Promote✨
Ellyyara Ellena
minbrown_Miss Muzik
dinasr_Unexpected Love
SiscarrotzDo read their story😄
Happy Belated Birthday J_ilyanaa
Seperti yang dijanjikan😹Sesiapa yang tak vote memang siaplah. Selalu request double kan? Nah, 4 Bab sekali gus
Jumpa Jumaat dan Sabtu nanti. Welcome back to school, belajar elok-elok, jangan nak hadap wattpad aje
Gonna miss you guys😘
••••••••••••••••••••
[ Media : Aries ]Tangannya membetulkan beg sandang yang disangkut ke bahu kirinya. Segala barangnya ada yang sudah dibawa oleh ibu bapanya sewaktu kembali ke tanah air dua tahun lepas. Jadi dia hanya bawa beberapa barang keperluannya.
Danish meneruskan langkah sambil melilau memandang orang yang berada di KLIA ini.
Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Wanita itu terus melutut mengutip buku tebal miliknya.
" Sorry ". Ucapnya dan melutut juga mengutip buku hitam miliknya. Gambarnya hampir terkeluar.
Wanita itu seolah kaku. Danish terpandang pada tangan wanita itu tetapi dia mengecam sesuatu di pergelangannya.
Gelang tu!
Mata Danish perlahan - lahan naik memandang wanita itu. Dia terkejut. Wanita itu juga turut memandangnya dengan riak terkejut.
" Aulia? ".
Aulia ambil bukunya dan segera bangun melarikan diri.
" Aulia! ". Danish ingin mengejar tapi seorang lelaki menegur.
" Sir, your book? ".
Danish tunduk lalu mengutip bukunya.
" Thanks ". Ucap Danish kepada lelki itu. Dia kembali mencari kelibat Aulia di antara kesesakkan orang ramai.
Danish berlari ke pintu keluar.
Sementara itu, Aulia berlari keluar dari kesesakkan orang ramai. Dia tak tahu nak ke mana. Dia cepat sembunyikan diri di tepi pintu keluar. Jantungnya berdebar. Air matanya mula bertakung.
Dia ternampak seorang lelaki yang berlari keluar dari pintu keluar tempat dia bersembunyi. Danish!
Aulia tunduk. Sesekali dia mengintai sedikit. Danish seperti mencari dirinya. Kepala lelaki itu sekejap berpaling ke kanan dan sekejap ke kiri.
Aulia nampak Danish mengeluh dan terus pusing ke kiri berjalan pergi.
Setelah agak jauh, Aulia mara ke depan sambil memerhati langkah Danish. Dia seakan tidak percaya.
Itu Danish Aryan. Aulia menyeka air matanya dan ambil langkah bertentangan dengan Danish. Dia hanya jalan dengan fikirannya yang tertumpu pada Danish.
Adam Zarith leka dengan handphonenya. Bila dirasa ada seseorang melintas dihadapannya, dia pandang.
Adam tercengang bila kakaknya hanya jalan tanpa toleh kiri kanan. Tak nampak ke adik dia yang kacak bergaya dekat sini.
" Kak. Kak! ". Panggil Adam.
YOU ARE READING
[C] KVSA2 : Kerana Cinta
Romance📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum selesai. Aulia Zulaikha, berdepan dengan konflik dalam hidupnya. Dia tersepit antara cinta dan paksaan...