Part 37

88 0 0
                                    

"Hello, Assalamualaikum Qina, hang kenai dok siapa ni?" tanya orang itu di atas talian. 

"Mestilah cheq kenal! Ni Hafizah kan? Lama cheq tak jumpa hang!" kata Qina.

"Macam mana nak jumpa? Hang pi England tinggal cheq," kata Hafizah.

"Tinggal pun tak tinggal kosong okay. Aku belikan kau hadiah dari sana jugak. Kau balik Kedah ke ni?" tanya Qina.

"Aku dah balik Kolumpo dah. Hari tu aku balik kampung sekejap lepas tu sekarang aku datang Kolumpo nak cari kerja. Eh bila aku boleh jumpa hang?" tanya Hafizah.

"Eh kau kerja mana? Aku pun nak cari kerja. Dekat Starbucks aku dah berhenti sebelum finals haritu," kata Qina.

"Aku kerja dekat Daiso, The Strand ni ha. Rumah kau dekat kan? Mai la kerja dengan aku. Bosanlah aku kerja sensorang. Hang mai la kerja dengan aku," kata Hafizah.

"Ye nanti aku pergi interview. Eh Fizah, Hasnah pi mana?" tanya Qina.

"Hang tak tau ka?" tanya Hafizah.

"Tau apa?" tanya Qina.

"Serious hang tak tau?" tanya Hafizah.

"Seriouslah aku tak tahu," kata Qina.

"Eh takpelah lunch time aku dah habis. Kalau kau jumpa Hassan kau tanyalah depa. Assalamualaikum," kata Hafizah lalu mematikan talian. 

Qina bingung tertanya-tanya apa sebenarnya telah berlaku sejak 2 minggu dia berada di overseas. Qina menghantar SMS kepada Syafiza untuk mengambilnya di rumah. Encik Hussein telahpun pergi ke kerja oleh itu, Qina meng-SMS ayahnya bahawa dia ingin keluar bersama-sama Syafiza.

Setelah Syafiza tiba, mereka pergi ke rumah Hassan di Taman Tun Dr Ismail. Tiada apa yang berbeza. Hassan tiada di rumah begitu juga dengan Makcu. Qina menelefon Hassan.

"Hello brader lu dekat mana?" tanya Qina dengan nada gurauan.

"Woi! Kabo sikit. Kau dah sampai Malaysia ke Qina?" tanya Hassan.

"Dah la. Qina depan rumah Hassan ni tapi bibik kata Hassan takde. Hassan pergi mana?" tanya Qina.

"Err kau datanglah dekat Frisky Goat ni. Aku tengah makan dengan kawan," kata Hassan.

"Okaylah aku datang," kata Qina lalu mematikan talian.

Mereka ke restoran Frisky Goat tidak jauh dari rumah Hassan. Apabila sampai Qina ternampak Hassan sedang duduk dengan seorang perempuan yang bertudung labuh tetapi stylo seperti Dena Bahrin. Mukanya tidak begitu kelihatan kerana dia duduk di hadapan Hassan.

"Eh Qina," kata Hassan. "Duduklah," kata Hassan lagi.

Qina terkejut melihat Hasnah yang duduk di depan Hassan itu. Namun dia cuba untuk "cover line". "Eh kau pun ada Hasnah?" kata Qina.

"Hasnah?" kata Syafiza namun dia tidak sempat bercakap banyak kerana Qina terlebih dahulu mencubit lengannya. 

"Qina sebenarnya aku ajak kau datang sini sebab aku ada nak cakap something," kata Hassan.

"aku pun," kata Hasnah.

"Jap biar aku teka korang nak kahwin kan?" tanya Syafiza.

"Fiza janganlah jadi spoiler," kata Qina.

"betul kata Syafiza tu Qina. Kterang nak kahwin," kata Hasnah.

"Jap, San bila masa kau suka Hasnah? Bukan kau selalu gaduh ke? Aku tak faham. Serious. Then kahwin? Macam cepat gila," kata Qina.

"Kterang dah kenal lama tapi aku yang tak nak couple," kata Hasnah.

"Sebab tu aku ajak Hasnah kahwin tapi dia kata nak habiskan belajar dulu. Sebab tu la aku dengan Hasnah akan kahwin lagi 6 bulan," kata Hassan.

Diary QinaWhere stories live. Discover now