KC | 1

44K 2.8K 632
                                    

Promote

Cinta Yang Tak Pernah Hilang
sweetlove978

Faith
naadddddby

Sayang Tapi Benci
Stranger
Marlya_

Do read their story✨

Even sis bukan kpoper but.. sorry about Jonghyun🌹

Fakehope about Danish😏 Let see sama ada sis bagi fakehope atau tak?

••••••••••••••••••••

Pintu kereta dibuka. Kaki sebelah melangkah keluar dari kereta lalu dikunci. Aulia Zulaikha berjalan ke arah sebuah kafe tempat dia dan kawan-kawannya akan selalu lepak. Pintu ditolak dan mencari kawan-kawannya. Bila sudah nampak mereka semua, dia pantas mendekati.

"Assalamualaikum," Aulia terus duduk di kerusi kosong antara Ain dan Farisha.

"Waalaikumussalam."

"Sorrylah awak-awak semua kita lambat. Tak jumpa parkir kosong." Aulia tahan senyum sambil menjeling kawan - kawannya.

"Yelah Cik Aulia. Itu ajelah alasan awak dari dulu sampai sekarang," Kata Ain perli buat Aulia tersengih.

Makanan yang dipesan sebelum Aulia tiba dihidangkan di atas meja mereka. Dengan lafaz Basmallah mereka menyuap.

"Aulia, sorry hari tu aku tak dapat datang graduation kau. Graduation Nina pun aku tak pergi. Kalau korang tak nak datang graduation aku nanti pun tak apa." Ujar Syaf sedih. Dia memang betul - betul tak dapat datang kerana ada hal mustahak.

"Alahh, tak apalah. Janji korang kena ada masa kahwin aku nanti." Balas Aulia.

"Tak naklah datang. Aku tak akan datang wedding kau kalau muka pengantin lelaki tu, Emir Iskandar." Tegas Syaf. Memang dia nekad habis. Dia tak restu langsung lepas apa yang Emir dah buat selama ini pada Aulia. Lepas tu sekarang nak tunjuk baik pula.

"Ish! Kau ni tak baiklah babe. Tak akan sebab Aulia kahwin dengan Emir kau tak nak datang? Kawan jenis apa kau ni?!" Farisha marah tapi cuma gurauan saja.

Syaf muncung dan pandang Aulia.

"Kau dah redha ke nak bersuamikan Emir?" Soal Syaf.

Aulia diam dan tidak menjawab. Entahlah.

"Nina, mulut kau kan masin. Say something weh..." Cuit Ain pada Nina.

Nina menghabiskan kunyahannya sambil berfikir sejenak.

"Memandangkan kita tak tahu lagi bila tarikh wedding Aulia sebab dia tak putuskan lagi sampai sekarang, I hope something miracles gonna happen." Kata Nina tersenyum memandang Aulia.

"Yes, apa-apa jelah perkara ajaib. Kalau boleh... Aku tak nak kau kahwin dengan Emir." Ujar Ain.

"Yeah, aku pun. Even semua dekat sini pun tak nak." Luah Nuha pula. Salah satu sebab mereka masih tidak yakin dengan Emir walaupun lelaki itu sudah berubah.

Aulia menggeleng dan tunduk. Matanya memandang cincin tunang yang tersarung di jari manisnya.

"Tak ada benda ajaib akan berlaku." Cepat atau lambat, dia tetap akan jadi milik sah Emir Iskandar.

Semua senyap. Tapi jauh di sudut hati mereka tetap mengharapkan keajaiban.

"Okay, kalau kau dah cakap macam tu. Tapi antara kau dengan Emir macam mana?" Soal Nina.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now