KC | 45

27.8K 2.2K 215
                                    

Promote

Son Vs Father?
Assalsabila15

Marisa Hasyarian
Angxlpotter World
angxlpotter

Little Moment
thquella

Mine Mr Boss Sweet Talker
mochalatte_

Selamanya Dia
flower01_

Anti Perempuan Itu Suamiku
myllaez

Mai baca cerita depa 😊

Tak tahulah sweet ke idok 😂

••••••••••••••••••••

Aulia duduk di birai katil selepas siap kemas. Dia terpandang balkoni yang menghadap laut. Hatinya terdorong untuk berdiri di balkoni tersebut. Dia bangun dan menolak gelangsar. Angin laut terus menyapa kulitnya.

Aulia tunduk pandang pasir pantai. Manalah tahu ada juga perkataan 'I Love You' tiga dimensi seperti yang Danish buat dulu. Dia tersenyum. Berangan je lebih.

Aulia menikmati pemandangan. Walaupun pernikahan secara mengejut, Danish tetap nak bawanya pergi berbulan madu. Nasib baik firma guaman tempat kerja mereka berdua milik Encik Muzaffar dan rakan kongsinya.

Bolehlah luluskan cuti anaknya. Hmm..

Destinasi percutian mereka tidak sehebat mana dan bukanlah ke luar negara. Hanya ke Pulau Langkawi untuk cipta lagi memori manis antara dia dan Danish.

Bila teringat semula percutian yang dulu, dia tersenyum dan ketawa kecil sendiri.

Danish baru saja keluar dari bilik air lengkap dengan seluar jeans hitam dan hoodie biru gelap. Tuala dicampak atas katil dan mengemaskan rambutnya.

Saat dia pandang arah balkoni, Danish nampak Aulia yang senyum seorang diri.

"Dah kenapa dengan candy tu?" Bisiknya. Selesai dengan rambutnya, Danish ambil sesuatu yang dia letak dalam laci meja lampu tidur. Barang itu disorok belakang tubuh dan melangkah ke balkoni.

Danish intai dan mencari kalau ada orang buat komedi sampai senyum sorang-sorang.

Tak ada pula. Adalah tu benda lawak ya dia bayang dalam kepala. Tubuh isterinya dipeluk dari belakang.

"Senyum apa sorang-sorang?" Danish berbisik lembut di telinga Aulia.

"Teringat masa kita datang bercuti dekat sini dulu.."

Danish mengangguk.

"Kenapa? Rindu nak tengok aku jadi.. sweet?"

Aulia gelak.

"Tak adalah. Jangan nak perasan boleh tak?" Balas Aulia. Haish! Janganlah nak sweet-sweet dekat sini pula si Danish ni. Malu!

"Tapi aku rindu nak tengok kau punya blushing jadi.. aku kena sweet-sweet juga dengan kau." Tekad Danish.

"Kalau kau mengelak hari ni, tak apa. Esok ada lagi. Kalau esok tak boleh, esoknya pun ada lagi. Bila-bila je aku boleh buat sebab candy aku dah jadi hak milik tetap Muhammad Danish Aryan."

Aulia pusing menghadap Danish. Tubuhnya disandar pada balkoni yang tinggi pinggangnya. Jarak antara muka mereka cuma sejengkal.

"Kau marah aku tak sebab tak fight dulu?" Soal Aulia.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now