Part 35

86 2 0
                                    

Kalau dah rindu semestinya rindu-serindunya. Kalau dah sekali sayang pasti sayang selamanya. Kadang-kadang ada waktu pahit tapi manisnya akan tiba. Kalau dah merajuk pasti ada tukang pujuknya. Kalau dah marah boleh diredakan. Hubungan ni bukan senang, ada asam garam dia. Pandai-pandailah masing-masing tackle.

Qina menulis di dalam diarynya. Malam itu dia tidak ke mana kerana petang tadi Ali telah membawanya ke tempat yang ingin ditujui oleh Syafiza iaitu Macy's. Pelbagai barang yang dibeli oleh Syafiza terutamanya barang cosmetic jenama EM oleh Michelle Phan. Qina turut membeli beberapa buah tangan untuk Lisa, Farouk, Farish, Encik Hussein, Puan Maimunah dan ibu kandungnya, Cik Salehah. 

Tiba-tiba dia terasa rindu pada Syed namun Syed masih lagi belum menelefonnya dari London. Oleh itu, Qina pun tidur kerana tidak mahu berasa terlalu penat untuk berangkat pulang besok.

***

Encik Hussein sedang duduk di pejabatnya. Melihat pemandangan di luar. Kuala Lumpur begitu pesat membangun. Bangunan KLCC yang menyucuk perut awan. Menara Kuala Lumpur yang masih berputar. Itulah yang dipandangnya hari-hari. 

Terkenang dirinya pada Salehah, bekas isterinya dahulu sebelum berkahwin dengan Maimunah. Kalau bukan disebabkan dia terhutang budi dengan Haji Shamsudin sudah tentu dia tidak berkahwin dengan Maimunah tetapi dia menerima takdir. Haji Shamsudin yang sering membantunya memberinya duit, pakaian dan keperluan asas untuk hidup. Dia juga pernah bekerja sebagai Personal Assistant Haji Shamsudin. Haji Shamsudin terlalu mempercayai Hussein sehinggakan memberikan semua harta dan mengahwinkan anaknya dengan Hussein. 

"Hussein, aku semakin tua. Dalam dunia ni tak banyak yang aku percaya. Isteri aku dah takde tinggal anak aku seorang sahaja, itupun anak perempuan aku Maimunah. Aku tak tahu siapa lagi yang mampu jaga dia selain daripada kau. Aku percaya kau mampu jaga dia," kata Haji Shamsudin.

"Tapi Tuan Haji saya dah ada anak dan isteri. Saya tak mampu nak bermadu Tuan Haji," kata Encik Hussein.

"Kau cubalah Hussein. Maimunah tu baik orangnya walaupun perangai dia agak tidak matang tapi aku percaya kau boleh didik dia," kata Haji Shamsudin.

"Bagilah saya masa untuk berbincang dengan isteri saya Tuan Haji," kata Encik Hussein.

Apabila Salehah tahu mengenai hal ini, dia terus meminta cerai. Bukan kerana dia tidak sanggup bermadu namun dia berasa bagaikan satu beban untuk suaminya itu mempunyai dua isteri. Dia tetap mahu bercerai. 

"Leha kau cakap apa ni? Kenapa kau dah sayang aku ke Leha?" tanya Haji Shamsudin.

"Tak. Leha dah bosan hidup dengan abang. Leha bosan hidup susah. Lepaskan Leha bang. Lepaskan Leha. Biarlah Leha hidup sendiri," kata Salehah.

"Kalau itu yang kau mahu boleh tapi dengan syarat kau bagi Qina bawah jagaan aku," kata Hussein.

"Saya izinkan bang," kata Salehah.

Pada ketika itu, Qina berumur 2 tahun. Dia masih lagi tidak mengerti apa-apa cuma yang dia tahu ayahnya membawanya pergi dari Kelantan dan berpindah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin dengan Maimunah. Tidak lama selepas itu, Haji Shamsudin meninggal. Haji Shamsudin mewasiatkan Hussein seluruh hartanya dan memberikan RM100,000 untuk membuka syarikatnya yang  franchise di Kuala Lumpur.

