Part 34

88 0 0
                                    

Pagi itu, Syed tiba di rumah sewa Ali pada jam 8.30 pagi. Dia ingin mengajak Qina untuk bersarapan.

"Sayang, you dah bangun belum? I dah tunggu dekat bawah ni," kata Syed.

"Huh? You dekat bawah? Kejap, I turun," kata Qina dalam keadaan mamai. Disebabkan dia tidur lewat semalam didatangi period jadi dia bercadang untuk bangun lambat.

Qina turun ke bawah dengan memakai seluar palazo berwarna merah, jacket Syed dan tudung Syria berwarna hitam. Qina masih lagi dalam keadaan mamai. Syed pula berpakaian kemas dan segak. Berbaju kemeja berwarna biru muda, seluar slack berwarna hitam, kasut hitam dan rambutnya disisir rapi.

"Sayang baru bangun eh?" tanya Syed.

"You nak pergi mana pakai macam ni?" Tanya Qina.

"I nak ajak you breakfastlah. Jom," kata Syed .

"Sayang I belum mandi. You naik dululah. Tunggu I mandi semua," kata Qina.

"Takpelah, I tunggu you dekat bawah je," kata Syed.

"Takpelah. Naik je. Lagipun Ali dah pergi kelas. Syafiza ada dalam bilik tengah tidur. Takkan you nak tunggu dekat bawah? Sejuklah. I duduk dalam rumah pun pakai jacket," kata Qina.

"Comel betul sayang pakai jacket tu. Sayang beli mana eh?" sakat Syed.

"Eleh saja tanya. Ni jacket you lah. Dahlah jom la naik," kata Qina.

"Takpelah sayang. I tunggu dalam kereta je," kata Syed.

"Suits yourself then," kata Qina kemudian menutup pintu dan naik tangga menuju ke rumahnya di tingkat 2.

Lama Syed menunggu, hampir 1 jam. Syed tidak tahu kenapa lama sangat. Tidak lama selepas itu, barulah Qina siap. Rupa-rupanya Qina mengajak Syafiza sama. 'patutlah lama' bisik hati Syed. Qina pernah bercerita kepada Syed yang Syafiza memang lama untuk bersiap.

"Jom kita pergi," kata Qina.

Syed membawa mereka ke sebuah kedai bagels yang terkenal di situ. Kemudian mereka ke Tiffany's.

"You nak buat apa dekat sini?" Tanya Qina.

"Breakfast at Tiffany's ," kata Syed dengan senyuman.

"OMG! Sayang! You remembered?! Thank you sayang," kata Qina. Dia amat bersyukur dan dapat melihat kesungguhan Syed bersamanya dan menghargainya. Syed sentiasa mencari jalan membahagiakannya.

"Korang ni macam macam lah. So lepas ni korang nak pergi mana?" Tanya Syafiza.

"Oh ya lupa, mujurlah Syafiza ingatkan," kata Syed kemudian berpaling pada Qina. "sayang, petang ni I akan balik London. I ada appointment dengan doctor. You jaga diri baik-baik tau. Lepas ni I hantar you balik then I akan ke airport terus," kata Syed.

"Alaa you I baru je nak jumpa you. I'm gonna miss you," kata Qina dengan mulut muncung.

"Alolo Syafiza kan ada? Dia boleh temankan you. Next time kita jumpa lagi k? Lagipun in 6 months I akan balik Malaysia," kata Syed.

"Dahlah Qina janganlah kau sedih. Kau tu sensitif. Senang nangis," kata Syafiza.

"Dahlah sayang. Next time okay? Now you habiskan bagels ni then I hantar you balik," kata Syed.

Qina mengangguk. Dia tahu perpisahan ini akan mematangkan hubungan mereka. Malah mendekatkan lagi. Syed sudah melamarnya jadi Qina mula mengambil Syed dengan serious. Yang pasti belum sepenuh hatinya mencintai Syed selagi mereka tidak bernikah.

Selepas makan, Syed membeli 12 jambak bunga mawar dan menghantar Qina pulang. Qina masih lagi berbaki 2 hari di New York sebelum pulang ke Malaysia. Syed pula akan meninggalkannya sekali lagi. Ali sibuk dengan kuliah. Tinggal Syafiza . Tempat di New York juga tidak dapat diterokai kerana Ali hanya dapat membawa mereka pada malam hari sahaja. Paling tidak pun jam 5 petang ke atas.

Diary QinaWhere stories live. Discover now