Dear Readers 💕

18.1K 1.5K 204
                                    

Nampak macam dah tak berminat dengan KC lagi 😏

Ada yang kata sebab konflik berat dan panjang sangat. Itu yang nampak macam boring.

Haha okay.

Sebelum Sis hilang beberapa minggu ni.. Sis belanja trailer 10 bab yang terakhir. Bukan setiap bab tapi beberapa saja yang bikin hati lu olang sume manyak debar 🤗

Debar ke? 🙄 Tak panjang pun, pendek je.

Jangan ambil mudah benda yang nampak macam tak penting. Baca dengan teliti.

Enjoy!

***


Konflik semakin menjerut jiwa raga mereka. Harapan tinggal senipis kulit bawang. Danish telah kerah usaha untuk dapatkan Aulia semula namun hanya dipandang sepi oleh gadis itu.

Dia hanya mampu berserah pada takdir.

Tanpa sedar, ada hati yang mula goyah melihat kesetiaan mereka dan mula merencana sesuatu.

"Kenapa Adam pandai-pandai atur benda macam ni?! Semua ni sia-sia je. He's going to marry someone else. Jadi tolong berhenti buat benda macam ni!".

"Adam buat apa?".

"Stop pretending! ".

Nafas Adam turun naik.

" Why don't you ask your friends?". Adam mengemas segala kertas assignment miliknya.

"Adam tak tahu apa yang jadi but for sure mesti rancangan untuk satukan balik akak dengan Danish,".

"Dan Adam.. tak ada kena mengena dalam plan ni". Adam berlalu naik ke tingkat atas.

Rahsia tidak boleh disimpan lama. Tetap akan terbongkar bila-bila masa sama ada sengaja atau tidak sengaja.

"Aku tahu, hubungan kau dan Nisya masih menjadi rahsia dengan kawan-kawan kau tapi Nisya pun ada rahsia dengan kau..".

"Apa maksud kau?". Farhan memandang Luqman berdebar.

"Aku tak faham macam mana rahsia ni masih tak terbongkar sedangkan kawan-kawan kau tahu pasal benda ni". Kata Luqman pelik.

"Wait, what secret?".

... Dan sekeping lagi hati hancur.

"I dah tak nak tengok muka you dan jangan cari I lagi. Faham?". Hannisya berlalu pergi.

--

"Sebab perempuan sial tu, abang nak tinggalkan kami semua?". Soal Fara geram.

"Don't call her that way".

"Habis nak panggil dia apa? Ular sawa lidah bercabang? Dia dah hancurkan hati abang dan abang masih nak pertahankan dia?". Sungguh Fara tidak boleh terima. Perempuan begitu memang layak dapat bermacam gelaran daripadanya.

"Abang pergi sebab kerja".

Luahan Aulia pada Adam buatkan seseorang tersedar.

"Adam nak akak fight macam mana? Adam nak suruh akak lawan papa macam mana? Nak jadi anak derhaka? Sebab cinta, sanggup ketepikan keluarga? Macam tu ke, Adam Zarief?".

"Yes, I love Danish so much. With all of my heart. Tapi akak tak mampu nak buat apa-apa. Kadang-kadang mencintai tak semestinya memiliki, kita kena belajar lepaskan juga".

Adam terus mendakap tubuh kakaknya. Dia.. turut sebak.

"I'm sorry".

Danish redha bila Aulia sudah tekad. Mungkin memang tak ada jodoh antara mereka.

Bila hari bahagia semakin tiba, Emir datang lagaknya cuba menyakitkan hati Danish.

"Aku datang ni sebab nak bagi kad jemputan ke majlis kahwin aku".

"Datang sekali dengan family kau. Jangan tak datang pula. Kalau kau tak datang, aku anggap kau ni.. loser".

Sanggupkah hatinya melihat orang dia sayang sah menjadi milik lelaki lain?

Adakah cerita ini berakhir dengan bahagia seperti yang diharapkan semua? Atau cuma janji manis si penulis terhadap pembacanya 🤔

"Cuba panggil dengan panggilan abang?".

"Abang? Tak naklah. Malu". Senyumannya tak dapat disembunyikan.

"Apa pula nak malu, macam tak biasa".

"Tak ada tak ada, guna panggilan yang tadi je. Sedap pun sedap. Menggamit kenangan". Aulia ketawa.

"Kita panggil dia sayang, dia panggil kita..?". Nadanya seolah merajuk.

"Okaylah tu. Kalau mulut tu asyik nak menyakitkan hati orang, senang. Terus ridsect je".

***

So, how? 🤗

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now