Part 64

66 1 0
                                    

Walaupun masih lagi pusing kepalanya dek terkena suntikan semalam namun Syed gagahkan diri untuk bertemu dengan Encik Hussein di pejabatnya. Apabila sampai di pejabat Syed masuk ke dalam bilik Encik Hussein dengan ketukan di pintu.

"Berani kau tunjuk muka di pejabat aku?" 

"ayah saya tak faham. Kenapa saya tak dapat berjumpa dengan isteri saya ayah?"

"Kau tak faham ke kau pura-pura tak faham?"

"Maksud ayah?"

"Aku tahu selama ni kau suka balik lambat kan? Kau angkut anak aku duduk tinggal dengan kau berdua tapi tetapi sendiri. Itukah perkahwinan bagi kau? Aku tak faham kenapa kau nak sangat berkahwin dengan anak aku. Aku percaya kau boleh jaga anak aku sebab ayah kau kawan baik aku tapi nampaknya aku salah. Ayah kau jauh lebih baik daripada kau. Setakat CEO cabuk macam kau ni mana-mana aku boleh cari," kata Encik Hussein.

"Kenapa tiba-tiba sekarang ayah tak sukakan saya?" tanya Syed.

"Sebab kau khianat anak aku," 

"Saya sayangkan Qina kenapa saya nak mengkhianati orang yang paling saya sayang?"

"Kalau kau betul-betul sayangkan dia kenapa kau buat dia sakit?"

"Apalagi yang perlu saya lakukan untuk membuatkan dia bahagia? Saya masih belajar ayah. Saya perlukan didikan daripada ayah, umi dan ayah saya tetapi kenapa ayah mengkritik saya? Cuma satu je saya nak tahu ayah, apa salah saya?" tanya Syed.

"Cuba kau fikir apa kesalahan kau sejak kau kahwin dengan anak aku,"

"Saya tahu saya sering balik lambat tetapi salahkah kalau saya bekerja sehingga lewat malam? Saya tahu saya tak banyak beri perhatian pada dia tahu salahkah kalau masa yang lebih tu saya pergi ke masjid untuk belajar ilmu agama untuk menjadi seorang suami yang baik demi isteri saya dan membimbing kami berdua ke jalan yang benar? Ayah tolonglah ayah. Bagilah saya peluang. Mungkin sekarang saya bukanlah suami yang terbaik tetapi saya sedang mencuba ayah," kata Syed.

"Habis siapa perempuan dalam gambar ni?" tanya Encik Hussein sambil menunjukkan gambar dalam telefon bimbitnya kepada Syed. Dalam gambar itu, Syed sedang menyuap makanan kepada perempuan lain.

"Ayah tolong jangan salah faham. Kami sedang berbincang tentang kerja ayah. Serious," 

"Berbincang pasal kerja sambil kena suap-menyuap makanan? Ingat Syed kau diawasi. Selagi kau menantu aku aku mesti pastikan pilihan anak-anak aku adalah yang terbaik. Sekurang-kurang Farouk tak pernah buat perangai dengan Alisa walaupun dia agak keperempuanan!"

"Ayah tolonglah ayah. Itu bukan seperti yang ayah sangkakan,"

"Dah terang lagi bersuluh lagi kau nak menidakkan? Sudah baik kau keluar sebelum aku panggil security,"

"Tapi ayah,"

"Keluar!"

Syed melangkah keluar dari pejabat Encik Hussein dan menuju ke KLCC tempat kerja Sara Johnson. 

"Sara I need to see you now," 

Beberapa minit kemudian Sara tiba di bridge KLCC di tempat Syed menunggunya. Sara adalah seorang mat salleh yang sama-sama belajar dengan Syed di UK dulu. Ketika itu Syed masih lagi culun dan tidak pandai bergaya. Tambahan pula dia memakai braces tetapi dia jatuh hati pada Sara Johnson tetapi setakat crush. Tidak lebih daripada itu. Tidak seperti Qina. Dia telah jatuh cinta dengan Qina. Memang berbeza.

"What's up Qhalid?" tanya Sara. Memang dari dulu semua orang dari college akan memanggil Syed, Qhalid namun sejak dia balik ke Malaysia dan bertemu dengan Qina sudah terbalik pula. Nama keturunan dipanggil. 

"Do you have any free time after 5?" tanya Syed.

"Yeah sure. Why?"

