🌲003_

401 53 23
                                    

"A-Aisy. Is that you?"

Gadis itu lantas berpaling memandangnya. Wajah kaget dipamerkan. Nyata dia juga terkejut melihat insan yang sangat rapat dengannya ada di situ.

Langkah diatur ke ruang tengah kelas kemudian berdiri di meja paling hadapan lajur yang sama. Anak matanya tepat memandang Clara. Tiada riak di wajah Aisy yang dilumuri darah.

"A-apa benda yang kau buat ni? Da-darah...? Aisy! Da-darah!" Clara masih menahan jantungnya daripada melantun keluar. Benteng pertahanan sudah semakin rapuh.

Tangannya yang menggeletar pantas menekup mulut yang ternganga luas. Langkahnya mundur setapak ke belakang. Tubuh yang hilang keseimbangan terasa melayang menyebabkan dia hampir tumbang. Tangan kiri pantas memegang meja untuk bertahan. Matanya dipejam kejap. Detakan jantungnya seolah bermain-main dalam fikirannya.

Aisy tunduk menekur lantai sebelum bahunya terhinjut tanda dia menangis. Dengan tidak semena, dia terduduk di atas lantai. Kakinya terasa lemah longlai.

Perlahan-lahan dia merangkak mendekati Clara. Kepalanya didongakkan mengejut. Rambut yang berserabai tak dihiraukan.

"Ara. Dia dah mati. Dia dah tak bernyawa, Ra. Ke-kesian tau kat dia. Kesian." Aisy mula melalut. Matanya yang membulat melilau ke sana sini. Kepala digeleng berkali. Kukunya yang diselaputi darah digigit.

Aisy mendekatinya. Tangan Clara pantas ditarik supaya duduk melutut di depannya.

Clara hanya menurut. Berita ini terlalu berat untuk dirinya. Dia tidak tahu untuk respon apa.

"Siapa?" Satu soalan terpacul keluar dari mulutnya.

"Zea."

Bam!

Bagaikan halilintar nama itu menyentak benak Clara. Tak ubah seperti hujan lebat di luar sana, drama air mata bermula dan membasahi pipi Clara.

"Jangan nangis. Tak mau kau nangis." Aisy menyeka air mata Clara dengan tangannya. Melihat kesedihan sahabatnya turut menjadi kesakitan baginya.

"Dasar pembunuh! Pi-pisau tadi dah tikam dia. Pisau tu yang bunuh dia." Telunjuk Aisy menghala ke luar kelas. Dan dia menongkat dagu di bahu Clara. Matanya membulat dan merah. Senyuman sinis terukir nipis. Baju Clara direnyuk dengan tangan yang terketar.

Clara menarik Aisy rapat kedalam dakapannya. Dia menepuk dan mengusap belakang Aisy. Sesekali mata dikerdipkan mahu mengusir air di birai mata.

Keadaan sebegitu berlarutan sehingga Clara membuka mulutnya. Tersekat suaranya untuk berkata.

"Kita tunggu sampai pukul 7.30. Nanti kita balik rumah.

"Jangan takut, aku ada."

* * *

Segala bukti pembunuhan yang boleh menyabitkan kesalahan ke atas Aisy dihapuskan oleh mereka. Segala kesan darah pada lantai dibersihkan sebersih-bersihnya sehingga tiada lagi tompokan darah.

Mereka menyusup keluar dari kawasan sekolah saat security guard off. Salah seorang pengawal yang sedang membuat rondaan berjaya mereka elak. Seorang lagi pengawal sedang ralit membelek telefon. Kerja mereka kini lebih mudah. Hujan renyai pula semakin melancarkan pergerakan keluar mereka. Kerana suasana sekeliling akan kelihatan berbalam pada pandangan seseorang.

Setelah agak jauh dari kawasan sekolah, Aisy bersuara.

"Kau boleh tolong rahsiakan hal ini, kan?" Aisy berpaling memandang Clara. Dia meraup muka yang dibasahi hujan.

"Tapi kenapa? Kenapa bunuh Zea? Apa salah dia?" Clara mendadak meninggikan suara. Permintaan Aisy tak dihiraukan.

"Aku tak bunuh dia. Kau tak perlu menyibuk. Tapi, aku harap kau percayakan aku. Kau janji. Kau akan ada untuk aku." Aisy meyilangkan tangan pada dadanya. Tidak suka apabila kejadian tadi diungkit Clara.

"Alasan? Alasan apa yang membenarkan kau membunuh? Kau cakap kau tak sengaja. Apa benda semua ni, Aisy? Aku tak faham." Clara meletakkan tangannya pada dahi.

"Kan aku dah cakap. Aku tak bunuh Zea!" Nada suara Aisy turut meninggi.

"Kau ingat aku boleh terima ke semua tu? Satu jasad dah tak bernyawa, Aisy." Suara Clara tegas.

"Jadi? Apa salahnya? Memang patut dia mati." Aisy mendesis perlahan.

"Apa? Ulang balik apa yang kau cakap."

"Aku tak cakap apa-apalah."

"Humph, bagus! Makin lama aku makin tak paham dengan kau. Kejap cakap itu kejap cakap ini. Aku dah tak kenal kau yang sekarang. Mana kawan baik aku, Aisy?"

"Diam! Aku, Aisy. Dah tak ada apa untuk kau ambil tahu. Aku cuma nak kepercayaan kau je. Aku. Tak. Bunuh. Zea. Titik."

Aisy melangkah laju ke depan sebelum membelok ke kanan memasuki lorong ke rumahnya. Clara ditinggalkan termangu sendirian.

Dia juga perlu pulang segera. Mental dan fizikalnya perlu rehat. Segala kejadian yang berlaku perlu dihadam olehnya. Bayangan jasad Zea yang bermandikan darah terlintas di benaknya. Mata dipejam rapat. Luluh hatinya mengenangkan jasad Zea yang ditinggalkan begitu saja selama 2 hari kerana cuti sekolah pada hujung minggu.

Tapi apa yang mampu dia lakukan? Dia lemah. Penakut. Dan pengecut.

Apa yang aku perlu buat, Ya Allah?

S.A.L.A.H.Where stories live. Discover now