Sudah boleh move on dengan LiaNish?
Tak boleh?
Tak apa. Teruskan merindui mereka. Nak ulang baca, silakan😄
Sebab lepas ini kita akan jumpa HeroHeroin baru.
***
HeartBeat
Hidup Niarayha berubah sekelip mata.Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis.
Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin dia akan dapat kasih sayang lelaki itu setelah apa yang terjadi kepada mereka berdua.
Hampir setiap hari, ada saja yang tidak kena. Yang pasti, tujuan lelaki itu adalah untuk sakiti hati Niarayha. Dugaan semakin memberat bila bukan hanya Shafieq seorang yang menyeksa jiwa dan emosi Niarayha.
Tidak selamanya hati itu mampu menahan beban dan luka yang diterima. Dia bukan wanita kental. Dunia seolah-olah tidak menerima kehadirannya.
"Ya Allah, hentikan saja degupan jantung ini. Mungkin ini yang semua orang mahu. Aku penat..." - Nur Niarayha.
Termakbul doa namun digantikan dengan lebih baik. Hatinya mati tapi degupan jantungnya masih berdetak, dingin.
Hadir semula Aaron Xuan untuk menemani Niarayha dalam pertempuran hidup kali ini. Janjinya, dia tidak akan membiarkan wanita yang sudah dianggap 'detak jantung' nya keseorangan melewati dugaan.
Bagaimana pengakhirannya?
***
YOU ARE READING
[C] KVSA2 : Kerana Cinta
Romance📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum selesai. Aulia Zulaikha, berdepan dengan konflik dalam hidupnya. Dia tersepit antara cinta dan paksaan...