Special Chapter 💝 : PuasaRaya Part2

14.6K 1.3K 65
                                    

Ariq mengetuk perlahan handphone ke tapak tangannya. Sekarang sudah senja tapi khabar adiknya dan Aniq masih belum diketahui. Dia pandang mamanya dan aunty Syaf yang duduk di sofa ruang tamu yang masih bersedih dengan kejadian yang sedang berlaku ini.

Sejak pulang waktu Zuhur tadi, dia tidak putus-putus cuba menghubungi Auni dan Aniq. Tapi panggilan langsung tidak dijawab.

Kemudian, dia cuba hubungi teman rapat dia dan Aniq di sekolah kalau-kalau Aniq ada hubungi mereka atau melepak di rumah mereka namun jawapan mereka semua menghampakan.

Dia nak hubungi teman rapat Auni di sekolah pun, dia tidak simpan nombor mereka.

Sementara papanya dan uncle Ashraf pula mencari mereka berdua di hospital dan shopping mall sekitar bandar.

Manalah korang berdua ni.. Bisik hatinya.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya. Kelibat papa dan uncle Ashraf mula masuk ke dalam rumah.

"Mama mana?" Soal Danish.

"Dekat ruang tamu tu," Ariq yang sedari tadi berdiri di muka pintu ikut langkah papanya ke ruang tamu.

"Abang, macam mana?" Aulia berdiri dan mendapatkan Danish.

"Abang dah buat laporan polis. Kita tunggu dulu. Nanti apa-apa perkembangan, diorang akan hubungi kita." Jelas Danish.

"Lia tak boleh tunggu.."

Danish merangkul tubuh isterinya dan dibawa dalam dakapannya. Dia juga risaukan Auni.

Ariq yang memerhati mula sebak. Dia rasa serba salah yang teramat sangat. Benda ini tak akan jadi kalau dia tak suruh Auni yang pergi. Dan Aniq juga tidak akan terlibat sama.

Semua ini salah dia!

Ariq menapak ke arah mama dan papanya. Tangan mamanya diraih.

"Ma.. Pa.. Riq minta maaf. Semua ni tak akan jadi kalau.." Belum sempat dia habiskan kata-katanya, Aulia sudah menarik tangannya dan duduk kembali di sofa. Kepalanya pula dipaling ke sisi seolah tidak mahu memandang Ariq.

Ariq sedikit terasa dengan perbuatan mamanya. Dia atur langkah ke tingkat atas.

Danish melutut di depan Aulia.

"Sayang, kenapa buat macam tu? Kesian Ariq.." Tegur Danish.

Aulia diam.

"Kau tak faham perasaan seorang ibu, Danish. Aniq tu satu-satunya anak aku. Kalau jadi apa-apa dekat dia-"

"Syaf." Ashraf pantas menegur dan menggeleng menyuruh Syaf untuk tidak meneruskan kata-katanya.

"Benda nak jadi. Lagipun kalau Ariq yang pergi waktu tu, mungkin perkara yang sama akan berlaku. Mungkin Ariq akan hilang juga. Habis kau nak salahkan siapa pula waktu tu? Papa kau? Yang suruh ambilkan barang dia dalam kereta?" Tegas Ashraf.

Tiada seorang pun yang membalas.

Dalam bilik, Ariq bersandar pada pintu. Tangannya tidak berhenti mengelap air mata. Ariq berjalan ke katil dan duduk di birainya.

Dia cuba mesej kawan-kawan Auni melalui direct message di Instagram. Dia perlu tebus silapnya.

***

"Abang.." Panggil Auni.

"Ada apa?"

"Lapar. Agaknya dah masuk waktu berbuka ke belum?" Soal Auni lagi. Nak tengok jam, tangan kena ikat. Tambah lagi mereka di bilik bawah tanah dan tak ada tingkap jadi tidak tahu bagaimana keadaan di luar sana.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now