Bab 16

6K 269 11
                                    

Love is not blind,the people that want to be a blind🍭

×××××

"Yina,lepas ni mama,papa ngan uncle Zaim nak jalan." Kata Sharon semasa sarapan mereka pada hujung minggu itu.Ayina terhenti makan sekejap,begitu juga dengan Qing.Bermakna,mereka akan ditinggalkan berdua.

"Korang nak pergi mana,ma?" Soal Ayina.

"Erm,kami ada urusan nak diselesaikan.Yina dengan Qing baik kaik kat rumah ya.Jangan nak macam macam pula!" Ucap Sharon dalam maksud tersiratnya.

Tersedak air liur Ayina dibuatnya."Erk,apa mama cakap ni?Oklah,kami akan baik baik kat rumah.Ni,kenapa tak bawa Qing sekali."Sibuk je aku tengok dia kat sini,huh.Sambung Ayina dalam hati.Kalau luahkan,susah nanti.

"Kami mungkin balik lewat,Yina.So,kalau Qing ada.Bolehlah dia teman temankan Ayina.

Ek eleh,macamlah aku tak boleh jaga diri.Mama ni..Ohh,yes!!Rungut Ayina dalam hati dan tiba tiba dia mendapat satu idea.Hatinya sudah tersengih sengih.

"Hmm,oklah ma." Akhirnya hanya itu yang dijawab oleh Ayina,dan mereka pun meneruskan suapan ke dalam mulut masing masing.

Selepas sarapan,Sharon,Grenny dan Zaim bersiap siap untuk jalan.Mereka seperti mahu pergi ke syarikat papa Ayina.

"Yina,baik baik tau dengan Qing.Korang jaga diri ya.Qing kalau Yina nakal sangat,marahkan aje dia tu." Pesan Sharon sebelum mereka masuk ke dalam kereta.

"Yelah,ma." Balas Ayina bosan sambil memutarkan bebola matanya ke atas.Qing nak marah aku,jangan harap.Kalau dulu,bolehlah.

"Baik auntie." Balas Qing pula.

Dan kereta yang dipandu oleh Grenny pun mula bergerak meninggalkan kawasan rumah itu.

Ayina dan Qing menjadi senyap di depan pintu rumah.Qing berpaling ke arah Ayina.Dari tepi dia dapat melihat sisi Ayina,Ayina memang cukup cantik dengan wajahnya yang putih bersih.Tambah lagi kalau dia tak memakai cermin mata.Tak adalah nerd sangat.

"Ay..." Kata kata Qing dipintas.

"Apa kau tengok tengok?!" Soal Ayina kasar.Terkejut Qing apabila disergah begitu,entah kenapa sejak kebelakangan ini dia menjadi takut kepada Ayina.Takut kerana apa?Takut dengan perasaannya sendiri yang sudah mula sukakan Ayina.Suka?Ya,mungkin baru suka kerana mereka sudah tinggal serumah.

"Kau tak payah nak pandang aku macam tu!Apa?Kau ingat aku takut?Dulu,bolehlah kau buli aku.Tapi,sekarang...." Ayina tersenyum sinis.Terus Ayina berlalu dari situ dan melanggar bahu Qing kuat.Qing terundur ke belakang.Nasib tidak jatuh di tangga.

"Ayina,wait..." Ucap Qing dan sempat menyambar lengan Ayina daripada pergi.

"Don't touch me,s**t!!" Marah Ayina,serentak dengan itu dia memulas tangan Qing sehingga Qing mengaduh kesakitan.

"Auch.." Aduh Qing,tapi dia tidak berniat untuk melawan.Dia sudah berjanji,sekarang adalah misinya untuk berbaik dengan Ayina.NO MORE ENEMY!Dia mahu meminta maaf dengan Ayina,biarlah apa yang Ayina akan buat padanya.Dia tidak kesah.Dia sudah sedar,selama ini dia sudah over berkasar dengan Ayina.Dia kejam!

"Ayina,aku..." Ucap Qing perlahan.

"Kau dengar sini ye,Qing.Selama ini,aku dah kumpul kemarahan aku kat kau.Terlalu banyak dan sangat banyak!Ia bukan mudah untuk aku memaafkan kau.Bagi aku,kau tetap Qing yang dulu.Kau tak berubah,cuma aku yang akan berubah!!" Hambur Ayina.

