KC | 31

21.4K 1.7K 508
                                    

Promote

Qayrisa Dalena
questn

Pickupline
BamBamGirl_

Jemput baca 😉

Mana team LiaNish?

Mana team LiaMir?

Ke ada team couple lain?

••••••••••••••••••••
[

Media : Ainshukk As Ainul Izzati ]


Zafirul memerhati Ashraf yang berdiri tegak sementara seorang lelaki sedang mengemaskan lagi sampin yang dipakai sambil itu tangannya mengipas muka Ashraf agar kawannya ini tidak berpeluh sebelum berjumpa permaisurinya.

Ya, hari ini hari untuk meraikan Ashraf dan Syaf yang telah sah menjadi suami isteri semalam.

" Kalau aku tak fikir kau ni kawan baik aku, memang dah lama aku libas muka kau pakai kipas ni ". Ujar Zafirul. Geramnya masih belum hilang.

" Kenapa pula? ". Soal Ashraf.

" Lain kali bagitahu awal - awal nak aku jadi pengapit kau. Buang tenaga je aku gosok baju melayu aku malam tadi. Alih - alih kena tukar baju ". Balas Zafirul.

" Alah.. baju ni dah bergosok pun. Kau tinggal sarung je. Syaf tu, dia nak Nina jadi pengapit sekali gus teman dia atas pelamin. Kang aku suruh lelaki lain jadi pengapit, kau pula cemburu. Sebab tu aku suruh kau berbaik dengan Nina sebelum aku kahwin ". Jelas Ashraf panjang lebar dan tersengih.

Zafirul hanya mengangguk. Betul juga kata Ashraf.

Sepupu Ashraf, Faizul memberitahu bahawa pengantin akan masuk ke dalam dewan lebih kurang satu minit lagi. Pengantin lelaki tunggu di luar dewan manakala pengantin perempuan pula tunggu di bahagian luar dewan sebelah sana.

Nak dijadikan cerita, bila kedua pengantin ini masuk dan bertemu di tengah baru beriringan ke pelamin gah mereka.

Pintu dewan dibuka. Ashraf berjalan dengan penuh protokol. Dari jauh dia sudah nampak Syaf juga berjalan ke arahnya. Gadis itu sudah tersenyum. Sampai ditengah mereka bertemu secara dekat, sebelah tangan Ashraf meraih tangan kiri Syaf dan terus digenggam. Pasangan itu terus ke pelamin mereka.

Nina pandang Zafirul dengan rasa gembira. Dia pula yang melebih. Rasa macam nak kena diabetes melihat aksi romantik Ashraf. Zafirul membalas pandangan gadis itu.

Zafirul juga ingin buat benda yang sama seperti Ashraf tapi Nina pantas mengelak.

" Jangan mengada eh, belum halal lagi. Bagi penyepak baru tahu ". Bisik Nina keras. Mereka juga jalan beriringan hanya sebagai pengapit di belakang pengantin.

Sementara itu di ruang bawah antara kebanyakkan tetamu yang hadir ke majlis itu, Aulia dan yang lain boleh melihat pasangan itu dengan jelas disebabkan meja mereka begitu dekat dengan pelamin.

Aulia turut tersenyum bila melihat Syaf yang tidak lekang dengan senyuman. Jelas Syaf gembira di hari bahagianya.

Dia? Tak tahulah jika dia boleh tersenyum seperti Syaf di hari persandingannya nanti. Senyuman Aulia semakin pudar.

Danish yang sedari tadi memerhati Aulia perasan senyuman gadis itu memudar. Entah apa dalam fikiran Aulia sehingga raut cerianya hilang.

" Guys, pandang sini ". Danish tersedar lantas menoleh.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now