Part 18

92 1 0
                                    

*** Bab 18 ***

"Okay ready set semua?" tanya Makcu.

"dah ready dah. Hassan mana Qina?" tanya Nekda.

"Qina demam agaknya nenda," kata Hassan.

"kenapa? Macam mana boleh demam? Kalau macam tu takkan kita nak tinggal dia?" kata Makcu.

"Sebab tadi Hassan ketuk pintu tapi takde respon pun," kata Hassan.

"Takpe biar mummy pergi tengok," kata Makcu.

Makcu melangkah naik tangga ke bilik Qina dan Nekda. Pintu bilik dibuka perlahan. Qina terbalut dalam selimut. Walaupun suhu penghawa dingin mencecah 18 degree celcius namun badan Qina masih lagi berpeluh. 

"demam panas Qina ni," kata Makcu.

"Qina, bangun sayang. Qina," kata Makcu.

Qina tidak dapat membuka matanya kerana kepalanya terlalu berat. Tekaknya juga sakit. Terlalu pedih untuk bercakap walhal pagi tadi masih okay walaupun ada tanda-tandanya. 

Makcu keluar dari bilik itu memanggil Hassan yang masih di bawah. Kemudian Nekda dan Hassan masuk ke bilik itu.

"kenapa mummy?" tanya Hassan.

"Qina demam San. Kamu bawalah Nenda pergi. Biar mummy jaga Qina disini," kata Makcu.

"Takpelah kamu berdua la pergi biar mak jaga," kata Nekda.

"Mak kalau mak jaga nanti berjangkit susah nak baik. Baik Acu jaga Qina ni. Mak pergi dengan Hassan," kata Makcu.

"Okay. Mummy Hassan pergi dulu," kata Hassan sambil bersalaman dengan ibunya.

Hassan dan Nekda turun ke bawah. Kereta telahpun pemandu Makcu panaskan. Barang-barang juga telah disiapkan oleh oleh Sari dan Murni. Mereka bertolak pada jam 10 pagi.

Hassan menelefon Hasnah untuk memberitahu khabar tentang Qina.

"Hello," kata Hassan.

"Hello siapa ni?" kata Hasnah.

"Ni akulah Hassan. Aku nak cakap yang Qina demam so kau tak payah datang. Tu je bye," kata Hassan lantas mematikan talian.

Tiba-tiba dia terima SMS daripada Hasnah.

"baiklah Tuan Putera. Boleh berikan alamat rumah sebab aku nak pergi melawat dia"

Hassan membalas.

"kau takpayah nak ngade. Qina tu demam kalau kau pergi nanti jangkit satu kampus dengan kau nanti! Dah tak payah nak SMS dengan aku lagi aku sibuk ni bye!" 

Hasnah tersentap. 'berani mamat ni cabar aku. Takpe Senah kau sabarlah. Harini hari dia besok hari aku,' gerutunya dalam hati.

Diary QinaWhere stories live. Discover now