KC | 46

33.7K 2.6K 272
                                    

"Danishhh!!"

Terus kaki dikejarkan ke arah jalan tersebut. Orang ramai mula berlari mengerumuni kemalangan itu. Dari jauh Aulia sudah nampak tubuh Danish meniarap di atas jalan tidak bergerak.

Lemah lututnya.

Aulia membuka langkah untuk mendekati tubuh yang terkulai itu. Tapi bahunya disentuh dari belakang. Aulia pusing.

"Aulia.. kenapa ni?"

Aulia terdiam. Dia pandang Danish dan tubuh lelaki yang tertiarap atas jalan itu silih ganti. Baru dia sedar Danish mengenakan hoodie biru gelap sedangkan mangsa perlanggaran itu pula berhoodie hitam.

"Hey hey candy. Okay tak ni? Nak pergi klinik tak?" Danish cemas.

Aulia tunding pada mangsa. Danish pandang pada arah yanh ditunjuk. Patut pun ada bunyi detuman tadi.

"I thought he was you.." Aulia menangis.

Danish bawa Aulia dalam pelukkan. Masih terasa kegigilan tubuh Aulia. Belum sempat dia nak membeli tadi, namanya dijerit kemudian dia nampak Aulia berlari ke arah kerumunan ini.

"It's alright candy. I'm here." Danish menenangkan Aulia. Pelukkan dileraikan dan tangannya naik mengusap air mata itu.

"Okay? Masih rasa husbandmu ini mengenggam tanganmu?" Danish bergurau.

Walaupun Aulia senyum tapi air matanya masih mengalir kerana perasaan takut itu masih ada. Sesungguhnya ini adalah harapan palsu paling dia benci selepas kejadian Danish mati dalam nahas pesawat dulu.

"Dah jom. Kita beli air dulu," Sempat Danish kerling pada mangsa kemalangan tadi. Ramai orang awam cuba membantu apa yang patut.

"Tak nak air." Balas Aulia sambil menggeleng.

"Habis nak apa?"

"Nak Danish Aryan je." Aulia buat muka comel. Sekali lagi Danish mencuit hidung Aulia.

"Stop making that cute face. I'm melt candy.."

Aulia makin menayang wajah comel depan Danish.

"Stop it okay. Kalau tak aku kiss."

Terus Aulia berlari anak menjauhi diri daripada Danish. Tak nak kena cium dekat tempat yang ramai orang boleh nampak ni.

"Tahu takut.."

Mereka berdua berjalan di pesisir pantai dan biarkan kaki mereka basah.

"Tak nak cuba ke panggil dengan nama lain selain candy?" Soal Aulia saja-saja.

"Tak nak."

"Kenapa?" Soal Aulia lagi.

"Kan aku pernah kata dulu, panggilan tu sweet dan rare hanya untuk kau seorang je. Panggilan sayang tu dah biasa sangat orang guna. Cuba kalau dekat tempat awam aku jerit panggil kau sayang. Ramai yang menoleh sebab ingat suami diorang yang panggil,"

Aulia gelak. Jawapan tak munasabah.

"Tapi kalau aku jerit panggil candy, sorang je yang menoleh. Nama dia Aulia Zulaikha."

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now