Bab 12

6.2K 312 39
                                    

Qing menjadi tak tenang.Hatinya rasa serba salah yang tidak menentu.Gelisah pula dia jadinya.Entah kenapa?

Satu saja yang asyik terbayang di fikirannya.AYINA!Ayina,Ayina,kau tak penat ke?Kenapa kau asyik berlegar legar dalam fikiranku?Ni pickupline ke apa ni?Tapi,serius fikirannya asyik terbayang akan Ayina.

Terawang awang kembali wajah lemah Ayina dengan dahi yang berdarah dalam kotak fikirannya.Semuanya gara gara dia.Arghh!Yang dia rasa serba salah ni,kenapa?Yalah,dia yang telah menyebabkan Ayina jadi begitu.

Qing mengeluh lagi.Zaim yang sedang memandang anaknya sejak tadi menjadi pelik.Kenapa pula dengan anak aku ni,tak kan dia stress sangat pasal masalah syarikat aku.Adoii,kalau tak bagitau dia pun susah juga.

"Qing,kenapa macam stress ni.Janganlah fikirkan sangat pasal masalah syarikat papa tu." Tegur Zaim kepada anaknya itu.Mereka sedang bersantai di ruang tamu pada petang itu.

"Eh,takdelah pa." Ucap Qing.

"Habis tu dari tadi mengeluh,kenapa?" Soal Zaim.

"Erm,ada masalah sikit kat sekolah pa." Jawab Qing ragu ragu.Dia tidak mahu memberitahu papanya hal yang sebenar.Nanti apa pula kata papa kalau tahu dia membuli di sekolah.

"Masalah?Cuba cerita kat papa sikit." Zaim cuba mengorek rahsia anaknya itu.

"Err,takdelah pa.Qing nak masuk bilik dulu,nak buat kerja sekolah.Ok bye!" Qing terus berlalu dari situ sebelum papanya bertanya apa apa lagi.

Zaim hanya mampu menggeleng gelengkan kepalanya.Qing ni makin besar,makin suka berahsia.Macam mendiang mamanya dulu.Mila,saya rindu kat awak sangat.Dah 16 tahun awak tinggalkan saya dengan Qing.Bisik Zaim sayu.

☆ ☆ ☆

Ayina yang sedang tidur terlentang di atas katilnya,termenung jauh.Tangannya mengusap dahinya yang berbalut.Luka itu asyik mengingatkannya kepada Qing.Ingat sebab rindu,maaflah.Mestilah dia benci.

Teringat dia semasa papa mengambilnya di sekolah tadi.

"Yina,kenapa dengan dahi kau?" Soal Grenny kepada anaknya.Dia cuba menyentuh dahi Ayina yang berbalut tetapi anaknya mengelak.

"Takde apa apalah pa." Kata Ayina dan terus masuk ke dalam kereta papanya.Dia tak akan beritahu papanya hal yang sebenar.Dia kenal dengan perangai papanya itu.Kalau diberitu hal yang sebenar,pasti papanya akan menyerang Qing.Dia tidak mahu melibatkan papanya dalam urusannya.

"Kalau takde apa apa,kenapa dahi Yina berbalut?" Grenny cuba mendesak anaknya itu.

"Luka sikit saja,pa.Ayina terhantuk di dinding kat sekolah tadi." Huh,walaupun dinding kayu je.Penangan Qing memang kuat.

"Macam mana pula boleh terhantuk ni?" Soal Grenny lagi tidak puas hati.

"Yina tersadunglah,terus terhantuk di dinding." Jawap Ayina selamba.Dia kuatlah.Setakat luka di dahi,takde hal punya.Banyaklah takde hal kau sana.Kalau mati,baru kau ada hal ke?Erk.

Grenny hanya mengeluh perlahan,dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh anaknya itu.Minggu lalu pun tiba tiba Ayina balik dalam keadaan yang banyak lumpur di badan.Apa hal tu?Tak kan Ayina yang main lumpur pula.

Sampai di rumah,mama Ayina lagi yang menyiasat itu dan ini.

