KC | 3

27.6K 2.6K 565
                                    

Promote

Two Worlds
imrejanna

Love That Boy
hydyty123456

Cinta Tak Setaraf
minbrown_

Dia Atau Dia
athilahhhh

Do read their story💕

Jangan hilangkan mood sis nak teruskan cerita ni dengan komen keji awak😪 Mind your words. Kesabaran manusia ada had😃 Tahulah nak Danish muncul balik dalam story tapi boleh tak bersabar? Dah janji kan, 600+ votes, Danish akan muncul. Tunggu jelah.

Lepas tu cakap tak best sebab Danish tak ada. Asyik Aulia Emir aje. Guys😩 tak mudah nak menulis okay. Kalau cerita pasal Aulia, nanti pendek.. sibuk kata pendeklah tak puaslah😥  Sis tahulah nak buat macam mana, just keep reading boleh tak?

Kalau sis boleh sabar korang kecam sis sbb buat Danish mati, kenapa suruh sabar sikit untuk kemunculan Danish pun korang tak boleh buat? 😥

Lepas tu nak cakap sis mengada. Siapa suruh buat watak Danish mati. Storyline ni mmg sis dh pikir sblom KVSA yg lame hilang lagi.

Tolonglah ya😞

••••••••••••••••••••

Pantulan dirinya di cermin dilihat. Puas hati dengan penampilan dirinya, dia ambil sebotol minyak wangi lalu disembur ke tubuh dan pergelangan tangannya. Kemudian, cermin mata biasa yang tiada power dipakai.

Hari ini, dia ubah penampilannya. Begitu juga hari seterusnya sehingga dia ada kekuatan untuk muncul di hadapan Shanina sebagai Zafirul Ilham.

Harap bila tukar penampilan, Nina tidak akan perasan.

Zafirul ambil blazer hitamnya dan keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur. Suara orang sedang berbual semakin jelas sebaik saja sampai di meja makan.

" Morning ". Zafirul menarik kerusi bertentangan adik perempuannya.

" Apa? ". Soal Zafirul apabila kedua - dua adiknya memandangnya tanpa berkelip.

" Abang ada terhantuk dekat mana - mana ke semalam? ". Soal Zira.

" Kenapa tanya macam tu? ". Soalnya balik dengan tawa kecil.

" Tak adalah. Abang nampak.. lain hari ni. Kenapa.. tiba - tiba tukar imej? ". Soal Zafieq pula.

" Tak boleh ke? Sekali sekala ".

" Ayah.. tak pelik ke dengan abang ni? ". Soal Zira pada ayahnya.

Encik Izkandar memandang penampilan Zafirul dengan senyuman.

" Pelik tu memanglah pelik. Tapi ayah rasa... abang Zira tu dah bersedia nak cari isteri. Itu yang dia tukar penampilan ". Kata Encik Izkandar dan menghirup airnya.

" Apa ayah ni.. ".

" Isteri? Siapa nak cari isteri? ". Puan Hana muncul bersama pinggan dengan beberapa keping roti bakar.

Zira menunding pada Zafirul.

" Eloklah tu. Cepat sikit cari menantu untuk ibu. Cepat jugalah ibu dapat timang cucu ". Bebel Puan Hana.

" Tapi.. abang kan nak kak Nina je. Mana dia pandang perempuan lain ". Ujar Zafieq.

Puan Hana memandang Zafirul.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now