Part 58

56 1 0
                                    

So pagi tu Syafiza datang ambik aku. Nak pergi petang kenot sebab my hubby kata nak packing barang-barang before pindah. So kira malam ni aku tak masak lagi la. Makan luar je. Ish asyik-asyik makan luar. Asyik-asyik makan luar. Bosan kau tahu? Geram aku nak tanya atas muka si Syed ni apa tak sedap aku masak sampai nak ajak makan luar? Kalau tak sedap cakaplah boleh aku improvise. Tak payah nak drama cakap nak ambek hati aku sebab bagi aku kalau nak ambek hati baik kau jujur kalau tak memang taklah. 

Okay so aku dah melalut. Biaslah aku dah nervous sangat dah untuk nak jumpa doctor. Aku nak masuk sensorang. Even Syafiza pun aku tak nak dia tahu. Biar husband aku tahu dulu. Itupun kalau perkara baik. Kalau sebaliknya nauzubillah, aku simpan je la. 

"Hoi!" jerit Syafiza. "Kau mengelamun eh?" 

"mana aku aku nervous lah beb," 

"Qina kau relax ah. Kau ni cuak bagai pehal? Chill," kata Syafiza.

"Qina binti Hussein," kata nurse.

Aku pun bangun masuk dalam bilik doctor. Syafiza duduk dekat luar. Bila dah masuk aku duduk. Lepas dah introduce semua then doctor pun suruh aku baring. Dia check aku guna satu mesin ni. Aku pun tak sure. Tapi geli. haha. So aku tak duduk diam sebab aku kalau orang sentuh mesti geli, tapi Syed sentuh aku okay je. Pelik ke gatal? 

"Puan Qina saya harap Puan bersabar. Puan masih muda jadi tak perlu risau. Masih banyak lagi masa. Puan boleh cuba lagi," kata Dr Kavita.

"Maksud doctor saya boleh mengandung?" 

"Saya harap berita ni puan dapat terima dengan hati yang terbuka. Mengikut test yang saya lakukan tadi peluang untuk puan mengandung sangat tipis kerana seperti rahim puan mempunyai sedikit masalah. Boleh saya tanya?"

"Silakan doctor,"

"Ada tak masa kecil dulu atau sekarang awak ditendang di perut atau mempunyai tekanan fisiologi?" tanya doctor Kavita. Aku terdiam.

"Saya tak bermaksud nak membuka aib awak tapi kadang-kadang penderaan semasa kecil menyebabkan perkara-perkara seperti ini. Punca yang akan kekal selamanya," kata Doctor Kavita.

"Adakah maksud doctor saya ni mandul?"

Doctor Kavita diam je sambil gigit bibir. Aku angguk faham. 

"Baiklah terima kasih doctor,"

Aku keluar dari bilik tu. Aku  bayar dekat counter lepas tu aku cakap ke Syafiza aku nak balik. Dia diam je. Aku memang sayangkan dia gila sebab bila aku ada masalah dia boleh bezakan bila time masalah aku nak bersendirian dia diam je, bila time aku ada masalah aku perlukan seseorang dia yang cakap and peluk aku. Dia memang seorang yang memahami. 

Macam biasalah dia bawa aku pergi Taman Tasik Cyberjaya. 

"Kau tahu tak kau ni kawan aku yang paling aku sayang," 

"Lebih daripada Syed?"

"Gokil banget lo. Nngak bisa. Harus kurang dikit banding Syed. Nanti berdosa tau," 

"Bahasa Indonesia pulak minah ni. Kau ni pun satulah. Aku still tak faham kenapa kau pilih Syed jadi husband kau walaupun kau tahu sebenarnya dia tu agak childish,"

"Sebab aku tahu ada something special pasal dia yang belum aku terokai. Aku tahu benda tu ada," 

"Cakap lah dengan realiti wahai Qina. Jangan nak buat teater kat sini. Mana ada benda yang tak nampak tu membuat kita tertarik pada seseorang? Aku nak tanya kau lah, kau sebenarnya happy tak marriage kau ni ?"

