🌲014_

158 30 31
                                    

"Aisy. Aku nak ke tandas kejap. Kau pergilah dulu, eh?" Pinta Clara dengan muka berkerut. Dia sudah tidak tahan dan perlu ke tandas dengan segera. Sesekali dia melompat-lompat bagi mengurangkan keinginan untuk qada hajat.

"Kau nak aku temankan?" Tanya Aisy.

"Tak apa. Aku okey je. Aku pergi dulu, eh. Dah tahap optimum dah penyimpanan urin aku ni. Bye!" Clara berpaling dan berlari ke hujung koridor sambil tangannya diangkat melambai ke arah Aisy. Berpaling pun tidak.

Hanya satu perkara yang berada dalam benak Clara.

Tandas.

Aisy yang melihat hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Telatah Clara kadang-kadang seperti anak kecil mencuit hatinya.

Langkah diatur menuju makmal Fizik. Buku teks, modul, buku rujukan dan kotak pensel diletak secara tersusun dan dibawa rapat ke dada lantas dipeluk. Senang dan tidak mudah jatuh.

Namun, belum sempat dia mendekati makmal Fizik, bahu Aisy dirempuh daripada belakang. Aisy mengerling ke sebelah kirinya. Susuk tubuh tiga gadis mara merapatinya. Aisy terkedu.

"Nak ke mana?" Soal salah seorang daripada mereka dengan sinis. Tangan gadis menonyoh bahu Aisy hingga terdorong ke dinding.

Buku-bukunya dipeluk semakin erat. Badannya yang kurus sedikit terbongkok. Peluh mula membasahi dahi. Rambut panjangnya yang melekat pada pipi tak diselak ke belakang. Dia tak punya masa untuk itu.

Belakang badannya tersandar pada dinding. Lantas dia dikepung oleh tiga gadis tadi.

"K-kau nak apa lagi, Zea? A-aku tak b-buat salah pun dengan kau." Aisy menundukkan pandangannya. Tidak berani bertentang mata dengan Zea yang berada tepat di depannya.

Kiri dan kanannya pula diapit oleh dua peneman setia Zea. Maya dan Aira.

Zea memegang dagu Aisy yang runcing. Kuku ibu jari kanannya dibenam ke dalam dagu Aisy. Ditekan sekuat hati hingga hatinya puas. Memang dia sengaja menyimpan kuku yang panjang. Untuk hasil yang jauh lebih memuaskan.

"A-ahh! Zea! Sakitlah!" Aisy cuba melarikan wajahnya. Tetapi Zea lebih cekap dan dia mampu menggenggam erat dagu Aisy pada kedudukan statik. Kukunya dibenam lebih dalam.

Aisy cuba untuk merentap tangan Zea tetapi kedua belah tangannya telah dikunci oleh Aira dan Maya. Zea ketawa kecil diikuti dua konconya.

Air mata Aisy mula bertakung di birai matanya. Pedih dan ngilu rasanya.

"Z-Zea. Dahla... Sa-sakit,"rayu Aisy kesayuan. Mata dipejam rapat. Dalam hatinya berharap agar rasa sakit itu akan hilang.

'Clara... Tolong aku!' Hati Aisy meraung.

"Be-berhenti... Sakitlah!" Aisy meminta lagi. Nak buka mulut pun dia sudah merana dan terseksa.

Tanpa sedar, cecair merah pekat mula menitis jatuh dari celah kuku yang dibenam ke dalam kulit dagu Aisy. Zea tersenyum sinis. Hatinya belum puas menyeksa. Dia mahu lagi dan lagi!

Selagi Aisy tidak datang dan melutut di depannya, selagi itu dendamnya akan dipendam dalam hatinya. Dan Aisy akan diseksa. Sehinggalah ia bernanah dan mengeluarkan bisa, Zea tidak kisah. Aisy perlu terima hukuman setimpal atas apa yang telah dilakukannya!

S.A.L.A.H.Where stories live. Discover now