Special Chapter 💝

31.9K 2.3K 784
                                    

3741 words?!  Sebenarnya tak ada idea nak buat special chapter ni tapi ramai yang request, ikutkan jelah. 3kali delete sebab macam tak best aje. Tu yang lambat update.

Tak tahulah saya merepek apa dalam ni 🤕 Dah penat sangat 😩 Lantak koranglah nak vote ke apa ke? Malas nak layan.. bagi sad ending tak nak vote.. bagi happy ending tak nak vote

Habis korang nak yang macam mana?

••••••••••••••••••••

"Ariq, nanti tolong balutkan hadiah. Mama dengan Auni nak sediakan makanan untuk esok. Boleh tak?" Pinta Aulia pada anak lelaki sulungnya, Muhammad Ariq Danial.

Ariq yang selesai mencuci tangannya pusing memandang mamanya.

"Boleh je ma. Mana hadiahnya?" Soal Ariq.

"Ada dekat ruang tamu.."

Ariq segera ke ruang tamu dan mencari hadiah tersebut. Dia nampak papanya yang sedang menghadap komputer riba.

"Buat kerja ke pa?" Ariq duduk sekejap di sebelah papanya.

"Ha'ah. Ni nak buat dengan hadiah tu?" Soal Danish.

"Mama minta balutkan. Okaylah, Ariq naik dulu.." Ariq bangun dan naik ke bilik.

Danish hanya menghantar kelibat anak lelakinya dan tersenyum nipis. Kata Aulia, Ariq ada sedikit persamaan dengannya fizikal dan sikap. Tapi ada satu perangai Ariq yang buatkan isterinya terlalu ingin tahu.

"Haa.. apa senyum-senyum tu? Fikir perempuan lain eh?" Sergah Aulia kemudian ambil tempat di sebelah Danish.

"Mana ada. Kalau fikir pasal perempuan, abang fikir candy je.." Danish mencuit hidung Aulia.

"Habis tu senyum sebab apa?" Aulia makin mendekatkan dirinya dengan Danish.

"Fikir pasal Ariq. Makin besar perangai macam abang sikit. Handsome pun ikut papa dia juga.." Danish berlagak.

Aulia buka muka toya. Mulalah tu.

"Tapi tak tahu lagi sama ada perangai abang yang satu tu melekat tak dekat dia."

Danish berkerut lalu menoleh pada Aulia.

"Perangai apa?"

"Sweet talker." Jawab Aulia.

Danish gelak.

"Dia tak ada girlfriend ke?" Tanya Danish pula.

"Rasanya tak ada.." Aulia menebak. Nampak baik saja anak terunanya itu. Tak ada pun melekat dengan handphone kemudian tersengih macam kambing.

"Bagus. Fokus belajar dulu.."

"Ma.. cepatlah. Kata nak buat cupcake. Auni dah siapkan bahan dengan barang dah. Kalau ya pun mama dengan papa nak sweet, dalam bilik. Dekat sini nanti semut datang." Auni muncul dari dapur dengan wajah muncung.

"Eh lupa.." Aulia tersengih. Ini lagi seorang,

"Auni, duduk kejap. Mama dengan papa nak tanya." Aulia suruh Auni duduk dengan mereka.

"Abang Ariq ada girlfriend?" Soal Aulia bila Auni melutut di depannya.

Wajah Auni tampak seperti sedang berfikir. Ada ke?

"Tak ada rasanya. Tapi, perangai dia pelik sikit depan seseorang ni. Auni perhati je.." Dia mengangguk. Mengintip dalam diam tapi dia cuma mengagak saja belum pasti.

"Dengan siapa?" Serentak Aulia dan Danish melontarkan soalan.

Auni senyum.

Dalam bilik, Ariq duduk di atas lantai dan sedang menggunting lebih pembalut kertas yang tidak mahu digunakan. Ini adalah hadiah harijadi untuk anak uncle Emir dan aunty Mellisa, Nurul Mardhiah yang akan disambut esok.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now