The Girl He Hate Before

22.5K 635 41
                                    

[ Before ]

Cerita ini telah ditulis oleh saya bermula pada bulan Julai 2017 dan berakhir pada bulan Dec juga tahun 2017.

Untuk pengetahuan awal, cerita ini terus kekal di sini tanpa sebarang editan.

Saya telah mengenalpasti kini bahawa cerita ini sangat teruk, klise, tidak mengikuti perkembangan semasa, serta terdapat banyak kesilapan dalam meletak latar-latar yang sepatutnya.

Ditekankan dan diyakinkan bahawa cerita ini tidak akan diedit lagi sampai bila-bila!

Jadi, kalau nak baca- baca. Kalau tak nak- tak nak lah. Saya tak paksa apa-apa.

Oleh itu, sekiranya tidak mampu menerima segala kekurangan ini anda digalakkan agar tidak membaca saja cerita ini kerana akan membawa penyakit hati yang lebih sukar diubati.

Bayangkan saja seorang budak lelaki berumur 15 tahun yang menulis cerita ini semasa dia masih lagi kekurangan sebarang idea yang mantap dan juga tidak melakukan apa-apa research yang sepatutnya.

Maka, terhasillah cerita ini yang bagaimana dibuat pada mulanya begitulah sehingga kini tanpa ada sebarang perubahan.

Penuh dengan drama yang tidak syok dan tidak best. Urm.


[ Sinopsis ]

Previous : Bad Boy With The Nerd

⏪⚫⏩

Apa perasaan kau apabila dengan tiba tiba terpaksa berpindah sekolah ke pedalaman? Lepas tu kena berlagak nerd pula untuk menutup sikap kau yang sebenar?

Namun, perbuatan itu hanya membawa kepada satu perkenalan dengan musuh abadi yang kurang abadi. Musuh yang sangat membenci kau.

Apa nak jadi, jadilah! Kini, musuh kau tu tinggal serumah pula dengan kau. Ya, tinggal sebumbung. Kerana apa? Hanya kerana keluarganya habis bankrupt.

Apa yang akan terjadi apabila musuh dengan musuh tinggal serumah? Pastilah tidak aman, bukan? Tetapi yang pasti kau akan membalas dendam dengan musuh kau itu, bukan?

Tambahan lagi kau seorang gangster di luar sana, yang orang kampung kenali kau hanyalah sebagai seorang perempuan nerd yang berkaca mata besar.

Apa akan terjadi? Jatuh cintan sudah semestinya, alah cerita klise en :3

⏪⚫⏩

p/s: entahlah nak, jalan ceritanya sangat noob dengan gaya penceritaan yang kurang baik serta tidak menarik. kah!

▬▬▬▬▬

Highest ranking:
#30 in teenfiction(06/11/17)
#4 in action(25/11/2107)
#1 in adventure(11/12/2017)

[[PEMENANG BESTIES 2017 DALAM KATEGORI THE NEWBIES]] Thanks to all supporters♡

Started : Last August 2017
Ended : 12/11/2017


[ Accomplishment ]

Walaupun cerita ini berada di tahap yang paling rendah tetapi cerita ini telah memenangi besties2017 dalam kategori the newbies, hiks terharu jap.

Apapun,ini adalah satu penghargaan yang cukup besar buat buku pertama saya yang bukan pertama ini.

Sekians.

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now