KC | 35

22.2K 1.8K 372
                                    

Promote

Harapan Cinta
sheweirdo

I'll Chase You My Crush
creepybatmannn

A Love Tissue Paper
Dee_Ira

K. A. H : D' Nars Adventure
Fisya1703

Jemput baca 😘

Sedih untuk mengatakan ☹ kita ada 11 bab lagi. Apa lah akan jadi dalam 11 bab ni? Yang pasti 4 bab terakhir tu.. Part happy ending 😋👏 Tk taulah happy ending ke bagi korang especially my hantu-hantu (silent readers) Selagi tk dapat babak LiaNish, jangan harap depa nk muncul 😴

Nanti part FarhanNisya sila buka video di atas, terima kasih 😉

••••••••••••••••••••
[ Arief Daniel As Syed Farhan ]


Farhan berdiri memandang tasik besar di taman ini sambil bersilang tangan. Dia sedang menunggu seseorang. Wajahnya serius sejak daripada hari Luqman memberitahu segala perbuatan Hannisya. Terus dia merasakan dunianya gelap.

" Hai you, ". Sapa Hannisya yang baru tiba.

Farhan menoleh perlahan pada gadis yang tersenyum manis memandangnya. Entah kenapa baru sekarang dia merasakan setiap tindak tanduk Hannisya palsu belaka.

" Hai ". Balas Farhan ringkas dalam nada mendatar. Wajahnya masih seperti tadi.

" Kenapa you ajak jumpa ni? Lepas tu suruh I datang sendiri, selalunya kan you yang jemput. Ke.. you nak buat surprise? ". Tebak Hannisya lalu memandang sekeliling. Mungkin cuba mengesan kalau Farhan betul mahu buat kejutan untuknya.

" Kenapa, dah tak boleh jumpa ke? ". Tanya Farhan dingin.

" I tak maksudkan macam tu pun. You ni kenapa serious sangat daripada tadi? ". Soal Hannisya pelik.

" I nak tanya you something? ".

" Tanyalah ". Balas Hannisya.

Farhan menarik nafas perlahan lalu dihela tenang.

" Betul ke you nak kahwin dengan Danish? ".

Hannisya nampak sedikit kaku selepas dia menanyakan soalan itu. Gadis itu melarikan pandangan sebelum pandang dirinya semula.

" You cakap apa ni? I tak fah- ".

" Nisya.. please ". Farhan merayu. Dia sudah penat fikirkan hal ini. Memang dia perlu percaya kerana rakaman dalam handphone Luqman adalah suara Hannisya dan bukan dari mulut Luqman atau sesiapa.

" Mana you tahu? ". Kali ini suara Hannisya pula berubah serius.

" Itu tak penting ".

Hannisya pandang tasik.

" I tanya you ni Nisya ". Farhan mendesak.

" Yes, memang I akan kahwin dengan Danish. Puas hati? ".

Farhan mengetap bibirnya.

" Tapi kenapa you tipu I? ". Tanya Farhan. Matanya sudah mula berkaca.

" Tipu you? Hello.. you lupa ke apa sebab kita couple? Sebab you ugut I dan I terpaksa terima untuk jadi girlfriend you. Ter-paksa ". Ujar Hannisya. Suaranya sedikit meninggi.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now