🌲004_

338 55 29
                                    

"Uwaaargghh!"

Makcik Senah mengurut dadanya terkejut. Luruh jantung tuanya melihat mayat seorang gadis yang bermandikan darah. Bau busuk lagi hanyir menguak di seluruh ruang tandas. Dia mendekati mayat itu yang terbaring kaku di dalam bilik tandas ke-3. Kakinya melunjur ke dalam dan hanya separuh badan yang berada di luar. Mata yang terbuka luas merenung Makcik Senah garang.

"Innalillahiwainnailaihirojiun."
"Daripada engkau kami datang, kepada engkau kami kembali...."

Terketar jemari Makcik Senah menutup kedua-dua kelopak mata itu. Sebak rasanya pabila mengenangkan nasib gadis muda yang sangat dikenalinya itu. Gadis peramah dan tidak sombong dengan statusnya yang berasal daripada keluarga berada. Arwah selalunya ringan mulut menegur dan bertanya khabar Makcik Senah setiap kali bersua muka. Secara tak langsung, Makcik Senah lebih mengenali arwah berbanding pelajar sekolah yang lain.

Apakah silap dan dosanya sehingga nyawa si mati direnggut dengan begitu tragis?

"Siapa yang buat macam ni pada kau, nak? Sedih betul hati makcik."

Bunyi tapak kaki orang sedang berlari di luar menarik perhatian Makcik Senah.

"Ada apa, Acik Senah? Aman dengar jeritan tu dari jauh tau. Ingatkan hantu mana lah tadi," ujar seorang lelaki yang usianya jauh lebih muda daripada Makcik Senah dengan tiba-tiba. Dia tercegat berdiri di pintu dengan peluh di dahi. Dia masih termengah-mengah kepenatan gara-gara memecut daripada blok Mawar nun jauh di sana.

"Nasib baik kau datang, Man. Aman sungguh aku rasa sekarang ni ha. Mari tolong aku uruskan mayat budak ni." Makcik Senah masuk ke dalam tandas kembali. Alatan mencuci tandas yang berada di muka pintu diambil.

"Ma-mayat mende?" Aman hanya menjenguk dari luar. Tidak berani melangkah masuk. Hidungnya sudah tidak enak dengan bauan di situ.

"Perancangan Allah Swt, Man. Ada budak sekolah kita dah me-meninggal dunia."

"Hah? Me-me apa?" Tanya Aman dengan menelan liurnya kesat.

"Me-ning-gal." Makcik Senah mengulanginya satu persatu. Tiap kali disebut, makin sebak hatinya.

Aman yang ragu-ragu akhirnya menurut Makcik Senah. Seperti wanita tua itu tadi, hatinya turut diragut pilu.

Ketika mereka bercadang mahu memulakan kerja membersih darah, Aman memberikan satu cadangan bernas.

"Acik Senah... kita jangan bersihkan lagi tempat ini."

"Kenapa pula?"

"Kita telefon polis untuk uruskan semua. Lepas tu kita telefon pentadbir sekolah. Rasanya kalau nak tunggu diorang datang lambat lagi sebab sekarang baru pukul 6.15 pagi."

"Ha'ah. Cerdik juga kau ni." Makcik Senah mengangguk setuju.

* * * * * * * * * * *

Pita larangan masuk diletakkan di aras tiga terutamanya berdekatan tandas. Sudahlah tempat itu agak sempit untuk pegawai polis melakukan siasatan dan pergerakan keluar masuk mereka. Oleh itu, hanya beberapa pegawai yang dibenarkan masuk untuk satu masa.

Sementara pelajar membanjiri sekolah pada pagi itu, satu notis yang ditulis di atas kain rentang besar telah digantung di dataran sekolah. Bagi memudahkan semua pelajar tengok dan ambil perhatian.

'ARAS3 BLOK KASTURI ADALAH KAWASAN LARANGAN PELAJAR. BAGI PELAJAR YANG DEGIL DAN KERAS KEPALA, TINDAKAN KERAS AKAN DIAMBIL. PELAJAR DIMINTA MENGAMBIL SEPENUH PERHATIAN!
INGAT! KAMI ADA. KAMI MEMERHATI.

Pesanan oleh : Tuan Pengetua.

Kecoh satu sekolah apabila mereka menerima notis mengejut itu. Sebahagian besar daripada mereka masih tidak tahu akan peristiwa yang berlaku.

Segelintir mereka yang tahu pula adalah kumpulan mulut murai sekolah. Meskipun mendengar berita yang tak sahih, mereka galak mempercayai dan menyebarkannya. Hakikatnya, semua pihak yang arif tentang hal ini diwajibkan untuk menutup mulut.

