Bab 42

3.6K 123 0
                                    

"Ayina...Look,i'm sorry ok." Ucap Qing perlahan,Ayina terdiam.Sebenarnya baru dia mahu membuka mulut mahu meminta maaf dengan Qing dulu.Biarlah dia yang merendahkan egonya,tapi Qing sudah memohon kemaafan dulu.

"Saya tahu saya sudah berkasar dengan Yina,maafkan saya." Sambung Qing lagi.Ayina memandang ke arah Qing lalu mengukir senyum kecil.

"Maafkan saya juga,Qing.Saya tau hati kau pasti sakit,kan?Inilah saya,Qing.Yang banyak kekurangan,tak sempurna untuk kau." Ayina bersuara.

"Tak,saya yang banyak kekurangan.Ayina sudah cukup sempurna buat saya." Ayina kelu bibir untuk bersuara.

"Macam ni lah,saya ikut cakap Ayina.Kita jadi kawan je..." Berat bibir Qing mahu meluahkan itu,sakit dadanya.

"Erm,maafkan saya Qing...Kita lupakan je lah pasal tu." Ayina jadi serba salah pula.

"Tak apa,saya terima juga.Kalau kita jodoh,memang tak akan ke mana.Yeah,ayat cliche." Ayina tergelak kecil.Namun jauh di sudut hati,dia rasa menyesal sebab buat hubungan dia dengan Qing jadi macam ni.

"Kenapa gelak?" Soal Qing sambil memandang Ayina pelik.

"Takde,apa apa.Cuma lucu je bila kau sebut ayat tadi," entah Ayina sendiri pun tidak tahu dimana lucunya ayat itu.Mungkin,dia cuba menutup rasa hatinya yang sebenar.Yang sebenarnya kecewa.Siapa suruh bercakap tak fikir dulu,Ayina oi.Bukan salah sesiapa.

"Hmm.." Ayina dapat menangkap wajah sugul Qing di situ.Ayina seperti mahu menjerit,memberitahu Qing yang dia mahu hubungan mereka dikekalkan.Tapi,dia malu.

"I love you,Ayina..." Ucap Qing tiba tiba.

"I love you too,Qing." Balas Ayina,cukup perlahan.Sehingga Qing hampir hampir tidak mendengarnya.Namun,senyuman di bibir Qing cukup meyakinkan yang dia mendengar kata Ayina yang terakhir itu.

☆ ☆ ☆

Tinggal 2 bulan lagi nak SPM.Ayina dan Qing struggle habis.Di sekolah mahupun di rumah.

"Weh,Qing kau dah bersedia ke?" Soal Ray tiba tiba semasa mereka membuat study group petang itu.

"Kau ada nampak aku berfoya foya ke sekarang ni?" Qing memandang Ray tajam.

"Hehe,aku tanya je lah.Nak tengok pendapat kau."

"Banyak lagi fakta yang aku belum hafal.Addmath pun banyak yang aku dah lupa cara nak selesaikan masalahnya."

"Ouh...Tapi bio,kimia,sama fizik kau dah ok kan?" Soal Ray lagi.

"Oklah kut sikit."

"Ish,kau ni tak ada confident langsung.Kau pula,Ayina?" Ray beralih pula ke arah Ayina.Dah macam penemu ramah pula.

"Hmm,aku rasa dah bersedia lah sikit sikit."

"Fuyoo,kau Ayina.Cayalah!" Puk!Qing mengetuk kepala Ray.Ray pantas memandang ke arah Qing tak puas hati.

"Yang kau sibuk nak tanya orang,kau dah bersedia ke?" Qing menyoal Ray pula.

"Alah,chill lah.Senang je tu.." Yakin gila Ray ni.Confident tahap dewa langit tujuh.

Dan semua yang ada di situ pun mula menganginkan Ray.Bising je nyamuk seekor ni.Pi lah study.

BAD GIRL IN GLASSES Where stories live. Discover now