Part 17

94 1 0
                                    

***Bab 17***

Syed Qhalid duduk di atas bangku di tepi tasik Taman Cyberjaya. Jauh fikirannya melayang walaupun hanya gambaran muka Qina sahaja yang terbit di benak fikirannya namun kata-kata ibunya itu membuatkan dirinya struggle untuk melupakan wajah Qina.

"kenapa aku bentak dia tadi? Seharusnya aku berlembut dengannya. Apa salah dia?" bisik Syed dalam hati.

Terlalu banyak yang difikirkan oleh Syed sehingga dia tertidur di situ. Dia termimpi Qina sedang berjalan-jalan di satu tempat yang gelap. Qina memakai baju pengantin yang cantik berwarna gold dan cream. Qina berjalan sambil memegang sejambak bunga ros merah.

Wajahnya juga ditayangkan yang sedang berada di hujung altar. Menanti Qina dengan senyuman. Tiba-tiba, bunyi satu das tembakan. Bam! Perut Qina tiba-tiba berdarah. Jambakan ros itu terpelanting jauh. Banyak darah yang mengalir sehingga dress yang dipakai Qina itu bertukar warna merah. Semahunya dia ingin pergi ke arah Qina namun ibunya sendiri yang menarik-narik tangannya untuk pergi dari situ.

"Qina!" jerit Syed setelah tersedar daripada igauan mimpi. Dia mengucap dan meraut mukanya. 

Apa yang perlu dia lakukan untuk Qina memaafkannya. Apalah salahnya sehinggakan sebegitu rupa diherdiknya? Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Syed bangun dengan tengkuknya yang agak kejang dek tersengok-senggok tidur di atas bangku. 

Enjin keretanya dihidupkan. Dia menuju keluar dari Cyberjaya untuk ke Putrajaya. Dalam masa 15 minit sahaja dia sudah sampai di masjid Putrajaya untuk menunaikan solat Subuh. 

Selesai solat Subuh, Syed tidak terus pulang. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapapun buat masa ini. Dia ingin berehat. Lari dari semua persengketaan hidupnya. Dari pagi tadi dia cuba untuk menghubungi Qina dan juga bersedia untuk memberi alasan untuk kejutkan Qina bangun Subuh namun Qina tidak angkat. Syed kecewa. 

"Aku tak tahu mana rumah dia, aku tak tahu siapa kawan dia, yang aku tahu Universiti dia je dan number dia. Apa aku nak buat sekarang ni?" herdik Syed kepada dirinya sendiri.

Keretanya kini telah berhenti di stesen kereta api Mobil di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail. Dia ingin berhenti untuk mengisi minyak dan membeli roti. Perutnya terasa lapar walaupun mulutnya terasa kelat dek tidak gosok gigi.

Syed masuk ke On The Run iaitu sebuah mini mart disitu. Dia membeli sebotol air mineral dan sebungkus roti bun gardenia yang berinitikan sardin. Dia juga membeli satu tin mint yang berjenama Eclipse. Semasa dia ingin membayar di kaunter dia terserempak dengan Hassan.

"eh takpelah bayar dululah," kata Syed." 'asal aku rasa macam aku kenal budak ni?' bisik hati kecil Syed.

"oh takpe bang. Saya nak beli lagi barang ni saya letak je dekat kaunter dulu," kata Hassan. 

"oh okaylah. Bang kira," kata Syed kepada cashier itu.

Syed keluar dari kedai itu menuju ke arah keretanya. Dia ternampak seorang perempuan bertudung seperti Qina cuma dia memakai kaca mata hitam menjadi Syed sukar untuk mengecam Qina. Syed meletakkan semua barang-barangnya dia dalam kereta dan sekali lagi cuba untuk menghubungi Qina. Sayang sekali Qina tidak mengangkat telefon walaupun ringging. He assumed that she purposely left her phone at home. 

He called so many times until Nekda picks up.

"Hello Assalamualaikum. Siapa ni?" tanya Nekda.

"Waalaikumussalam. Saya kawan Qina. Qina ada?" tanya Syed.

"Qina? Dia takde. Pagi-pagi lagi dia dah pi keluaq dengan Hassan sepupu dia. Kenapa?" tanya Nekda.

"ooo dia keluar dengan Hassan. Tak saya nak tanya pasal hal sekolah. Boleh saya tahu dia pergi mana?" tanya Syed.

"Nekda tak tahu la nak. Tapi kalau nak mai rumah hari ni tak buleh sebab sat lagi kami semua nak pergi Sunway Lagoon," kata Nekda.

"ooo yeke? Boleh tak Nekda kirim salam dekat dia lepas tu cakap Syed nak jumpa nak bincang pasal hal penting," kata Syed.

"Nenda!" panggil Qina sambil membuka pintu biliknya.

"Ni dia dah ada dah ni. Awak cakap sendiri la nah?" kata Nekda sambil memberikan telefon pada Qina yang tidak tahu siapa yang telefon.

"Hello siapa ni?" tanya Qina.

"Qina saya nak minta maaf," kata Syed.

"Awak nak apa lagi? Awak nak marah saya lagi? Saya pantang tau orang marah saya tanpa sebab dan bukan sebab salah saya," kata Qina.

"Saya tahu saya yang salah. Semalam saya tak pasti kenapa saya jadi macam tu. Lama sangat saya tak jumpa awak dan saya betul-betul rindukan awak," kata Syed.

"Awak cakap apa ni? Awak tahu tak semalam saya tak boleh nak focus buat kerja sebab awak marahkan saya? Awak saya belajar tau awak bukan saya pergi main-main. Awak nak marah saya sangat ni kenapa? Awak bukan boyfriend saya,suami saya ataupun ayah saya. Saya sendiri pun tak pasti awak dengan saya ni apa ?" kata Qina.

"Qina, saya betul-betul minta maaf," kata Syed.

"tu je ke yang awak boleh cakap? Maaf? Dahla Syed, Qina dah letih sangat ni. Qina nak tidur. Semalam tak cukup tidur sentap sangat!" kata Qina sambil mematikan talian.

Syed menghentak stereng keretanya. Dia menogok habis satu botol mineral besar itu. Kemarahannya masih lagi bersisa. Mereka baru sahaja kenal tak mungkin perasaan itu ada namun apabila kehilangan Qina Syed terasa bagaikan dunia sudah tidak berputar lagi.

Diary QinaWhere stories live. Discover now