Part 33

115 1 0
                                    

Setibanya Syed di New York, dia mengambil teksi untuk ke hotel Ritz Carlton di Central Park. Setelah berjaya check-in dia masuk ke dalam bilik dan mandi. Badannya terasa melekit-lekit setelah lapan jam flight dari London. Bontotnya juga sudah agak kebas. Nasib baik KLM menyediakan makanan yang enak jadi dia agak berselera dengan hidangan yang diberikan dan tidak begitu mula dengan perjalanan direct flight ini. 

Setelah selesai mandi dan bersolat jamak Zuhur dan Asar, Syed memakai baju kemeja berwarna putih yang dipadankan dengan seluar slack hitam, vest berwarna hitam dan bow tie berwarna maroon. Setelah itu, dia menghubungi Hanani di London.

"Hello adik, macam mana Qina ada call?" tanya Syed.

"Ada. Dia kata malam ni dia pergi Central Park pukul 6 petang New York," kata Hanani.

"Ada apa dekat Central Park?" tanya Syed.

"Katanya ada Jazz Band menyanyi dekat situ malam ni. Macam ala-ala Zee Avi tu. Lepas tu Qina tanya abang dah sedar ke Hanani cakap belum lepas tu dia macam sedih tapi Hanani kata janganlah sedih cop tu ada lagi," kata Hanani.

"Cop ni dah hilang dah Hanani. Abang mandi tadi lepas mandi baru sedar cop dah hilang. Takpelah abang nak keluar pergi cari makan ni. Servings atas flight tadi sikit je. Nanti dah sampai Central Park abang call," kata Syed.

"Abang duduk hotel mana ni?" tanya Hanani.

"Ritz Carlton dekat Central Park. So dekat je nak jalan. Okaylah dah pukul 3 ni nanti lambat pulak," kata Syed.

"Okay bye," kata Hanani.

"Kirim salam dekat ayah. Malam ni abang call lagi. Bye," kata Syed lalu mematikan talian. Dia keluar dari biliknya dan menuju ke Lobby Lounge. Di sana dia memesan bagels dan secawan Americano. Katanya, kalau datang New York, benda yang paling wajib makan adalah bagels, donuts and their black coffee. 

Jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Masih ada lagi 2 jam untuk berjumpa dengan Qina. Syed memesan hotel chauffeur untuk membawanya ke Tiffany and Co. di 5th Avenue Street. Setelah sampai di sana, Syed mencari barang yang dia inginkan. Sebenarnya dia sudah ada barang itu namun dia takut kalau tidak bersesuaian oleh itu dia mencari lagi satu barang. 

Setelah 1 jam 30 minit berada di bangunan Tiffany's itu, Syed berjaya mendapatkan barangnya. Setelah membuat pembayaran, Syed keluar dan menaiki kenderaan limousine yang telah disediakan pihak hotel untuknya. 

Tepat jam 6.00 petang, Syed tiba di Central Park. Dia menyuruh drivernya itu pulang terlebih dahulu dan akan dia menelefon setelah selesai nanti. Berada di New York seharusnya Syed menggunakan kemewahan yang ada supaya tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Kalau di Malaysia, makan di hotel Shang Ri La pun dia bisa memakai selipar, t-shirt dan seluar jeans sahaja namun tidak di New York, kota orang kenamaan dan harus mempunyai standard.

"Hello, Hanani abang dah sampai Central Park ni Hanani tahu tak Qina ada dekat mana?" tanya Syed.

"Nanti Hanani call back. Hanani nak cuba call Qina," kata Hanani.

Tidak lama kemudian Hanani menelefon Syed balik.

"Hello, abang Qina kata dia dah sampai Central Park lepas tu dia kata concert tu dekat dengan tasik and ada bridge. Dia ada dekat bridge tu," kata Hanani.

"Dia tak suspicious ke?" tanya Syed.

"Tak sebab Hanani kata yang Hanani nak tengok kat internet concert tu kalau ada. So dia kata nama band tu 'Matildore'. Abang tengok-tengoklah kalau ada posters," kata Hanani.

"Tu la hari makin gelap dah ni. Tak lama lagi matahari akan terbenam. Okaylah I'll call you back," kata Syed sambil berjalan di sekitar Central Park.

Diary QinaWhere stories live. Discover now