"Takde apa apalah,ma.Jangan risau." Kata Ayina kepada mamanya itu.

"Apa pula tak risaunya,Yina.Anak aku ni cedera,cuba cakap mama mana yang tak risau.Dah bagitau mama dengan papa perkara yang sebenarnya.Jangan nak sembunyi apa apa." Kata mamanya.

"Eii,Yina dah cakap yang Yina tersadung terus terhantuk di dinding." Ayina cuba mengawal perasaannya.

"Yina kena buli kat sekolah ke?" Akhirnya timbul soalan yang buat Ayina tak tenang itu.

"Tak adalah,ma.Yina nak masuk bilik dulu.Sekali lagi mama dengan papa tanya pasal ni,Ayina tak nak makan hari ni." Ugut Ayina dan terus berlalu dari situ.

Sampai di dalam bilik,Ayina meletakkan begnya ke atas lantai dengan kasar.

"Eii,semua ni gara gara Qing.Tak guna kau Qing,susahkan hidup aku je kau tahu.Arghh!!" Marah Ayina dan terus baring ke atas katil sehingga matanya terlelap.

Ayina mengeluh lagi.Pantas dia bangun dan mahu bergerak mandi.Cuba melupakan semua perkara yang menyakitkan hatinya itu.

☆ ☆ ☆

Exam!Exam!Exam!

Semua sibuk mengulang kaji.Kelas 4 Alfa yang biasanya selalu macam pasar ikan itu kini menjadi senyap juga apabila waktu exam.

"Ayina,kau dah sedia ke?" Soal Kim di sebelah Ayina.Ayina berpaling ke arah Kim dengan wajah yang bersemangat.

"Dah!" Ucap Ayina yakin.

"Eh,yakinnya dia." Usik Kim sambil tersenyum senget.

"Eh,mestilah." Kata Ayina sebelum tergelak kecil.

"Oii!Ayina,Kim!Korang boleh diam tak!Orang lain nak study pun tak tenang.Tahulah korang dah boleh dapat straight A." Jerit Qing tiba tiba dalam nada menyindir.

Ayina dan Kim terdiam,mereka memandang ke arah Qing tanpa perasaan.Sibuklah monyet seekor ni.Rasa rasanya tadi kami taklah bising sangat berbual,hanya berbisik bisik sahaja.Rungut Ayina dalam hati.

Terus semua mengalihkan fokus kepada Qing.Terganggulah sikit,tiba tiba menjerit tak puas hati.Kelas 4 Alfa pun dah macam nak roboh dengar suara Qing.

"Sibuklah." Rungut Ayina tanpa sedar.Apabila tersedar terus dia menekup mulutnya.

"Apa kau cakap?" Soal Qing,wajahnya sudah bertukar merah.Angin sudah datang menerpa ke tubuhnya.

"Eh,aku cakap tadi sorry!" Kata Ayina sambil tersengih sengih.

"Ouh,sorry ya.Tunggu kau." Ucap Qing.Semua sudah menggelabah apabila Qing mendekati Ayina bersama botol airnya yang masih berisi separuh air.

"Nah,sorry kau!" Zushh!Qing terus menyiram kepala Ayina,habis air minumnya yang tinggal separuh itu.Ayina menutup matanya,habis basah kepalanya dan menitis di atas bahunya air itu.

"Woii,Qing!Teruklah kau ni." Jerit seorang pelajar perempuan.Sandra mendekati Ayina dan menyerahkan tisu kepada Ayina.

"Thanks." Ucap Ayina dan mengukirkan senyuman paksa.Sandra hanya membalas senyuman Ayina itu.

"Dah,pergi kau duduk tempat kau Qing.Kau ni tak kacau Ayina sehari memang tak boleh ke?" Marah Sandra,dia menolak tubuh Qing agar berlalu dari situ.

"Suka hati akulah nak buat apa dekat perempuan nerd ni!" Ucap Qing dan terus berlalu dari situ.Semua hanya mampu beristigfar(macam mana nak eja ye?)dengan perangai Qing yang semakin menjadi jadi itu.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now