Special Chapter___#1

5K 130 6
                                    

Bab 46.

"Abang..." Panggil Ayina apabila melihat Qing membuka mata,bukan main gembira dia ketika itu.Setelah beberapa hari Qing tidak sedarkan diri,akhirnya dia membuka mata semula.

Namun,Ayina menimbang dua tiga kali panggilannya tadi.Tidak gedik sangat ke?

"Eh,awak...Syukurlah,kau dah bangun." Ayina menyembunyikan rasa terujanya dulu.Takut nanti tidak terkawal pula dia mahu memeluk Qing nanti.

"Sa...Yang..." Ucap Qing tersekat,pasti tekaknya sungguh perit.Ayina mengambil cawan air untuk memberi Qing minum.Sambil matanya sempat mengerling jam di tangan.Sekejap lagi dia mahu melawat pesakit yang seterusnya pula.

"Apa..Yina...Panggil...Saya...Tadi..?" Walaupun perit,Qing memaksa tekaknya untuk mengeluarkan suara.Rindunya dia pada gadis ini usah dicakap.Melimpah limpah hingga ke tulang rusuk.

"Dahlah,kau jangan banyak cakap sangat.Syukurlah kau masih ingat saya.Haha.." Ayina cuba menutup rasa pilu di hati dengan tergelak yang dibuat buat.Kedengaran sungguh janggal.

"Sayang ingat cerita cinta kita klise ke sampai saya kena amnesia bagai." Qing tergelak dalam payah,Ayina tersenyum dalam diam.

"Of course saya akan selalu ingat Ayina walau apa pun yang terjadi." Sambung Qing lagi,Ayina terharu kejap.Janganlah sweet sangat sekarang,Qing oi.Patah tulang kau aku peluk nanti.Kata Ayina dalam hati.

"Yelah tu..Lepas kau sembuh ni,banyak perkara yang saya nak tanya kat kau.Dan banyak hal yang saya nak kongsi dengan kau.Jap eh,saya panggil mama,papa dan papa Zaim dulu.Diorang tunggu kat luar tu,saya nak bertugas lagi lepas ni." Ucap Ayina.

"Take care,sayang.." Ayina melemparkan senyuman yang paling manis buat Qing.Sakit sakit pun masih sempat nak nasihatkan orang.Sayang Qing.

Qing hanya mampu melihat tubuh gadis yang teringin sangat dia nak peluk itu.Rindunya masih belum terubat.Nak saja dia terkam Ayina kalau bukan sebab keadaan dia sekarang.

Ayina melangkah ke ruang menunggu dan memberitahu keluarganya yang Qing sudah sedar.Maka,tiga orang tua itu terus meminta izin untuk melawat Qing.Ayina hanya membenarkan dan meneruskan tugasan seterusnya.Berat hati dia mahu meninggalkan Qing walau sekejap,tapi apa boleh buat.

Get well soon dear future hubby..

☆ ☆ ☆

Dulu,Ayina yang dibawa pulang dalam keadaan sakit.Kini,Qing pula yang berganti.Eh,ada jodoh yang kuat di situ.Ok,jangan merepek.

Ayina dan Qing akan tinggal di rumah keluarga Ayina di bandar.Manakala,ibu bapa mereka akan pulang ke kampung.Sehingga pada majlis perkhawinan Qing dan Ayina nanti,majlis itu akan diadakan pada bulan depan.

Masa sakit sakit ni,Qing punya manja mengalahkan anak kecil.Ayina pun hanya melayan.Lagipun pada waktu malam saja Ayina ada di rumah,siangnya dia bekerja.

Malam itu,Ayina balik ke rumah seperti biasa.Bukan mereka berdua saja di rumah itu.Ada beberapa orang pembantu rumah dan guard di rumah itu.

"Qing,kau dah makan ke?" Soal Ayina kepada Qing yang sedang elok menonton televisyen di ruang tamu.Qing memang akan selalu menunggu kepulangan Ayina pada waktu malam.Kesihatannya pun sudah bertambah baik dan dia sudah boleh berjalan.

