🌲001_

730 68 29
                                    

🔪💉✂ banner by : nurflwr 🔪💉✂

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

🔪💉✂ banner by : nurflwr 🔪💉✂

* * *

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang saat dia berlari masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia mendecit kesal. Kecuaian meninggalkan buku Kimia seumpama mempertaruhkan hidup dan matinya.

Awan mendung di langit pula sudah berarak perlahan membentuk tompokan hitam. Angin yang menderu terasa sejuk menyapa tubuh langsingnya.

Dia mendongak ke atas.

Nak hujan barangkali.

Clara mempercepatkan larian saat titisan hujan mula menyentuh lembut pipi putih mulusnya.

Memandangkan tangga yang lain sudah berkunci, Clara mendaki tangga khas untuk staf pejabat. Dia melalui beberapa blok untuk sampai ke blok kelasnya kerana semua bangunan bersambung sesama sendiri.

Jauh daripada bangunan yang lain dan tercatat sebagai bangunan paling lama di sekolah. Blok Kasturi. Sesampainya di aras 3, Clara menghembuskan nafas kelelahan.

Sunyi.

Dia menapak laju ke kelas. Meja yang berada di tepi tingkap dituju.

"Yeah... Nasib baik buku Kimia aku wujud lagi." Clara menggeletis bahagia. Sudahlah kerja sekolah Kimia masih berlambak tidak siap. Memang tempah mautlah namanya.

Namun, bahagia Clara tak lama.

"Ah!"

Jeritan yang berfrekuensi tinggi itu menyentap pendengaran Clara. Dia terus bungkam. Seluruh tubuhnya menjadi kaku. Bulu romanya menegak. Rasa seram sejuk bagai merayap di seluruh tubuhnya.

Clara menelan liurnya kesat. Jam sebegini sudah terlalu lewat. Semua warga sekolah sudah pasti selamat pulang ke rumah mereka masing-masing.

Jadi, siapa yang menjerit tadi?

Siapa lagi yang berada di situ selain dirinya?

Suara itu, milik siapa?

.
.
.

Terbitkan cerita ini sekali lagi. ㅋㅋㅋ
Versi original. Yang versi edit tidak akan muncul di Wattpad. ㅋㅋㅋㅋㅋㅋ

S.A.L.A.H.Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