🌲011_

189 36 24
                                    

Anak tangga dituruni satu persatu dan langkah diatur ke dapur. Kelihatan Puan Maria sedang menyiapkan sarapan pagi untuk mereka berdua. Ya. Berdua.

"Mama masak apa?" Tanya Clara sebaik sahaja kerusi di meja ditarik sebelum duduk.

"Nasi goreng kosong. Tapi tak siap lagi,"ucap Pn. Maria sambil memperlahankan api dapur gasnya.

"Nak Clara tolong apa-apa tak?"

"Tak payah nak menyibuk kat sini. Nanti entah apa yang Clara sepahkan di dapur. Eii...." Puan Maria membuat riak seram.

"Yelah... Clara minta diri dulu. Nak siram pokok bunga kesayangan mama. Boleh? Konfem tak jahanam pokok bunga mama. Janji." Clara meyakinkan mamanya.

"Tak payah. Mama dah siram pepagi lagi. Awak tu bangun lambat. Apa tau?" Pn. Maria menyindir sinis anak gadisnya. Clara pula hanya tersengih tak tahu malu.

Clara apa lagi, segera mengangkat kaki meninggalkan dapur dan ke ruang tamu pula. Ketika melewati almari kayu jati yang menempatkan foto keluarga mereka, langkah Clara terhenti. Cermin lutsinar ditolak ke kanan dan ruang gambar dibuka. Bingkai gambar yang paling besar dibawa keluar.

Matanya tak berkelip menatap gambar. Gambar itu diambil saat papanya menerima anugerah pekerja terbaik. Mereka berada di taman hospital tempat papanya bekerja. Encik Dafi berdiri teguh di tengah memaut mesra bahu dua perempuan yang istimewa baginya. Di sebelah kanan, Puan Maria tersenyum manis. Di kiri adanya Clara tersengih memegang sijil penghargaan papanya.

Gambar itu diambil tiga tahun lepas. Setahun sebelum berita kehilangan Encik Dafi sampai ke pengetahuan dia dan mamanya. Tiada siapa tahu ke mana dia menghilang saat sedang menjalankan uji kaji terhadap tumbuhan herba di hutan belantara. Ada yang beranggapan papanya dimakan binatang buas. Ada juga mengatakan papanya disorok bunian. Dan ada juga yang mengatakan bahawa papanya telah lari untuk menikah satu lagi. Serius? Betapa kurang bijak mereka yang membuat spekulasi sebegitu.

Setelah setahun mencari dan hasilnya 'Zero', pihak polis menutup kes dan menamatkan pencarian. Anggapan Encik Dafi dibaham binatang buas diambil sebagai penyebab kehilangannya.

Clara tersentak. Bibirnya diketap. Dia sebak.

"Papa...,"bisiknya lirih. Butiran jernih menitik lagi. Entah kali ke berapa dia menangis belakangan ini. Dia ada sekeping hati yang sangat rapuh rupanya.

"Ah!"

Jeritan daripada dapur memeranjatkan Clara. Dapur sudah terbakarkah? Clara bergegas ke dapur. Risau jika perkara buruk menimpa mamanya.

Bingkai gambar diletakkan pada tempatnya semula. Dek kerana dia tergopoh, bingkai itu tidak sempat terletak elok dan terjatuh ke lantai.

Prang!

Berkecai bingkai gambar. Namun tak diendahkan Clara. Keselamatan Puan Maria diutamakan.

"Mama... kenapa? Ada apa?" Gugur jantung Clara melihat mamanya yang sudah menyorok di bawah meja. Terketar tangan wanita itu.

Puan Maria tunduk memeluk lututnya. Peluh merenik di dahi. Jantung berdegup laju tanpa henti. Mata dipejam kejap.

"Ma... kenapa ni? Mama?" Tanya Clara sambil cuba memujuk mamanya keluar dari bawah meja.

"Papa dah balik. Clara! Papa dah balik!" Bentak Puan Maria ketakutan.

"Mama... papa dah tak ada. Janganlah macam ni, ma. Clara takut."

'Clara takut kehilangan mama. You're not supposed to be like this to make me scared to death.'

Clara menangis semahunya. Tangan Puan Maria digenggam erat. Sikap lama mamanya kembali lagi.

Setelah menerima berita kehilangan Encik Dafi, mamanya mengalami kemurungan melampau. Ketakutan dan kegelisahan menjadi peneman malam. Clara pula acapkali diabaikan dan dipinggirkan. Menjalani sesi kaunseling dan terapi psikologi selama 9 bulan lamanya sedikit sebanyak berjaya memulihkan Puan Maria.

"Ma... Ara dah bagitahu papa jangan datang sini lagi. Ara dah halau dia. Mama jangan nangis, ya. Mama selamat. Ara kan ada kat sini?" Clara teresak menangis sambil memeluk Puan Maria.

"Papa jahat. Kan, Clara?" Sayu suara Pn. Maria merintih kepada Clara.

Dada Clara sesak. Nafas ditarik dalam. Dan dia berkata perlahan. "Ya. Papa jahat, ma. Jangan risau. Clara ada."

******

Kayuhan basikal ditambah kelajuannya. Nasib baik ada lorong khas untuk penunggang basikal. Jadi dia boleh memecut. Seperti yang dipinta semalam, dia menuju ke gudang lama belakang Dewan Raya. Nak juga dia tahu gerangan yang meninggalkan nota kecil itu.

Clara melepaskan nafas lega mengenangkan peristiwa pagi tadi. Sengaja dipaksa Puan Maria untuk menyibukkan diri di restoran untuk melupakan kejadian pagi tadi. Dia mahu bertanya mengapa mamanya boleh bersikap begitu. Tapi dirasakan terlalu menyeksa dan menyakitkan bagi mamanya. Oleh itu, dia hanya mampu menutup mulut sahaja. Titik.

Selekoh kiri diambil untuk memasuki lorong ke gudang lama. Jalan pintaslah katakan. Akhirnya dia tiba di pagar hadapan gudang. Di depannya ada jalan kecil yang memisahkannya dengan perkarangan belakang Dewan Raya.

Pagar itu tertutup dan dikunci dengan mangga besar. Dilihat dari luar, kawasan gudang tidaklah terlalu dipenuhi semak dan belukar meski bertahun tidak digunakan. Ada penjagakah?

Gulp!

Biar betul! Clara memandang sekeliling. Hanya dia yang ada di situ. Jam sudah menunjukkan 4.10 petang. Dia sudah lewat 10 minit untuk janji temu. Di mana pula gadis kelmarin?

"Okey. Aku tunggu lagi lima minit. Kalau tak nampak batang hidung kau, aku balik. Nak prank aku ke?" Clara membebel sendiri.

Dia juga asyik berpaling ke belakang. Bahaya boleh datang dari mana-mana sudut. Dia paling takut kalau diserang dari belakang. Oleh itu, dia perlu sentiasa berhati-hati. Dia perempuan pula tu!

Dan menunggulah si Clara. Tunggu dan terus menunggu.

Tanpa dia sedar, kedatangannya telah pun ditunggu sedari tadi malah lebih lama. Hampir setengah jam yang lalu dengan harapan yang menggunung. Mereka memerhati dari jauh. Turut menunggu masa untuk memunculkan diri.

Siapa dan kenapa?

S.A.L.A.H.Where stories live. Discover now