Bagi kelas-kelas senior yang berada di aras 3 pula masing-masing mengeluh sendiri. Nampaknya mereka terpaksa merempat ke bilik-bilik khas yang lain.

* * * * * * * * * *

Bilik multimedia.
Kelas 5Alpha1.

Waktu PdP yang pertama ialah Pendidikan Agama Islam(PAI). Subjek yang diajar Ustazah Hasyira merangkap guru kelas 5Alpha1.

Kelas pagi itu sungguh sunyi. Masing-masing diam tak berkutik. Kematian Zea merupakan suatu berita yang berat untuk mereka terima.

"Kenapa korang senyap je ni? Selalunya bingit tak ingat dunia," ujar Ustazah Hasyira. Muka monyok pelajarnya diperhati satu persatu.

Di belakang kelas, Bella berbisik kepada rakan sebelahnya, Ammar.

"Ustazah ingat kita ni robot ke? Takde perasaan? Mestilah kita tengah terkejut dan bersedih. Takkanlah nak bising pula. Benda cenggitu pun nak ditanya."

"Hesy. Istighfar Bella. Sesuka hati kau je nak kutuk ustazah." Ammar menggelengkan kepala.

"Apa yang terjadi sebenarnya ustazah? Kenapa tiba-tiba sekolah kita diserang penjenayah? Kami pun tak boleh nak ambil tahu sangat." Zati dengan lantang bertanya.

"Baiklah. Sebenarnya pengetua ada suruh ustazah bercakap secara peribadi dengan kamu semua. Yelah... korang kan sekelas dengan arwah. Mesti rapat, kan?"

Ada yang mengangguk dan ada yang buat muka tak tahu.

"Hah, cepatlah ustazah. Kami akan bagitahu apa yang perlu untuk selesaikan kes ni." Hadira si penolong ketua kelas berkata dengan sungguh-sungguh.

"Betul tu." Sokong Anna sebelum disambung dengan suara-suara sumbang yang kedengaran perlahan dan sumbang seperti sekumpulan lebah.

"Kami berhak tahu," ujar Bella.
"Ceritakanlah, ustazah," sambung Ammar.
"Kenapa nak berahsia pula?"
"Bla... bla... bla...."

Pelajar lelaki mencebik. Sebenarnya budak perempuan saja nak korek cerita. Selagi mereka tak tahu cerita yang sahih, memang tak senang duduk gamaknya. Sudah masak dengan perangai budak perempuan.

"Tapi mungkin perbincangan kita takkan pergi jauh sebab semuanya di bawah kendalian pihak polis. Ustazah sebagai wakil pihak sekolah hanya membantu apa yang mampu." Ustazah bercakap seolah-olah berada dalam sidang media. Dia mengulum senyuman. Lagi cepat tugas ini dilakukan, mungkin lagi cepat maklumat yang dikehendaki sampai ke pihak bertanggungjawab.

"Ehem... kepada yang acah rajin tu, tolong tutup pintu, tingkap, langsir dan lain-lain. Cepat! Kita perlu duduk bersidang ni. Barulah seronok kalau ada unsur misteri." Fauzan si ketua kelas mengarahkan anak buahnya.

"Unsur? Apa unsur? Kau ingat sekarang kelas Kimia? Kau jelah yang pergi. Kau kan ketua kelas yang berwibawa. Jangan jadi pemalas sangat." Akif menolak bahu Fauzan.

"Oii... bahaya kalau dia yang buat kerja macam tu. Selama aku sekelas dengan dia, nak pegang langsir kelas pun tak pernah. Karang terbakar pula langsir." Aqil menjampuk. Asalnya, dia mahu membuat lawak tetapi disambut hambar dengan jelingan semua orang.

Setelah berkelahi dengan rakan sekelas yang lain, akhirnya Fauzan juga yang yang menjadi sukarelawan.

"Haih... aku juga yang kena buat." Fauzan bangun. Dia bangun menutup tingkap dengan langsir dan pintu segera dikunci.

"Okey, kami dah sedia ustazah. Jom mula." Anna membulatkan matanya bersedia. Begitu juga yang lain. Mereka semua sudah mengelilingi meja guru. Serapat yang boleh. Cerita yang akan keluar dari mulut ustazah adalah satu rahsia besar. Hanya mereka yang terpilih saja yang mempunyai hak istimewa untuk mendengar cerita tersebut.

Dan mereka itu ialah pelajar kelas 5Alpha1.

Rakan sekelas Zea.

...
Macam mana dengan bab kali ini?
Semua orang sibuk nak tahu. Sekadar untuk bahan bercerita atau benar-benar mahu menyelesaikan kes kematian Zea?

Anyway, stay tuned for the next chapter😉😉

S.A.L.A.H.Where stories live. Discover now