Salehah pula sambung belajar dan menjadi seorang jururawat di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Sejak daripada itu, Qina tidak berjumpa dengan ibunya sehinggalah dia mencapai 18 tahun dan berhak menentukan siapa yang akan menjaganya. Qina memberi keputusan untuk tinggal dengan Encik Hussein dan membenarkan ibunya datang dan juga melawat ibunya di Kelantan setiap kali cuti. 

"knock,knock," ketukan di pintu mematikan lamunan Encik Hussein.

"masuk," kata Encik Hussein.

"Boss, hari ini boss ada meeting pukul 4 tapi boss nak pick up anak boss pukul 5.45 petang. Boss nak cancel ke meeting ni?" tanya Harlina PA Encik Hussein.

"Meeting dengan siapa? Kalau staff meeting cancel kan saja," kata Encik Hussein.

"Meeting dengan Syarikat Benua. Syarikat Tan Sri Syed Qhoftar," kata Harlina.

"Takpelah, awak call cakap saya nak awalkan meeting untuk tengah hari nanti," kata Encik Hussein.

"Tapi tengah hari Puan Maimunah pesan suruh boss balik sebab ada makan besar," kata Harlina.

"Kalau macam tu awak cancel semua meeting saya. Saya nak balik awal. Kalau Tan Sri nak jumpa saya nanti awak cakap kita boleh pergi memancing dekat dengan rumah saya," kata Encik Hussein yang tidak suka bermain golf.

"Baik Encik Hussein. Saya keluar dulu," kata Harlina.

Encik Hussein mengangguk. Dia mengambil bag laptopnya dan handphonenya, kemudian dia keluar dari pejabat. Encik Hussein singgah di Tesco, Ara Damansara sebelum pulang ke rumah untuk membeli barang dapur yang telah dipesan oleh isterinya sebelum bertolak ke pejabat pagi tadi.

Setelah itu dia pulang ke rumah. Isterinya sedang menonton television.

"Awal abang balik harini. Abang tak kerja ke?" tanya Puan Maimunah dengan lembut.

"Saya rasa tak sihatlah," kata Encik Hussein.

"Abang nak saya buatkan kopi? Ke abang nak naik atas tidur?" tanya Puan Maimunah.

"Tolong picit bahu abang Munah. Cucu kita mana?" tanya Encik Hussein.

"Tengah tidur dekat atas. Baru lepas minum susu. Alisa pun tertidur juga. Letih sangat agaknya semalam Farish duk meragam tak tidur," kata Puan Maimunah.

"Habis Farouk macam mana?" tanya Encik Hussein.

"Farouk dah pergi kerja," kata Puan Maimunah.

"Panggil bibik suruh dia angkat barang dalam kereta. Saya dah beli dah barang yang awak suruh tu. Awak nak masak apa banyak sangat awak suruh saya beli?" tanya Encik Hussein sambil bahunya dipicit-picit oleh isterinya.

"La abang ni macam tak tahu. Malam ni anak awak nak balik. Jadi si Alisa tu nak masak makanan Melayu. Dia tahu kakak dia dah lama tak makan. Asyik fish and chips memanjang," kata Puan Maimunah.

"amboi munah! Dah sayang anak ke?" perli Encik Hussein.

"Malaslah layan abang ni. Urut sendiri," rajuk Maimunah lalu ke dapur untuk minum air. Hussein turut mengikutnya dari belakang.

"Munah, abang gurau je. Takkanlah itupun awak nak terasa? Sayang janganlah merajuk?" kata Hussein sambil mencuit hidung isterinya.

"Abang ni romantic sangat harini dah kenapa? Tapi Munah suka. Dah lama Munah tak tengok abang macam ni," kata Maimunah sambil melentokkan kepalanya pada dada Hussein. Hussein membelai rambut isterinya dengan lembut. Dia mencium dahi isterinya. Walaupun dia pernah mencintai Salehah dan masih mencintainya namun dia juga belajar menyinta Maimunah yang selama ini menjaganya dari segi zahir dan batin. 

Diary QinaWhere stories live. Discover now