KC | 7

24.5K 2.1K 283
                                    

Litigation atau litigator ialah peguam yang banyak habiskan masa di mahkamah, menunggu untuk kes dipanggil dan bentangkan kes di hadapan hakim.

Senang cakap, lawyer yang suka berdebat tu😑

••••••••••••••••••••

Aulia Zulaikha menilik penampailannya di hadapan cermin. Hari ini ada temuduga kerja. Hatinya sedikit berdebar. Apa - apa pun, dia perlu tampil profesional semasa temuduga nanti. Senyum Aulia, senyum.

Puas dengan penampilannya, dia capai beg dan keluar dari bilik. Anak tangga dituruni dan berlalu ke dapur. Dia mendekati mamanya dan bersalam.

" Tak nak sarapan dulu? ". Soal Puan Shikin.

" Aulia nak sampai awal untuk tenangkan diri yang tengah nervous ni.. ". Sekeping sandwich diambil satu sebagai alas perut.

Di muka pintu, Aulia nampak ada sebuah kereta berhenti betul - betul di hadapannya. Aulia sudah mengeluh. Emir ni tahu ke tak, papanya sudah pergi kerja?

Aulia menghabiskan sandwichnya dan mencapai kasut.

" Assalamualaikum, ". Sapa Emir Iskandar dengan senyuman.

" Waalaikumussalam. Papa tak ada. Dah pergi kerja ". Beritahu Aulia dingin.

" Tahu. Abang datang sebab nak bagi ni je ". Emir membawa sesuatu dari belakang tubuhnya dan diberikan pada Aulia.

Aulia hanya pandang kemudian beralih pada Emir.

" Apa ni? ".

" Bunga. Hari ni kan ada temuduga. Abang doa Aulia lulus dan dapat kerja dekat situ ". Ujar Emir.

Aulia ambil jambangan bunga itu.

" Ohh! Ainnur kirim salam. Dia kata nak sangat jumpa Aulia sebab rindu. Dia wish good luck juga dekat Lia. Okaylah, abang pergi kerja dulu. Assalamualaikum ". Emir berlalu ke keretanya.

Aulia menjawab salam. Jambangan bunga calla lily itu dipandang. Akhirnya dia putuskan untuk bawa bersama. Serba salah pula nak tinggalkan.

***

Melangkah keluar saja dari bilik itu, Aulia tersenyum lega dan gembira. Syukur dia dapat berkhidmat sebagai peguam di firma guaman ini.

" Macam mana cik Aulia? Kalau senyum lebar, dapatlah tu ". Sapa Fina dan mendekati Aulia.

" Tak payahlah panggil cik dekat depan. Nanti kita jadi kawan kerja juga. Panggil Aulia je ". Balas Aulia ramah. Fina ini orang pertama yang menegurnya sebaik saja dia sampai di tempat ini.

" Lia ambil bahagian apa? ". Soal Fina lagi. Mereka berjalan perlahan.

" Ambil litigation sebab saya suka perang mulut ni ". Seloroh Aulia. Dia menghela. Dengan siapa lagi dia berperang mulut dalam rumah itu kalau bukan papanya.

" Eloklah sebab saya pun bahagian tu juga. Jomlah, saya kenalkan dengan kawan kerja yang lain ".

Mereka berjalan ke arah satu ruang pejabat. Keadaannya tidak terlalu bising kerana pekerja semua sibuk dengan urusan mereka. Aulia ikut Fina ke satu meja.

" Rina, kawan kerja baru ".

Seorang wanita mengangkat kepalanya dan memandang Aulia. Kemudian terbit senyuman di wajahnya.

" Hello, saya Qarina ". Mereka berdua bersalaman.

" Betul ke firma ni.. ada dua orang boss yang uruskan? ". Tanya Aulia. Bukanlah dia dengar cerita tapi dia cuma nampak di carta organisasi saja.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now