KC | 2

30.8K 2.5K 660
                                    

Promote

Cinta Si 'Heartless'
consymwla

Claire
amell___

Read their story✨

••••••••••••••••••••

Aulia Zulaikha memutar stereng kereta membelok ke satu selekoh. Panggilan daripada Ain dijawab menggunakan earphone yang awal - awal lagi sudah disumbat ke telinga. Itu perkara wajib sebelum Aulia memulakan pemanduan.

" Hello, ". Aulia menyapa.

" Assalamualaikum. Kau dekat mana weyh? ". Soal Ain.

" Waalaikumussalam. Aku.. on the way ni haa ".

" Tukar location weh, kedai ni ramai orang. Kita pergi kafe yang pernah try sekali dulu ".

Aulia berkerut.

" Dekat mana. Kau send location sekarang ".

" Okey, ".

Talian dimatikan. Mereka semua ni kalau boleh hari - hari nak jumpa. Maklumlah nanti rindu nak berborak, nak bergosip. Kalau sekarang ini mereka masih budak sekolah bolehlah jumpa. Ini masing - masing dah besar, ada yang sudah kerja.

Jadi waktu semua tengah ada masa ni baik lepak dulu.

Aulia fokus pada pemanduaannya. Bunyi deting menandakan mesej masuk. Dia tahu Ain sudah hantar lokasi baru. Tiba - tiba..

Aulia brek mengejut. Keretanya berlanggar dengan seorang budak yang tiba - tiba berlari ke arah jalan.

Aulia menekup mulutnya. Dadanya sudah berdetak laju. Dia takut.

" Ya Allah.. ". Aulia kaku

" Apa aku buat ni? ". Aulia menyoal diri sendiri. Earphone dicabut. Pintu kereta dibuka dan berlari ke bahagian depan kereta. Sekujur tubuh kanak - kanak terbaring di atas jalan.

Aulia memeriksa denyutan nadi budak itu. Masih hidup! Dia meliar ke sekeliling kalau - kalau ada ibu atau bapa kepada budak ini namun hampa. Seorang manusia pun tidak ada kecuali beberapa buah kereta yang lalu lalang.

Tanpa membuang masa, Aulia mengangkat budak itu dan diletakkan di tempat duduk belakang. Dia bergegas masuk ke tempat pemanduan dan melucur keretanya ke hospital.

Sebelah tangannya cuba menghubungi Emir dan menukarkan kepada loud speaker.

" Hello, ".

" Abang, tolong Lia. Lia terlanggar budak ni. Sekarang ni dalam perjalanan ke hospital ". Katanya cemas.

" Okay, abang tunggu dekat pintu masuk ".

Talian dimatikan. Aulia rasa nak menangis. Dalam hati, tidak putus doa supaya budak itu selamat dan tidak cedera.

Sampai di hospital, Aulia keluar dari perut kereta. Sejurus itu, Emir datang ke arahnya. Budak itu dicempung oleh Emir sehingga masuk ke dalam sebuah bilik. Seorang jururawat menahannya dan menyuruhnya untuk tunggu di luar.

Aulia duduk di kerusi dengan hati resah. Handphone dikeluarkan untuk menghubungi Ain.

" Dah sampai mana? ". Soal Ain sebaik saja mengangkat panggilan.

" Aku.. tak jadi datanglah. Aku terlanggar budak weyh. Sekarang ni dekat hospital tengah tunggu Emir check budak tu ". Beritahu Aulia.

" Ya Allah, macam mana boleh terlanggar? ". Tanya Ain terkejut.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now