Special Chapter___#2

5.1K 151 7
                                    

Bab 47.

Ayina teresak esak di tepi sebuah kubur,hatinya pilu.Ya Tuhan,kenapa engkau mengambil dia secepat ini?Hati Ayina merintih.

"Ayina,dah sayang jangan menangis lagi.Jom balik rumah sekarang.Semua yang hidup akan kembali kepadaNYA semula.Kita hanya perlu meredhakannya." Sharon memujuk anaknya yang sedang bersedih itu.

Grenny di sebelah mereka termenung jauh,matanya juga merah seperti menahan tangis.Masing masing dengan kesedihan yang membuak buak di dada.

"Kenapa secepat ini dia kena ambil?Yina macam tak percaya,ma." Ujar Ayina dalam nada tersekat akibat menangis.

"Dah ketentuan DIA,Yina.Kita tak boleh buat apa lagi.Kita hanya mampu berdoa agar dia ditempatkan di kalangan orang yang baik baik." Sharon mengusap kepala Ayina perlahan.

Ayina terdiam,mengkhatam kata kata papanya dalam fikirannya.Air matanya dikesat perlahan.

Orang lain yang mengiringi pemergian seorang insan yang tidak akan kembali lagi itu,mula beransur pulang.Tanah perkuburan itu sepi.Syadu.Awan hitam mula berarak di kaki langit menandakan hujan akan turun pada bila bila masa saja.

"Dah,jom balik." Ajak Sharon lagi,kali ini Ayina hanya menurut.Mereka melangkah meninggalkan tanah perkuburan yang mula ditimpahi rintikan hujan.

Masa hendak masuk ke dalam kereta,mereka memandang ke arah kubur yang masih merah itu sekali lagi.Air mata seperti bertakung semula di tubir mata masing masing,menunggu masa untuk pecah.

Akhirnya,mereka meninggalkan tapak itu yang pasti boleh menggugurkan air mata yang jernih.Hati masing masing dirasakan cukup kelam.

Perlahan lahan,kereta yang mereka naiki bergerak perlahan meninggalkan tapak perkuburan itu.

☆ ☆ ☆

Beberapa bulan kemudian...

"Abang..." Ayina memeluk leher Qing,erat.Qing yang masih baring di atas katil hanya diam.

"Abang,makanlah.Janganlah macam ni." Pujuk Ayina lagi.Iya,pemergian papa Zaim cukup meninggalkan kesan yang amat dalam di hati mereka.Rupa rupanya,selama ini papa Zaim menghidap barah otak.Patutlah papa Zaim selalu sakit kepala.Semua itu dirahsiakan daripada pengetahuan Ayina dan Qing.

Tujuan papa,mama dan papa Zaim selalu ke bandar dulu masa mereka tingkatan 5 pun untuk mengubati penyakit papa Zaim.Lima tahun mereka berpisah juga,papa Zaim makin teruk.Tapi,pada pandangan Ayina dan Qing papa Zaim sihat seperti biasa.

Namun,kuasa Tuhan tiada siapa yang sangka.Beberapa bulan selepas Ayina dan Qing khawin,papa Zaim pula yang meninggal dunia.Qing hancur ketika itu,sehingga dia tidak mahu ikut masa perkuburan papa Zaim.

Terlalu banyak dugaan yang Qing hadapi.Mula mula dia kehilangan mamanya,kemudian papanya.Sekarang dia sudah jadi anak yatim piatu.

Memikirkan semua itu,Ayina tiba tiba menangis.Terlalu berat dugaan yang suaminya itu hadapi.Pasti,Qing rapuh!

"Abang,saya faham perasaan abang.Tapi,saya mohon tolong jangan rapuh sangat.Saya tak sanggup tengok abang macam ni.Saya sayang abang.So,please be strong for me...For yourself.Abang kuat,saya yakin itu.Jangan buat mama,papa abang sedih tengok keadaan abang macam ni!" Dalam tangis,Ayina berkata tegas.

Qing mengeluh perlahan,air matanya dibiarkan mengalir.Dia seperti tidak dapat terima dengan kehilangan papanya.Orang yang selalu menjadi penolongnya selama ini.Kenapa?Kenapa Tuhan mengambil kedua dua sayapnya tanpa belas kasihan?Dia tak sanggup.Perit!

BAD GIRL IN GLASSES Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