KC | 27

21.9K 2K 282
                                    

Promote

Princess Xavier
princess Xavier Return
questn

The History Of Planetz
diendazee

Jemput baca 😊😊

I lost my voters and commenters a lot 🤕 where are you guys? I miss u 😭 Takpelah.

Enjoy..

••••••••••••••••••••

Zafirul melangkah masuk ke dalam restoran tempat Shanina dan rakan sepejabatnya yang lain selalu makan tengah hari. Bila dia nampak gadis itu terus dihampiri. Nampak mereka baru saja nak memilih lauk untuk dimakan.

" Nina, ". Zafirul menegur.

Shanina menoleh.

" Awak ikut saya sekarang. Ada hal penting ". Kata Zafirul dengan wajah serius.

Tanpa banyak pertanyaan, Nina letak kembali pinggan di tempatnya dan mengikuti langkah bossnya dari belakang.

" Kita nak ke mana Encik Ilham. Saya rasa, hari ni Encik tak ada meeting di luar ". Soal Nina.

Zafirul tidak mengendahkan soalan gadis itu dan meneruskan langkah. Lebih kurang lima minit selepas itu, mereka sampai di tempat Zafirul memarking keretanya.

Nina masih tidak puas hati kerana Encik Ilham masih tidak bersuara. Tahulah merajuk pasal hal dekat Aveara Resort tu tapi kalau ya pun janganlah bawa ke tempat kerja. Ini sudah berhari juga Encik Ilham tak bercakap dengannya. Parah ni!

" Tahulah Encik merajuk pasal haritu tapi tak akan tak nak cakap dengan saya langsung ". Nada Nina seperti memerli.

" Saja nak bawa awak keluar makan dengan saya. Tak boleh ke? ". Akhirnya Zafirul bersuara.

" Apa salahnya kalau kita makan sekali dengan diorang tadi? ".

" Tak ada privasi ". Jawab Zafirul selamba dan mulakan pemanduan.

What?! Makan tengah hari je kut tak akan nak privasi bagai. Nina duduk diam sambil menyilang tangan dan tunggu ke mana Encik Ilham mahu membawanya.

Tepat lima belas minit perjalanan, kereta yang dipandu Encik Ilham sampai di sebuah hotel. Nina kecut perut tiba - tiba.

" Kita buat apa dekat hotel ni? Encik jangan macam - macam dengan saya ". Nina emosi tiba - tiba.

" Hey.. chill lah. Kita lunch dekat sini. Ingat hotel tak ada restoran ke? Lagipun, hari ni diorang sediakan sekali persembahan untuk tetamu yang datang. Jomlah ". Zafirul keluar dari kereta.

Nina juga keluar dari kereta dan menyaingi langkah bossnya. Mereka tiba di pintu hadapan ruangan dewan. Nina ikut berhenti bila Encik Ilham berhenti dan berkata sesuatu pada penyambut tetamu kemudian, salah seorang penyambut tetamu itu membawa mereka ke sebuah meja kosong. Di atas meja itu ada kad tertulis 'reserved' telah diambil oleh penyambut tetamu tadi.

Seorang pelayan lelaki mengambil pesanan mereka. Nina cuma memesan Seafood Pasta dan Carrot Milkshake manakala Encik Ilham pula Moroccan Lambchop dan Orange Lassi.

" Segan saya Encik asyik bawa saya makan. Lainlah kalau lepas ni kita ada urusan ". Nina mula bersuara.

Zafirul cuma senyum.

" Encik Ilham.. marah saya lagi ke? ". Nina menyoal takut - takut.

" Marah sebab apa? ". Zafirul menyoal kembali pada Nina.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now