hassan membancuh air teh panas dan menuangkan sos cili ke dalam mangkuk. Setelah itu dia duduk di meja makan kecil seperti di kopitiam itu walaupun sebenarnya meja itu untuk tempat makan pembantu rumah mereka. Dengan lahapnya dia memakan cucur bawang itu.

Sementara di ruang tamu Qina dan Nekda sedang berbicara tentang penjodohan yang dilakukan oleh Nekda di kampung.

"Maksud Nenda? Qina tak faham. Kenapa nenda nak jodohkan Qina sedangkan Qina masih lagi muda untuk berkahwin. Kenapa tidak Hassan?" tanya Qina.

"Hassan memang sudah besar panjang tetapi pemikirannya masih lagi keanakan-anakan. Qina orang yang nenda jodohkan ni baik-baik orangnya," kata Nekda.

"Nenda, bukan Qina meragui pilihan nenda. Namun Qina mungkin sudah mempunyai pilihan Qina sendiri cuma berilah masa pada Qina nekma. Qina masih baru mula merasakan kehidupan sebagai seorang pelajar. Berikanlah Qina peluang untuk menikmatinya sepuas-puasnya," kata Qina sambil memeluk lutut Nekda. Kepalanya dilentokkan ke atas peha Nekda. Nekda mengusap dan membelai rambut Qina dengan penuh kasih sayang.

Diary QinaWhere stories live. Discover now