Promote✨
• CRUSH • ▶▶Naeun x Jungkook ◀◀
NEAelya_Suamiku Mr Boss
asniahnieyahMr Assassin Is Mine
eychaeyheynIman Sofia
itslim-My life ❤
JeonRaraKookieCinta Yang Tak Pernah Hilang
missstalker710Setia Hanya Padamu
The Boys
misi Memikat Encik Suami
NjwaMrsya_Do read their story ❤
Ada 16 bab lagi ☺ Suka lah tu.. dah nak tamat 😆 lepas ni tak payah nak hadap cornflakes ni semua.
••••••••••••••••••••
[Media : Izzat Kasyfie As Muhammad Zafry ]
Hannisya sekejap menjeling pada Danish dan sekejap pandang pada jalanraya. Tangannya disilang menahan sabar terhadap Danish yang memandu perlahan.
" You.. bawa laju sikit, kita dah lambat ni ". Tegur Hannisya.
Danish tidak membalas malah menekan pedal minyak dan membawa kereta dengan laju.
" You! Jangan bawa laju sangat. Kalau kemalangan nanti macam mana ". Kata Hannisya lagi.
" Biarlah. Aku lagi rela mati dari kena kahwin dengan perempuan gila macam kau ". Selamba Danish membalas.
Hannisya terkejut mendengar kata - kata Danish. Hatinya sedikit terbakar.
" Tak apa, I sabar dengan perangai you yang tak boleh terima I sekarang. Lambat laun, hati you akan terbuka juga nanti.. ". Hannisya tersenyum. Dia yakin, hari itu pasti akan tiba juga.
Danish ketawa sinis.
" Kau ingat ini drama adaptasi novel pukul 7 petang tu ke? Jangan mimpilah Nisya. Berpijak di bumi yang nyata ". Balas Danish.
Hannisya cuma mengajuk kata Danish tanpa suara. Dia peduli apa. Meski dia berpijak di langit kayangan sekalipun, dia tetap akan dapatkan Danish.
Lebih kurang lima belas minit kemudian, mereka sampai di hadapan bangunan Siarra Ventures iaitu salah satu tempat kursus pra perkahwinan Islam yang berdaftar.
Enjin kereta dimatikan. Hannisya keluar dan berjalan sehingga di ke hadapan kereta. Hannisya pusing memandang Danish yang masih di dalam kereta.
" Cepatlah.. ". Hannisya merengek.
Danish sudah mengguling anak mata ke atas tanda menyampah dengan perangai Hannisya.
" Menyampah betul! Nak aje aku bunuh perempuan ni ". Danish mengomel perlahan semasa keluar dari kereta.
Hannisya mendekat.
" You ni boleh tak jangan lengahkan masa- ".
" Eh perempuan, kalau bukan sebab papa aku yang paksa pergi kursus kahwin ni sekali dengan kau.. jangan harap aku akan datang ". Pintas Danish geram lalu berjalan meninggalkan Hannisya.
YOU ARE READING
[C] KVSA2 : Kerana Cinta
Romance📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum selesai. Aulia Zulaikha, berdepan dengan konflik dalam hidupnya. Dia tersepit antara cinta dan paksaan...