KC | 36

22.5K 1.9K 1.1K
                                    

Promote

The Royal School
nrhdyh6

Cover Shop ALLIZZ [open]
_aaizzz_

Jemput baca dan request cover book 😋

Dear My Hantu,
This chapter is for you ❤

••••••••••••••••••••
[ Media : Donny As Haziff Putera ]

Farisha berjalan di luar rumah. Dia sedikit janggal berada di rumah Haziff dengan kehadiran ramai tetamu untuk kenduri kesyukuran dan tahlil untuk arwah ayahnya. Dia pula seorang saja.

Haziff entah ke mana.

Farisha ambil keputusan untuk makan dulu. Perutnya sudah berkeroncong sedari tadi. Dia berjalan menuju ke khemah yang disediakan untuk tetamu duduk makan di situ.

Jalannya tiba - tiba dihalang oleh beberapa orang gadis. Semua cantik dan.. seksi. Dah tak ada pakaian sopan lainkah untuk dipakai di majlis sebegini?

Ke.. bimbo sesat nak tanya aku mana parti liar dekat kawasan perumahan ni? Bisik Farisha sekali gus menyindir.

" I nampak you rapat sangat dengan Haziff ". Kata salah seorang dari mereka.

Haa.. sudah! Awek Haziff ke? Farisha telan air liur. Tapi rasanya Haziff tak ada teman wanita apatah lagi yang spesies kain tak cukup ni.

" Kalau rapat pun apa masalah you? ". Jawab Farisha lalu menyilang tangan. Perempuan kerek macam mereka ni tak boleh bagi muka.

" Tak ada apa - apa masalah tapi.. sanggup pula you ada kawan nerd macam dia ". Perempuan itu memandangnya jijik.

" Tak salah pun kalau berkawan atau bercinta dengan orang yang macam Haziff. Yang salah bila you memperlekehkan dia dan anggap dia tak layak nak berkawan dengan you yang cantik ni. Rambut beralun, ada warna ungu sikit. Subang besar, rantai berutas - utas, gelang.. dah macam pokok krismas ". Farisha gelak kecil.

Gadis itu mencerlung ke arahnya. Baru saja buka mulut untuk menghambur, ada lelaki menyapa.

" Nita, awak buat dekat sini? ". Haziff muncul di sebelah Farisha.

" Mama I suruh datang sekali, I datanglah. Kalau tak dia membebel ". Kata perempuan dengan nama Nita.

" Tapi, awak tak boleh pakai macam ni. Tak sopan, ". Haziff menegur.

" Whatever ".

" Awak kenal dia? ". Soal Farisha dan Haziff mengangguk.

" Oh, let me guess. Mesti ni perempuan yang hina you depan orang ramai sebab you nerd? ". Farisha meneka tapi tiada maklum balas daripada Haziff.

" Tahniah. Tak sangka lelaki nerd macam you pun ada orang berkenan ". Ujar Nita dengan senyuman sinis memandang Farisha.

Farisha hanya mampu tahan dirinya daripada menampar pipi mulus Nita. Kalau tak, memang habis tertanggal solekkan minah ni. Mulut tu tak boleh ke kalau tidak menyakiti hati orang walaupun satu minit?

" I suka dia bukan kerana rupa tapi hati dan budi pekerti. You know what Nita, awak sangat rugi kerana melepaskan lelaki baik seperti Haziff dan cari lelaki ada rupa setaraf you sedangkan perangai mereka zero.. ". Balas Farisha geram.

" Macam youlah.  Nampak macam ada akal tapi sebenarnya tak ada. Jangan kata akal, sivik,  adab dengan akhlak pun entah ke mana ". Tambah Farisha lagi.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now