🌲007_

227 40 26
                                    

Clara memasuki Bilik Multimedia berseorangan. Dia ingin bersendirian. Mahu hadam perubahan mendadak Aisy. Oleh itu, Aisy dibiarkan ke kantin sendiri. Dirinya sudah penat. Mengalah? Belum. Biarlah masa yang memulihkan semua. Saat dia melangkah masuk, tiada sesiapa di situ kecuali dirinya.

Dia segera duduk dan meletakkan kepala ke atas meja. Sejuk. Kerana bilik itu ada pendingin hawa yang dipasang dengan 16°C. Boleh mati kedinginan duduk dalam bilik ini. Clara memikirkan semula kata-kata Aisy.

"Kalau kau tak mampu, jangan memandai nak janji kau akan selalu ada untuk aku. Kau buatlah urusan kau. Aku dengan urusan aku. Tak perlu masuk campur."

Clara mengerutkan dahinya. 'Aisy... kau nak apa sebenarnya. Kau nak apa? Kau nak aku buat apa?' Pensel diketuk beberapa kali ke dahinya.

"Woi!"

Kepala Clara ditonyoh dengan tiba-tiba menyebabkan hidungnya rasa macam nak patah apabila terpenyek dengan meja.

"Hei! Sakitlah!" Clara bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia berdiri menghadap dua gadis yang sangat dikenalinya. Maya dan Aira.

'Hah... bala apa pula kali ini?' dengus hatinya tanpa sedar.

"Oh, sakit? Habis, macam mana pula dengan sakitnya Zea hadapi kematian selepas kau bunuh dia? Beribu kali sakit kalau nak dibandingkan dengan perbuatan aku tadi." Maya menggigit bibir bawahnya menahan diri daripada 'ter'pukul Clara. Matanya yang bulat seperti guli membesar seperti mata naga mencerlung tajam ke arah Clara.

"Bunuh? Aku tak bunuh Zea! Kau dah gila ke nak tuduh sembarangan? Bukti apa yang kau ada? Buktinya mana? Hah!" Clara dengan beraninya membalas tatapan tajam mereka.

"Kami nampak kau masa petang Khamis tu. You're the last person who entered the school. Kau mesti nak pergi bunuh dia, kan?" Aira mengangkat keningnya tinggi.

Clara tergelak kecil yang dibuat-buat. Panas sungguh hatinya. Sudahlah masalah dengan Aisy masih tergantung sepi ini pula ditambah dengan tuduhan tak berasas Maya dan Aira.

"Kalau dah bodoh tu, simpanlah sikit. Kalau setakat nampak kelibat aku, itu bukannya bukti yang kukuh untuk tuduh aku. Faham?" Jari telunjuk di ketuk ke kepalanya. Kalau diikutkan hati sudah lama jari itu meroket ke dahi dua gadis itu. Padan muka!

Clara kembali duduk dengan mukanya yang selamba. Malas nak fikirkan mereka berdua.

"Kau ingat, eh. Aku akan lapor pada polis. Supaya kau terima balasan setimpal."

"Nak lapor? Kalau kau tuduh aku tanpa bukti, aku boleh saman kau balik. Jangan jadi macam budak-budak la. Nak buat sesuatu, fikir dulu." Clara membidas tanpa memandang mereka berdua.

Maya dan Aira menghentak kaki saat berlalu ke tempat duduk masing-masing. Masih menyimpan kesangsian terhadap Clara.

Clara memejam matanya rapat. Dia cuba untuk bernafas tetapi dadanya seperti sudah sesak. Seolah pengepaman darah dalam badannya tak mampu bergerak kerana ada tekanan yang terlalu tinggi. Tiba-tiba saja kepalanya terasa berdenyut dengan kuat.

Ahh! Takkanlah dia dengan mudah terpengaruh dengan tuduhan melulu mereka? Dia meneguk liur kesat mahu menelan kepahitan hakikat yang menimpa dirinya.

* * * * * * * * * *

Sewaktu pulang dari sekolah, Clara dan Aisy berjalan berasingan. Langsung tak mahu ambil alternatif untuk berbaik. Perihal serangan Maya dan Aira waktu rehat tadi masih belum diceritakan kepada Aisy. Malas mahu membuka cerita itu kembali.

Memandangkan rumahnya tidak jauh daripada sekolah, Clara lebih terbiasa untuk berjalan kaki. Nak badan sihat, otak cerdas katanya.

Pin! Pin! Pin!

S.A.L.A.H.Onde histórias criam vida. Descubra agora