🌲041_

72 12 0
                                    

"Clara dari mana, sayang? Kenapa baru balik? Dah nak maghrib ni."

Maria lekas menanggalkan sarung tangan yang digunakan setelah berkebun di dalam taman mininya lalu diletakkan ke atas meja batu beredekatan. Dia bergegas mendapatkan Clara seraya mengunci kemas bahu anak gadisnya itu dengan penuh kasih.

"Dari rumah kawan. Mama janganlah risau." Clara melakar senyuman manis seraya memeluk erat tubuh Maria.

"Mestilah mama risau. Mama ada seorang je anak. Itu pula perempuan. Kalau terjadi apa-apa nanti macam mana? Mama ialah orang yang paling risau, tau!"

"Mama dah makan ubat hari ini? Janganlah kuat bekerja sangat. Seharian kat restoran balik rumah sambung berkebun pula. Bukan ke doktor dah pesan supaya banyakkan berehat?" Clara menyoal prihatin.

Maria sekadar mengangguk kecil.

"Kerja lebih sikit saja ni. Bukannya angkat berat pun." Maria menepuk lembut bahu Clara sebelum tergelak kecil.

"Selagi saya ini masih bernafas, takkan ada sesiapa yang berani sentuh anak perempuan saya. Nak dekat seinci pun belum tentu dapat," suara garau yang mencelah di antara mereka berdua memalingkan wajah Clara ke sisi mencari pemilik suara tersebut.

Bersama senyuman yang tidak lekang di bibir, Clara dengan sopan meleraikan pelukan lalu beralih ke belakang kerusi roda milik papanya.

"Bertuahnya Clara dapat jadi anak mama dan papa yang sangat prihatin ni," Clara memuji seraya menolak kerusi roda itu menuju ke dalam rumah.

"Mama masak apa untuk makan malam? Nanti kita makan sama-sama, ya? Sebab Clara rindu sangat nak makan bersama dengan papa," ucap Clara lalu merangkul leher papanya dari belakang.

Secara mendadak, hatinya menjadi sebak. Dia juga dijentik rasa takut jika itu adalah kali terakhir dia mampu memeluk hero pertama di dalam hidupnya itu. Dia khuatir jika perasaan benci yang jelas bakal menular terhadap lelaki itu akan memudarkan cintanya terhadap papanya.

Apabila tidak kedengaran sebarang balasan daripada Maria, Clara berpaling ke belakang. Dilihatnya Maria hanya mengekori mereka dengan mata asyik terkunci ke lantai. Wajah wanita itu kelihatan sedikit kelat.

"Mama? Dengar tak apa yang Clara cakap tadi?" rengek Clara seakan anak kecil.

"Ya. Mama dengar, sayang. Mama dah masakkan lauk kegemaran Clara. Nanti kita makan sama-sama, ya?"

Mereka kemudiannya sekadar berbalas senyuman sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

* * *

Clara melirik galau papa dan mamanya yang jelas berpura-pura menyibukkan diri dengan hidangan masing-masing. Hanya dentingan logam berlaga yang mengiringi kejanggalan di antara mereka bertiga.

"Macam mana dengan persediaan Clara?" Dafi terlebih dahulu memecahkan tembok kedinginan mereka.

Clara yang masih terpinga-pinga dek diajukan persoalan secara tiba-tiba segera mendongak membalas pandangan papanya. Oleh kerana kurang memahamj maksud papanya, dia menjadi kelu buat seketika.

"Persediaan? Persediaan untuk apa, papa?"

Clara sudah meneguk liurnya kesat. Enjin di dalam kepalanya sudah aktif berfungsi dan saraf otaknya pesat bercabang menjana seribu satu andaian. Rasa gemuruh mula mencengkam jiwa mudanya.

"Persediaan untuk apa lagi kalau bukan untuk peperiksaan minggu depan. Ujian penting untuk kemasukan universiti, bukan?" ujar Dafi sambil menjongketkan keningnya.

S.A.L.A.H.Where stories live. Discover now