"Aku happylah,"

"Kau happy ke kau buat-buat happy? Kau tahu tak Qina aku tengok kau dah tak macam dulu. Dah tak sweet sweet dah tapi sekarang kau tegang je. Serious je. Aku tahu kau ada masalah. Kau cakaplah. Mamat tu belasah kau? Ke dia kahwin dengan kau sebab dia nak sentuh kau je? Kau jujur dengan aku. Dah berapa tahun aku kawan dengan kau. Kita dah macam sisters dah. Kau tak boleh hide daripada aku Qina. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Dah berapa lama kau tak balik rumah kau. Ayah kau pun mesti rindu kau. Bukan kau duduk jauh pun. Selangor juga,"

"Aku okay Fiza. Kau tengok aku sekarang. Aku senyum je. Aku rindu kau,"

"Kau jangan nak tukar topiklah,"

"Kenapa kau macam marah sangat dengan Syed ni?"

"Sebab aku nampak dia dengan awek mat salleh dekat La Bodega Bangsar Shopping Centre. Kemain lagi,"

"Ala dia pergi makan je. Kau tahulah Syed mana pandai nak gaul dengan pompuan," 

"Kau tahu tak Nuriman tu siapa? Dia tu pimper kalau kau nak tahu. Tapi pimper dengan class lah sangat. Australian Pimp. Aku kenal sangat mamat tu," 

"Ala satu je. Nuriman je. Lagipun tu kawan kolej bukan kawan sampai sekarang. Syed pun ada cakap dia tak suka dengan Nuriman tapi dia tak cakap kenapa. Dia just cakap stay away. Dalam banyak kawan-kawan dia aku suka Harith. Dia baik and charming. Handsome lepas tu badan tough,"

"Kau tengok luar je. Harith pun sebenarnya womanizer juga,"

"Chop mana kau tahu ni?"

"Memanglah aku tak pergi club tapi aku ada kawan-kawan clubbers. So malam tu diorang ajak aku lepak dekat Burp. Harith ada dengan kterang. Nuriman datang lambat so masa aku nak gerak balik tu aku terserempak dengan dia. So bila aku nak balik tu sebab aku tumpang Ayas, aku tanyalah Ayas Nuriman dengan Harith ni siapa. Ayas la yang cerita. Aku tak cakaplah dekat Ayas yang aku kenal diorang just aku macam joke-joke cakap eh handsomelah Harith tu siapa dia, then Ayas cakap Harith tu anak orang kaya. Runs his father's company tapi malam-malam joli. Nuriman pula balik Malaysia cari mangsa,"

"Betul ke kau ni? Aku tak percayalah. Ayas tu okay ke? Dia boleh kawan dengan orang macam tu,"

"Habis Syed boleh kawan dengan orang macam tu?"

"Aku tak tahu nak kata apa. Dahla dah lambat ni. Nak solat zuhur lepas tu nak packing. Kterang akan pindah Bukit Tunku. Rumah ayah Syed,"

"Kau tak nak tahu siapa Sara Johnson?"

"Mana kau tahu pasal perempuan tu Syafiza?"

"Perempuan tu la yang Syed jumpa dekat La Bodega,"

"Kau sure ke?"

"Aku sure,"

"Kenapa kau begitu pasti?"

"Sebab Syed macam mesra semacam je. Macam dah kenal pun lama. Tapi Qina kau jangan jump to conclusion. Kau bincanglah dengan Syed. Tanya Syed pasal Sara Johnson,"

"Tak boleh nanti aku terpaksa cerita pasal Haiqal,"

"Kau tak perlu cerita pasal Haiqal selagi Syed tak tahu. Lagipun Syed tak pernah tahu kan?"

"Tak,"

"Then? Kau perlu tahu Qina. Sebab kau dah kahwin dengan stranger,"

                                                                                      ...

Diary QinaWhere stories live. Discover now