Alah,macam dah khawin pula Ayina dengan Qing.Baik tak payah lagi lah majlis perkhawinan tu.Eh,eh,budak ni.Jadi diorang nak buat anak macam mana?Buat secara haram ke?Maaf,terbiru laut pula otak ni.

"Dah.." Jawab Qing sambil mata tidak lari daripada kaca televisyen.Entah apa apalah yang syok sangat dia tengok tu.

"Heh,dah besar panjang pun masih tengok kartun ke?" Ejek Ayina saat mengenalpasti apa yang Qing sedang tengok itu.

"Alah,ingat berdosa ke kalau orang tengok." Qing mencebikkan bibirnya,seperti merajuk.Eleh,mengada.

"Hehe,gurau je lah.Itu pun kau nak sentap,apahal?" Ayina hanya tersengih.Qing tidak menjawab,nampak sangat dia merajuk.

"Hei,Qing janganlah merajuk.Nanti cepat tua.Saya tak nak khawin dengan kau nanti baru tau." Ayina tidak henti henti mau mengusik perasaan Qing.Comel pula dia tengok Qing merajuk.

"Alright.." Satu patah perkataan saja yang Qing sebut lantas mencapai remote control dan menutup televisyen.Tanpa kata,Qing terus memusingkan badan dan berlalu mahu naik ke biliknya.

"Eh,Qing!Janganlah marah,saya gurau je." Ayina mencapai tangan Qing.Jantung sudah berdegub laju,pertama kali dia menyentuh Qing dulu.Pantas dia melepaskan tangan Qing.Qing hanya memandang tanpa sebarang reaksi.

"Abang..." Akhirnya Ayina mencuba cara itu untuk memujuk Qing.Qing menahan senyum dalam diam.Geli pula hati dia melihat Ayina macam tu.Macam liat sangat nak panggil dia 'abang'.

"Abang,janganlah merajuk.Saya gurau je tadi.." Ucap Ayina.

"HAHAHA!" Qing melepaskan gelaknya kuat,Ayina sudah cemberut.

"Lucu pula Yina ni,comel." Qing mencubit pipi Ayina perlahan.Lalu Qing kembali duduk di atas sofa dan menghidupkan televisyen semula.Ayina tercengang,macam tu je.

"Er,kau dah tak merajuk kan." Soal Ayina meminta kepastian daripada Qing.

"Masih lagi!"

"Hah?!"

"Kecuali kalau sayang urut belakang saya dulu,hehehe..." Qing sudah memandang gatal ke arah Ayina.

"Eleh,orang yang baru balik dari kerja tak pula dia urut.Dia pula yang minta urut padahal duduk kat rumah je sepanjang hari."

"Yina minta urut ke?" Qing mengangkat sebelah kening ke arah Ayina.Sebelah kaki Ayina terasa lemah dan hampir Ayina terjelopok di atas lantai akibat terpesona.Ok,itu over.

"Takpelah.." Ucap Ayina dan terus berlalu dari situ naik ke biliknya.

Pejam,celik,pejam,celik,maka hari yang ditunggu tunggu akhirnya tiba dimana Qing akan disatukan dengan Ayina.

Syukur,majlis berjalan dengan lancar dan penuh meriah.Oh ya,majlis itu dijalankan di kampung dan di bandar.Beberapa hari jugalah raja sehari itu menahan lelah dengan majlis mereka yang penuh berharga itu.Walaupun penat,namun hati berbunga bahagia.

Akhirnya,hati yang terpisah selama 5 tahun kini bersatu penuh rasa bahagia.Terima kasih ya Tuhan!

Tahniah weh,semoga dapat anak secepat mungkin dan sangat ramai.Ok,gurau jew.

_____

K,guys jangan sedih sedih lagi.Nah,muah😘😘😘😂Kena kecam ni gantung,HAHAH.Thanks guys..

Oleh kerana author sayang readers sekalian,maka saya akan membuat satu part lagi untuk special chapter.Thank you for reading,have fun dan jangan baca dengan muka ketat ketat.Lafyu'ol🌸

BAD GIRL IN GLASSES Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt