Part 36

93 2 0
                                    

"Ya Allah, Farish rindunya maklong dekat Farish. Semakin montel ye?" kata Qina sambil mendukung anak saudaranya itu.

"Kakak apa khabar? Adik macam mana okay?" tanya Alisa.

"Alhamdulillah sihat. Ali pun okay," kata Qina. 

"Amboi Qina cantik cincin kau! Mana kau beli ni? Mesti mahal. Untuk Umi takde ke?" tanya Maimunah.

"Mestilah ada," kata Qina.

"Dahlah, jom kita balik. Mak kamu dah masak sedap-sedap tau untuk kamu Qina," kata Hussein. "Eh, Syafiza mana?" tanya Hussein.

"Syafiza balik naik ERL ayah. Katanya ayah dia pick up dekat sana on the way balik kerja," kata Qina.

 Mereka masuk ke dalam kereta dan bertolak pulang ke Ara Damansara. Apabila sampai di rumah mereka, Farouk Zin membantu Qina membawa masuk semua bag-bagnya ke dalam rumah. Selepas itu, mereka duduk di ruang tamu untuk minum petang yang telah disediakan oleh bibik.

"Ayah, Umi, Qina nak cakap sesuatu," kata Qina sambil menarik nafas yang panjang.

"Sayang tolong tidurkan Farish. Susu dia ada dalam bag," kata Alisa pada Farouk Zin supaya mengambil anak mereka itu. Farouk Zin pun mendukung Farish dan dibawa naik ke atas. 

"Cakaplah kak. Kakak nak cakap apa?" tanya Alisa.

"Sebenarnya, cincin yang Qina pakai ni cincin yang diberikan oleh Syed. Syed dah lamar Qina jadi isteri," kata Qina. Hatinya berdegup kencang melihat muka ayahnya yang tidak memberikan sebarang reaksi. 

"Biar betul kau ni Qina? Kau nak kahwin? Kau baru je habis diploma!" kata Maimunah.

"Syed kata dia izinkan Qina sambung belajar walaupun Qina dah kahwin nanti," kata Qina.

"Alisa rasa happy dengan kakak. Kakak jangan risau Alisa akan sokong kakak. Umi dan ayah tak setuju ke kakak nak kahwin?" tanya Alisa.

"Ayah nak naik solat dulu. Nanti kita bincang kemudian," kata Encik Hussein.

Puan Maimunah memandang ke arah suaminya yang sedang mendaki anak tangga. Dia kemudian memandang Qina.

"Umi bukan tak setuju Qina tapi kau ni muda lagi. Apapun kau tetap perlu tanya ayah kamu tu. Umi naik dulu tengokkan ayah kamu tu. Kamu berbincanglah dulu dengan Alisa memandangkan dia dah kahwin," kata Maimunah yang kemudian naik ke atas menjenguk suaminya. 

Di dalam bilik, suaminya sedang bersolat Asar. Maimunah pergi masuk ke dalam bilik air untuk berwudhuk dan bersolat Asar berjemaah bersama-sama dengan suaminya. Semakin hari, Hussein telah banyak mengajar Maimunah dengan cara hidup Islam yang benar kerana dia akhirnya dapat menerima Maimunah dan mencintainya sepenuh hati. Dia tahu, dia sebagai suamilah yang bertanggungjawab untuk menjaga isterinya walau seburuk manapun isterinya itu, dia tetap perlu menerima Maimunah dengan hati yang terbuka dan mengajarnya pada jalan yang benar iaitu berumahtangga dengan cara Islam.

Apabila Hussein sedang berdoa, Maimunah menghabiskan dua lagi rakaat solat yang bersisa. Setelah itu, dia bertahyat akhir dan memberi salam. Selepas berdoa, dia melihat kain telekung dan sejadahnya. Hussein sedang duduk di beranda memandang kehijauan dan tasik yang indah. 

"Abang," kata Maimunah sambil menepuk bahu suaminya dengan lembut. Hussein memegang tangan isteri dan dikucupkan. Matanya masih lagi memandang pandangan di luar.

"Abang kenapa ni? Harini kan anak abang balik. Abang tak happy ke?" tanya Maimunah.

"Munah, anak aku dah besar. Dah nak kahwin, nak tinggalkan aku. Macam mana aku nak rasa bahagia?" tanya Hussein.

Diary QinaWhere stories live. Discover now