🌲040_

71 12 0
                                    

"Assalamualaikum!"

Buat ketiga kali, Clara melaungkan salam sambil memanjangkan leher memerhatikan sekeliling halaman rumah. Clara kemudiannya mendaki anak tangga lalu mengetuk pintu rumah sekuat hati sehingga mahu saja ia roboh.

Sudah berpenat lelah mengayuh basikal ke rumah itu, sejujurnya dia berharap bakal menemui apa-apa petunjuk berkenaan Aisy namun hampa.

Clara lantas menarik nafas panjang sebelum tubuhnya yang bersandar pada dinding rumah melorot lemah. Dia melirik ke dada langit lalu dipicingkan matanya tatkala merasakan ada butiran jernih mula bertakung di birai mata. Pandangan menjadi kabur.

Clara cepat-cepat mengelipkan mata meranapkan empangan yang hampir pecah. Lantas ibu jari naik menyeka juraian mutiara yang sudah membasahi pipi.

Raut wajah Aisy kembali menjenguk di sebalik tirai duka dalam benaknya. Gadis itu kelihatan tersenyum tipis bersama getaran di dalam anak mata. Degupan jantung Clara semakin laju tatkala membalas renungan Aisy. Dia bagaikan dapat mengolah apa yang dilihat oleh sahabatnya itu.

Redup pandangan yang sedang melihat kematian.

Bahu Clara sudah terhinjut melayan esakan yang semakin menjadi-jadi. Laju kepalanya menggeleng cuba memadam bayangan dingin dan kelam seperti itu.

Deringan telefon yang menandakan ada panggilan masuk kemudiannya menemani tangisan Clara. Dengan malas dipancing telefon miliknya keluar. Sekali lagi, nama Ilham terpapar pada skrin telefon. Dia terlebih dahulu menarik nafas dalam mencari udara ketenangan sebelum menekan ikon hijau.

"Helo?" Suara serak basah Clara mendahului si pemanggil.

"Oh, hidup lagi? Aku ingat kau dah sama 'jalan' dengan kawan kau yang nazak tu," dengan penuh sinis Syifa' memerli di hujung talian.

"Kau nak apa? Ilham mana?"

"Kenapa cari dia? Kau jangan nak me ....." Belum sempat Syifa' menyambung, dialognya sudah dipotong oleh Ilham.

"Syifa'! Bak sini telefon aku. Gedik betullah kau ini. Dah banyak kali aku pesan jangan sentuh barang-barang aku, kan?"

Ilham menengking seraya terdengar decitan kasar Syifa'di hujung corong telefon tatkala berlaku pergelutan pengambilan semula telefon Ilham.

"Mana kau pergi merayau, hah? Tadi aku telefon kau tak angkat."

"Aku pergi hospital tadi. Maaf. Tak sempat nak angkat."

"Hospital? Untuk apa?" Ilham menyoal lagi.

"Cari ...."

"Cari siapa? Aisy?"

Mendengar saja tekaan Ilham, Clara laju mengangguk. Matanya berair kembali. Namun dikentalkan hati supaya tidak dianggap seperti anak manja oleh Ilham.

"Menyusahkan diri sendiri. Dia dah keluar daripada hospital. Tak ada sesiapa yang bagitahu kau ke?"

"Tak. Tak ada."

Ilham kedengaran mengeluh perlahan di hujung talian.

Mereka masing-masing terdiam seribu bahasa buat seketika sebelum Ilham menyambung, "kau datang tempat kami. Sekarang."

* * *

Hans menolak sopan satu sampul berwarna koko kepada Clara yang duduk berhadapan dengannya.

"Apa ni?"

"Buka dan baca."

Beberapa helaian kertas yang dikepilkan bersama ditarik keluar. Dia melirik sekejap ke sebelah menantikan reaksi Ilham berkenaan dokumen tersebut. Namun, seperti biasa hanya riak kosong yang dipamerkan oleh Ilham.

S.A.L.A.H.حيث تعيش القصص. اكتشف الآن