KC | 8

23.9K 2.1K 299
                                    

Kereta dikunci. Shanina melangkah dengan pantas ke arah bangunan IZ Holding. Dia sudah terlambat sebenarnya. Haih.. itulah makan tak ingat dunia.

Di saat Nina ingin masuk ke lobi, kakinya berhenti. Dia terdengar sesuatu yang sangat dia kenal. Nina pusing ke belakang. Mata terus menangkap seseorang yang menunggang superbike berwarna hitam.

Hatinya teruja. Dia mana boleh nampak superbike lagi - lagi kalau warna hitam. Tambah dengan penunggang yang handsome. Memang cair hatinya.

Si penunggang tersebut membuka topi keledar. Mulut Nina ternganga bila dia dapat tahu bahawa Encik Ilham pemilik superbike itu.

Nina menggeleng. Kadang - kadang, Encik Ilham ni macam Zafirul. Apa nombor plat superbike Zafirul ya? Nina berkira dalam kepala. Memang taklah dia ingat.

Nina tersedar. Dia segera berlari ke arah lif. Tercair sekejap dengan Encik Ilham.

Masuk ke ruang pejabat, Nina letak beg tangannya di atas meja kerja dan bergegas ke pantri untuk membuat coklat panas.

Lebih kurang lima belas minit, air coklat untuk bossnya siap. Dia mengetuk pintu bilik Encik Ilham dan masuk.

" Lambat  buat air hari ni? ". Tanya Zafirul tanpa memandang gadis yang mendekati mejanya.

Tapi bagi Nina, soalan itu seperti memerlinya. Nina letak air coklat panas di atas meja. Kemudian Encik Ilham ambil menyisip sedikit.

Wajah lelaki itu berkerut.

" Air apa ni? ". Tanya Zafirul.

" Hot chocolate ". Jawab Nina.

" Kenapa tak rasa macam hot chocolate. Saya tak nak yang ini ". Cawan itu ditolak perlahan pada Nina.

" Buat yang baru ke? ". Tanya Nina.

Zafirul mengangguk. Nina melangkah keluar. Sampai di pantri, Nina bawa cawan tersebut ke sinki dan mencucinya. Usai itu dia buat yang air hot chocolate yang baru.

Nina kembali ke bilik Encik Ilham lebih kurang dua puluh minit kemudian dengan air yang baru. Dengan lafaz Basmallah dia meletakkan cawan tersebut di depan Encik Ilham.

Hatinya sedikit berdebar apabila Encik Ilham menyisip hot chocolate tersebut. Kemudian, dirinya dipandang.

" Tak ada rasa ". Komen Zafirul dan menyuruh Nina buat yang baru.

Kalau bukan kerana Encik Ilham ialah bossnya, tak kuasa dia nak layan perangai lelaki itu. Nina ambil cawan itu dan melangkah keluar terus ke pantri.

Zafirul ketawa kecil selepas Nina keluar.

Lima belas minit kemudian, Nina masuk semula dengan secawan coklat panas. Zafirul rasa sedikit.

" Rasa coklat dia terlebih sangat ". Komennya lagi.

" Kena buat lagi ke? ". Soal Nina. Dia sudah malas sebenarnya ni asyik hadap pantri.

" Tak bestlah buat kerja kalau air tak kena dekat tekak, ". Ujar Zafirul.

Nina mengangguk dengan muka pasrah. Sekali lagi dia ke pantri. Cawan itu dibasuh dan ambil mug berwarna putih. Mug itu hanya terletak di atas kabinet.

" Tadi aku rasa okay je air tu. Dia nak suruh buat macam mana lagi? ". Bebel Nina perlahan.

" Buat apa tu? Akak tengok, Nina asyik ulang - alik dari bilik boss pergi pantri je ". Tegur Kak Nida.

Nina pusing ke belakang dan bersandar di kabinet.

" Encik Ilham tulah. Banyak pula songeh hari ni. Biasanya saya buat hot chocolate untuk dia, okay je. Hari ni je dia kata air tu tak ada rasalah, terlebih coklatlah apalah ". Luah Nina.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now