"Can you follow me somewhere?"

"Okay but why?"

"I'll pick you up at 4.30 and I'll explain later. I have to go now," kata Syed lalu beredar dari situ. Ketika itu sudahpun jam 10.30 pagi. Dia mempunyai meeting di pejabat jam 11 pagi.

***

Petang itu seperti dijanjikan Syed pick up Sara Johnson dan menerangkan segala-galanya pada Syed. Sara faham budaya mereka berbeza jadi mungkin ada sedikit salah faham antara ayah Qina dengan mereka berdua. 

Apabila tiba di rumah Qina di Seri Pilmoor, Syed dan Sara dijemput masuk oleh Puan Maimunah. Qina masih lagi di atas. Encik Hussein masih belum pulang.

"Syed nak jumpa Qina?" tanya umi.

"Mana Qina umi?" tanya Syed.

"Pergilah naik atas ke bilik Qina. Biar umi bercakap dengan Sara,"

"terima kasih umi," kata Syed sambil memeluk ibu mertuanya itu lalu naik ke atas menuju ke bilik Qina.

Syed mengetuk pintu beberapa kali. Namun tiada respons.

"Room service," kata Syed dalam suara perempuan.

"Lisa janganlah kacau," kata Qina.

"Room service ma'am," kata Syed lagi.

"Mana ada room service dekat rumah!" kata Qina.

"Ma'am room service. Clean your room," kata Syed.

Qina bangun dan membuka pintu. Dia terkejut melihat Syed yang berdiri sambil tersenyum. Qina memeluk Syed. Syed mencium pipi Qina. 

"neorul bogo shipoyo, I miss you," bisik Syed di telinga Qina.

"sejak bila pulak Syed pandai cakap Korea?," tanya Qina.

"For you," kata Syed sambil memberikan sekotak kecil berwarna biru yang berisi rantai white gold.

"You don't have to," kata Qina.

"Sayang, there's someone whom I want you to meet. Sayang jangan freak out. She's Sara Johnson," kata Syed.

"Syed bawa dia datang sini ke?" tanya Qina sambil bercekak pinggang.

"Sayang janganlah marah. She need to explain it," 

"Syed Qhalid Syed Qhoftar! How dare you?" 

"Please? Saya cantik sangat harini," kata Syed sambil membelai rambut Qina. Qina berpaling buntut. Merajuk. Syed memegang bahu Qina dengan lembut dan memusingkan badan Qina.

"Please?"

"Okay," kata Qina lalu masuk ke dalam bilik untuk memakai tudung dan turun ke bawah. Dia takut kalau-kalau Farouk Zin pulang. 

Apabila Encik Hussein pulang dia terkejut melihat Sara Johnson ada di rumahnya namun setelah perbincangan maka selesailah masalah mereka. Rupa-rupanya mereka salah faham. Sara Johnson yang menyuap Syed dalam gambar itu jadi Syed tidak bersalah dan memang begitu perlakuan orang putih apabila bersosial. Jadi bagi mereka itu hanyalah normal gestures. 

Jadi malam itu Syed tidur di Seri Pilmoor dan tidak pulang ke rumahnya di Bukit Tunku. Seperti biasa sebelum tidur mereka akan ke kolam ikan koi di tingkat 3 melihat bintang yang tak seberapa hadir dan bulan yang bersinar menerangi malam. 

"Qina," 

"Ye Syed,"

"phm rak khun, I love you Qina," kata Syed sambil mencium dahi Qina selama 5 saat.

"Wo Ai Ni, I love you, Aku cinta padamu Syed," kata Qina sambil memasukkan jarinya ke celah-celah jari Syed.

"Esok kita pergi holiday nak?" tanya Syed.

"Tapi esok still puasa," 

"Takpe kita still boleh pergi. Lagipun Qina kan cuti so takkan penat kot?"

"You shouldn't descriminate a woman like that tau. Do you know that a woman is more likely getting tired when she's having her period rather than normal days or fasting month?" 

"Janganlah serious sangat sayang. I was just teasing you," kata Syed sambil mencium pipi Qina.

Aku rasa kalau pipi aku ni jenis kalau sentuh ada bekas or terus blush mesti penuh dah pipi aku sebab selalu kena kiss dengan Syed. Tapi apapun takpelah namalah ciuman daripada suami. Cehh. Goodnight. 

Diary QinaWhere stories live. Discover now