Part 7

98 1 0
                                    

***Bab 7***

Akhirnya tiba juga hari pernikahan Alisa. Qina sepatutnya pulang pada malam sebelumnya namun dia harus menghadiri peperiksaan MUETnya di Kirkby International Collage di Cyberjaya. Entah mengapa Cyberjaya terlalu dekat di hati Qina. 

Seperti biasa Qina akan menumpang Syafiza untuk pulang ke Ara Damansara. Seperti biasa juga Syafiza akan menyuruh Qina memanaskan kereta sementara menunggu Syafiza bersiap-siap. 

"Ekau ni kalau bersiap mengalahkan aku. Aku ni pakai tudung belit, makeup lagi tapi siap lebih awal daripada kau. Kau bukan apa pun, pakai baju kurung biasa je. Tak makeup pun and tak buat rambut pun tapi time kau mandi mak oii habis air sekampung!" perli Qina sebelum sempat keluar dari bilik.

Baru sahaja Syafiza ingin membalas perli Qina itu, Qina telah berlari keluar. "budak bertuah betul!" sentap Syafiza.

Semasa menuruni anak tangga, Qina bertembung dengan seorang perempuan berwajah  ayu, putih dan mulus. Dia senyum kepada Qina. Begitu juga Qina. Sebelum Qina memulakan langkah, perempuan itu membuka bicara.

"Excuse me, you're Qina right?" tanya perempuan itu.

"yes and you are?" tanya Qina pula.

"I am Hanani. I just came to see you," kata Hanani.

"why?" tanya Qina.

"This package is for you. I have to go now. I am late for work. Assalamualaikum," kata Hanani kemudian beredar pergi.

Beribu tanda tanya hadir dalam fikiran Qina. Siapa Hanani? Mengapa Hanani memberikan bungkusan ini kepadanya? Adakah Hanani orang yang sama memberikannya sticker itu? Tak mengapa. Apa yang penting perkahwinan Alisa. 

Qina menunggu Syafiza di dalam kereta. Dia meletakkan bungkusan itu di tempat duduk belakang. Dia tidak mahu membukanya lagi sehinggalah dia telah berbincang dengan Syafiza. Dia memasang radio. Secara tidak lansung lagu LoveSick by Camryn didendangkan. 

I fell for every line on your lips,

only lies

A broken heart in the first degree

I thought we were just fine

should have seen all the signs

they were right in front of me

The way you looked at me

Made it easy to believe

I was blind, but now I see

And I was falling for you

I couldn't help myself

You hypnotize me

I was under your spell

You got me LoveSick

but now baby I can tell its just a game to you

so baby shame on you

Tiba-tiba Syafiza masuk. Mereka memulakan perjalanan ke Ara Damansara. Sepanjang perjalanan mereka membicarakan tentang hadiah misteri itu dan tentang wanita bernama Hanani. Mereka tiba di rumah Qina tepat-tepat jam 9 pagi. Sudah ramai yang hadir pada ketika itu. Segala persiapan juga telah dibereskan. 

Qina dan Syafiza naik ke atas untuk berjumpa dengan Alisa. Betapa cantiknya Alisa dalam pakaian pengantin serba putih itu. Qina memeluk Alisa dan memberitahunya betapa Qina rasa bahagia melihat Alisa dapat berkahwin walaupun sebelumnya. Syafiza memesan agar Alisa memberikan Qina hadiah besar kerana langkah bendul yang dilakukannya. Mereka bergelak ketawa.

Tiba-tiba Maimunah mengetuk pintu. Pihak lelaki sudahpun tiba. Alisa memegang tangan Qina seeratnya. Dia berasa sangat gementar. Mereka bertiga turun bersama-sama. Sebelum turun Alisa memberikan Qina satu kotak berwarna merah yang berisi gelang emas yang tertulis "Qina". Syafiza memegang kain dan veil Alisa sementara Qina memegang tangan Alisa untuk mengimbanginya menurun tangga. 

Setelah itu, Alisa duduk di atas sebuah bantal yang disediakan. Di saat itu Qina bagaikan tidak percaya. Bagaikan disambar petir. Masa baginya terhenti. 

Qina cuba untuk menahan dirinya daripada sakit. Ya, walaupun dia tidak menunjukkan perasaan itu tetapi melihat seseorang yang disukainya berkahwin memang tidak dapat dibayangkan.

Farouk Zin adalah bakal suami Alisa. Tekaannya selama ini benar. Syafiza juga terkejut kerana abang sepupunya itu akan berkahwin dengan adik tiri Qina. Dia berasa sangat gembira kerana dia tidak tahu tentang perasaan Qina terhadap Farouk Zin. 

Kini kau bukan milikku

Dan berakhir sudah cintaku

Biarkan saja hatiku bicara

Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu

Agar kau bahagia

Bersama dirinya selamanya

Lagu Papinka Masih Mencintaimu berlegar-legar di fikirannya. Sabarlah Qina mungkin jodohmu tidak bersamanya mungkin jodohmu di luar sana. Bisik hati Qina. Setelah selesai sekali lafaz Qina membantu ibunya melayan tetamu walaupun matanya tertancap pada pasangan mesra sejoli itu. Qina tidak dapat menahan perasaannya. Apakah dia patut stay and see all that? No! She could not stand it. Probably Ali was right. Alisa could not be so nice to her in just a blink of an eye! She had it all planned! But how could that be? No one knows about this! 

Qina mencapai kunci kereta ayahnya dan keluar secara perlahan-lahan. Dia membawa diri ke Taman Tasik Cyberjaya. Ya, tempat dirinya mencari ketenangan. Qina menangis sepuas-puasnya di sana. Sepatutnya dialah yang bahagia bersama Farouk pada hari ini tetapi kerana dia sendiri yang menolak pinangan itu, dia sendiri yang menderita.

Telefon bimbitnya ditinggalkan di dalam kereta. Sudah banyak kali Syafiza mencuba untuk menghubungi tetapi gagal. Encik Hussein pula sibuk melayan Ali yang baru sahaja tiba setelah Qina menghilangkan diri. Tidak ada siapapun yang tahu tentang kehilangan Qina kecuali dirinya. Baru kini Syafiza mengerti tentang hidup Qina yang tidak dihiraukan oleh sesiapun. Mempunyai keluarga bagaikan tidak mempunyainya. Syafiza menjadi semakin resah. 

 Syafiza meminta izin pulang dari Maimunah. Dia sudah nekad untuk mencari Qina. Walaupun dia tidak tahu di mana Qina berada namun dia pasti ada jalannya. Syafiza cuba untuk menghubungi Haikal. Namun seperti biasa Haikal hanyalah lelaki yang bermanis mulut sahaja. Bukannya ingin membantu. Mentang-mentang ditolak pinangannya mentah-mentah dia pula tolak untuk membantu mencari Qina! Dasar jantan dayus! Tak guna! Bentak hati Syafiza.

Diary QinaWhere stories live. Discover now