KC | 41

21.3K 2K 152
                                    

Promote

Cinta Hati Saya Encik Limited Edition
Airidylana

Ellyyara Ellena
minbrown_

Jemput baca story mereka😘

Disebabkan KVSA harini capai rank 1 setelah sekian lamanya dan vote genap 57K 😂 sebelum viewsnya masuk 700K dan korang masih vote untuk chapter semalam sis update double hari ini. Habiskan terus konflik sblom masuk ending next week. In sha Allah ❤

••••••••••••••••••••


Mereka masuk ke dalam sebuah kafe dan ambil tempat di sebelah tingkap. Seorang pelayan menerpa dan mengambil pesanan. Habis itu, pelayan tersebut pergi.

Di kesempatan waktu rehat yang tidak lama mana ini, Fahmi ingin banyak hal pada Emir tambah lagi bila melihat wajah yang penuh kekusutan itu.

"Kau dah minta cuti ke?" Tanya Fahmi.

"Cuti?" Emir berkerut.

Fahmi ketawa. Penat sangat ke kawan seorang ini sampai lupa.

"Cutilah. Kaukan dah nak kahwin. Lupa ke?" Fahmi ketawa kecil seraya menggeleng.

"Ouh.. belum." Jawab Emir.

Fahmi terkejut.

"Biar betul kau ni. Apa hal tak minta lagi? Lagi tiga minggu ni. Kau pun tahukan kerja kita nilah yang susah sikit nak dapat cuti." Ujar Fahmi.

"Nanti aku mintalah.." Kata Emir acuh tak acuh.

Fahmi mengecilkan matanya memandang Emir. Macam ada sesuatu yang tidak kena je.

"Tak apa. Nanti kalau cuti kau tak diluluskan, aku tolong ganti shift kau."

Emir tersenyum. Pelayan datang bersama minuman yang dipesan tadi.

"Rajin pula kau nak ganti aku?" Tanya Emir dan menyedut airnya.

"Dah kau bersungguh nak kahwin dengan Aulia sampai sanggup buat apa je asalkan ex-boyfriend dia tak rampas balik dari kau. Nanti tak dapat, frust menonggeng pula member aku ni.."

Emir diam tidak menjawab.

"Kau ni kenapa? Macam ada sesuatu yang menganggu fikiran kau. Tak nak share?" Soal Fahmi sebaik saja menyedut minumannya.

Emir nampaknya makin menunjukkan yang kepalanya memang sedikit terganggu. Minumannya dikacau dengan straw.

"Pasal Aulia?" Fahmi tanya lagi.

Terus Emir pandang Fahmi.

"Apa lagi yang tak kena? Dia ada buat hal lagi?"

Emir menarik nafas. Dia tak tahu nak kata bagaimana sebab dia sendiri tak faham apa yang hatinya mahu.

"Entahlah. Aku tak tahu nak cerita macam mana," Balas Emir.

"Kau nak kahwin dengan dia ke tak?" Soal Fahmi lagi. Haish! Dia bukan doktor psikologi nak selesai masalah begini.

"Nak.." Emir jawab perlahan.

"Cuma aku.. tak tahu kenapa dengan hati aku ni. Dia macam.. susahlah aku nak terang sebab aku sendiri tak pasti." Kata Emir lagi. Mukanya ditekup kemudian dikuak hingga ke belakang leher.

"Haihh.. parah kau ni sampai tak tahu apa yang hati kau nak. Fikir baik-baik. Jangan nanti dah kahwin dengan Aulia, kau buat perangai pula. Belum sebulan menikah dah cerai," Kata Fahmi. Dia faham perasaan sukarnya nak menentukan kehendak hati.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now