"Oh ya,kau tunggu kat sini.Hari ni aku ada kerja untuk kau." Kata Ayina lagi lantas meninggalkan Qing yang masih terkelu.Ayina masuk ke dalam biliknya,mengambil sehelai kertas dan sebatang pen.Lalu menulis sesuatu di atas kertas itu.

Tidak lama kemudian,dia kembali kepada Qing.Qing masih menanti dengan setia.

"Nah,kau baca ni.Kau buat semua kerja ni." Ayina menyerahkan helaian kertas itu kepada Qing,Qing hanya menurut dan membaca kandungan surat itu.

Kerja yang kau wajib buat kat rumah pada hari ini!

1.Cuci piring.
2.Kemaskan dan bersihkan dapur.
3.Sapu rumah dan mop.
4.Buang sampah.
5.Bersihkan jendela dan,
6.Masak untuk aku!

Qing hanya memandang kosong ke arah tulisan tulisan itu.Yang pertama mana dia pandai,selama ini pembantu rumah mereka yang buat kerja tu.Dia hanya tau makan.

Yang kedua sampai kelima pula dia tidak pernah buat,tapi dia tahu sikit sikitlah.Yang terakhir,terbuntang mata dia melihatnya.Please lan,ingat dia pandai masak ke?Pegang kuali pun mana pernah.

"Aku boleh aje Ayina,tapi aku tak pandai masak." Ujar Qing.

Ayina tersenyum sinis.Hei,dia bukan pemalas nak buat semua tu tapi ini pembalasan yang belum seberapa buat Qing.Biar dia tak tenang hidup di rumah pada hari ini.Ayina sudah tergelak jahat dalam hati.

"Saya tak mau tahu.Yang penting kau buat semua kerja tu." Kata Ayina selamba dan terus berlalu dari situ.Qing termangu mangu.

☆ ☆ ☆

Pada hari itu juga,kebetulan Kim dan Akim telah melawat Ayina.

"Hai,Ayina.Sejak bila korang ada maid prince ya?" Soal Kim dalam nada menyindir.Qing yang sedang menghidangkan minuman kepada mereka menjadi panas hati.Ini semua gara gara Ayina lah ni!Paksa dia hantar minuman di depan Kim dengan Akim.Malu gila!

"Mulut kau boleh diam,tak?" Kata Qing keras.Dia memandang tajam ke arah Kim.

"Yelah,Ayina.Tak sangka pula maid korang ni lain sikit." Kata Akim pula,sengaja menambah bara di hati Qing.

"Woi,diamlah!!" Jerit Qing dan terus mencekak kolar baju Akim.Dia sudah betul betul panas hati.

"Qing." Ucap Ayina tenang,sengaja mahu mengingatkan Qing.Qing melepaskan kolar Akim dalam keadaan yang masih membara.Sakit hatinya,kurang asam punya Ayina!Arghh,Ayina memang sengaja mahu membalas dendam dengannya.

Tanpa berlengah lagi,Qing terus berlalu dari situ.Kalau boleh mahu saja dia menyiram Akim dan Kim tu dengan milo panas yang baru dibuatnya.Tapi dia kena sabarkan hatinya kalau dia mahu meminta maaf dengan Ayina.Tiba tiba dia mengukir senyuman,hatinya beransur reda apabila mengingatkan yang Akim dan Kim akan terbalas sebentar lagi.

Pufss!!

Akim dan Kim menyembur sama milo yang baru mereka teguk itu.

"Eii,masin gila.Ni Qing letak gula ke garam,uh!" Rungut Kim.

"Gila tak masin,saya rasa habis satu plastik Qing letak milo ni dengan garam.Uwek..." Kim menggeliat kemasinan.

Ayina yang tidak minum menjadi terpinga pinga sebelum memahaminya.Lantas dia bangkit.

"Korang tunggu sini,eh." Kata Ayina dan terus mencari Qing.

"Woii,yang kau letak garam tu apahal.Kau dah buta ke apa ni?Ke kau memang sengaja,hah?!" Marah Ayina sambil mencekak kolar Qing.Suaranya ditahan,takut nanti Kim dan Akim mendengarnya.Cukuplah Qing saja yang mengetahui perangai sebenarnya.

"Aku tak tau." Balas Qing selamba.

"Huh!!" Ayina mendengus kasar,hatinya cuba disabarkan sebaik mungkin sebelum meninggalkan Qing di situ.Kalau tidak,mahu penyek Qing dia kerjakan.

###

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now