KC | 28

21.2K 1.8K 228
                                    

Guys, sorry I'm late. Busy dengan kelas komputer. Balik² je penat 😣 lepas tu balik kampung bagai 😫 Esok sis cuba update lagi tapi tak janji okay. Just cuba update kalau dah siap 🙂 Thanks pada yg vote dan komen di chapter lepas, tak mampu nk balas dek kesibukkan 😥

Yang request promote tu nanti sis promote okey kat next chap in sha Allah ❤ Love you guys!

Maaf kalau chapter ni bosan 😞

••••••••••••••••••••


Aulia Zulaikha segera berkemas bila nampak Danish sudah berjalan keluar dari pejabat untuk pulang. Dia hanya berkemas ala kadar saja. Usai itu, dia berlari anak keluar dari pejabat. Langkah diatur semakin laju saat ternampak Danish hampir masuk ke dalam kereta.

Ini semua gara - gara komputer ribanya yang lambat matikan kuasa.

Terpaksa dia menjerit memanggil nama Danish. Lelaki itu menoleh kearahnya dan menutup semula pintu kereta.

" What is it? ". Soal Danish.

" I won't be long. I just want to ask you one thing. Tapi kalau kau ada urusan atau nak balik.. tak apalah ". Kata Aulia.

" It's okay, teruskan. Kalau pasal kau, balik lewat malam pun aku sanggup lagi pun rumah tu tak lari ke mana pun ". Balas Danish selamba lalu menyilang tangan. Badannya disandar pada kereta.

Aulia sedikit tak keruan bila Danish berkata begitu. Tambah lagi Danish dengan gaya seperti itu, pandangan redup pula diberikan. Haa.. tulang rusuk siapa tak bergetar?

" Semalam ada kucing depan rumah aku. Kucing putih dalam satu kotak.. aku tak tahu nama kotak tu apa- ".

" Catit voyaguer ". Pintas Danish.

" Whatever. Kau ke yang bagi? ". Tanya Aulia.

" Macam mana kau boleh terfikir aku yang bagi? Mungkin Emir.. ". Balas Danish.

Aulia diam. Kenapa dia tak teringat pada Emir? Lelaki itu nak bagi dia kucing? Macam pelik je tapi logik pula kalau fikir semula. Tak.. Tak! Dia yakin Danish yang bagi Ocean.

" Sebab.. ada bau minyak wangi kau pada badan Ocean ". Laju Aulia berkata.

" Jadi kau ingatlah bau minyak wangi aku. Sweetlah kau ni walaupun dah lapan tahun kita terpisah ". Danish merapatkan tubuh pada Aulia buatkan gadis itu terdorong ke belakang.

" Danish, boleh tak kau berhenti main tarik tali? Terus terang jelah.. ". Desak Aulia tak sabar untuk tahu jawapannya.

" Yes.. I am ".

" Macam mana kau boleh tahu tentang Ocean? ". Aulia menyoal lagi. Seingatnya dia tak pernah cerita pada Danish.

" Ashraf dan yang lain - lain yang cerita. They told me everything what Emir did to you.. ".

Aulia diam.

" ...Termasuk glob yang aku pernah bagi dulu ". Sambung Danish.

Mata Aulia mula dipenuhi dengan air mata. Dia masih kecewa dengan dirinya kerana tidak pandai menjaga barang berharga meskipun itu adalah salah Emir. Dia serba salah.

" I'm sorry. Aku gagal jaga hadiah tu dengan baik ". Gugur juga air mata Aulia.

Danish hanya pandang. Mahu saja dia usap air mata itu. Bukan dia nak salahkan Aulia. Perkara seperti itu memang kita tidak jangka akan berlaku.

" Tak apa, aku tak salahkan kau atau kecewa. Dahlah jangan menangis, buruklah muka. Senyum balik biar manis macam candy ". Danish mengukir senyuman buat Aulia turut tersenyum.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now