KC | 38

21.6K 1.8K 295
                                    

Promote

Sakit
aliaafandi_

Do read her story 😊

Grup ws on. Pm nama dan number jangan kt komen nnti org curi 😆

Gambar watak Aulia dan Adam dh tukar. KVSA Bab 26 dan Bab 70

••••••••••••••••••••

" Kalau itu keputusan kau, aku ikut je. Tapi nanti kalau kau ubah fikiran tiba - tiba, aku ada je untuk ganti kau ". Ujar Shahrul. Mereka bertiga menapak keluar dari lif.

" Sebelum ni bukan main liat. Ada agenda lain ke? ". Tebak Megat.

" Alang - alang kerja, cuci matalah dekat Dubai. Bukan selalu tengok tempat orang ". Jawab Shahrul.

Farhan senyum tipis kemudian menggeleng. Bahang luar menyengat kulit mereka bila melangkah keluar dari bangunan.

" Eh! Paan.. tu, ". Megat menjuih bibir ke satu arah.

Farhan menoleh. Figura yang cukup dikenali itu buat dia terkelu. Gadis itu berdiri tidak jauh darinya sambil berdiri memeluk tubuh. Kepalanya tunduk memandang jalan.

Farhan tidak tahu sama ada mahu pergi tegur atau abaikan saja. Gadis itu mengangkat kepala dan ternampak dirinya. Lantas berlari anak ke arahnya.

" Boleh tak I nak cakap dengan you sekejap? ". Pinta Hannisya lembut.

Farhan pandang Megat dan Shahrul.

" Korang pergi dekat kereta dulu. Nanti aku datang ". Kata Farhan dan mereka berdua mengangguk.

Beberapa langkah meninggalkan Farhan dan Hannisya, Shahrul berbisik tidak puas hati.

" Apa lagi yang minah tu nak? ".

" Manalah aku tahu.. ". Balas Megat. Harapnya bukan untuk menambah luka yang sedia ada.

Mereka berdua sedia maklum yang Farhan dan Hannisya sudah putus atas sebab yang cukup memeranjatkan mereka. Tidak sangka cinta tiga segi benar - benar berlaku pada orang terdekat.

Farhan pandang Hannisya. Kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

" Ada apa? ". Soal Farhan dingin dan wajahnya serius.

" I nak minta maaf.. ".

" I tahu.. I salah. I tak sepatutnya lukakan hati dan pergunakan you untuk menjayakan rancangan I dapatkan Danish. I harap you boleh maafkan I.. ". Kata Hannisya lembut.

Farhan berteka - teki sendiri. Boleh ke dia maafkan Hannisya?

" I tak nak you berdendam dengan I. I hargai apa you dah beri selama ni. Boleh tak, kita.. jadi kawan je? ". Tanya Hannisya perlahan.

Farhan menarik nafas sedalamnya kemudian di hela.

" I tak boleh simpan dendam terutama pada orang yang I sayang.. ". Balas Farhan setelah dia diam sejak daripada tadi.

" Jadi.. you tak kesahkan kalau kita jadi kawan? ". Sekali lagi Hannisya menyoal.

Farhan perlahan - lahan mengangguk dan terpaksa mengukir senyuman.

" Okay, thank you.. ". Senyuman Hannisya lebar.

" I datang sini bukan untuk minta maaf je tapi nak bagi ni sekali. Kad jemputan. Nanti you bagilah dekat kawan - kawan yang lain ". Hannisya menghulur beberapa sampul putih dan disambut Farhan.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now